Friday, February 15, 2013

Kartun Jepun, Doraemon disekat daripada disiarkan di tv


Bangladesh telah menyekat kartun Jepun iaitu Doraemon daripada disiarkan dalam televisyen negara itu berikutan kebimbangan generasi muda yang ketagih dengan versi alih bahasa Hindi yang sukar untuk mempelajari bahasa ibunda mereka, Bengali. Menteri Penerangan, Hasanul Haque Indu pada Khamis memberitahu Parlimen bahawa saluran televisyen yang menyiarkan Doraemon telah menerima notis rasmi arahan supaya ia menghentikan siaran program itu. “Kerajaan tidak mahu suasana pendidikan kanak-kanak dipengaruhi oleh Doraemon,” kata menteri itu.

Sekatan itu susulan beberapa akhbar harian tempatan yang menggesa supaya kartun itu disekat, kerana bimbang terhadap mereka yang ketagih Doraemon akan bercakap Hindi antara satu sama lain berbanding Bengali. Seorang anggota parlimen, Shahriar Alam pada minggu lepas meminta supaya stesen televisyen hanya boleh menyiarkan kartun asing sekiranya ia dialih bahasa ke dalam Bengali.

Direka oleh artis manga Fujiko F. Fujio, Doraemon merupakan kucing robot yang mengembara dari abad ke-22 ke zaman kanak-kanak pra-remaja, Nobita. Menteri luar Tokyo melantik Doraemon sebagai duta animasinya pada 2008 atas usaha untuk menarik minat pihak asing terhadap budaya Jepun. Bangladesh sering sensitif terhadap pengaruh budaya daripada jiran besarnya iaitu India dengan berjuta-jua isi rumah yang lebih gemar menonton siaran televisyen dalam bahasa Hindi yang dipancarkan menerusi satelit. - AFP






.

Kisah otak Albert Einstein yang bakal dipamerkan di England


Dia dikenang sebagai seorang ilmuan paling tersohor didunia yang tidak hanya ditulis dalam buku sejarah, malah mayatnya juga di awetkan hingga sekarang. Inilah potongan Otak Einstein yang diawetkan di England. Lebih dari setengah abad meninggal dunia, nama ilmuwan genius Albert Einstein masih abadi. Tidak hanya namanya saja, bahagian tubuh profesor kelahiran Jerman ini juga masih dipertahankan hingga kini. Di galeri Wellcome Colection, London, potongan otak Einstein akan dipamerkan, bersama dengan otak tokoh-tokoh lainnya. Dua fragmen kecil otak Einstein di lempeng kaca akan dipinjamkan ke galeri tersebut oleh muzium di AS.

Ketika meninggal tahun 1955 di usia 76 tahun, otak pakar matematik ini diambil dan dipotong menjadi 240 bahagian. Ahli patologi yang mengeluarkan otak Einstein dari tempurung kepalanya, Thomas Harvey, mengatakan telah mendapat izin dari anak Einstein ketika itu. Dia lalu mengawetkan ratusan potongan otak itu di tabung berformalin di rumahnya. Harvey mengaku menyimpan otak Einstein untuk tujuan penelitian. Tidak seperti anggapan ramai orang, otak Einstein ternyata kecil. Harvey lantas menyerahkan sekitar 46 potong otak Einstein kepada William Ehrich, yang lantas menyimpannya di muzium di Philadelphia. -AP






.

Big Jake yang tinggi dan besar


Tahukah anda, kuda tertinggi di dunia, dinamakan Big Jake yang memiliki ketinggian lebih dari 7 kaki atau kira-kira 2.5 meter dan berusia 11 tahun. Pemiliknya yang bernama Jerry Gilbert mendedahkan, bahawa ketinggian ini mengalahkan rekod sebelumnya yang pernah tercatat di Guiness Book Of Record. Big Jake sendiri memiliki berat lebih dari 1200 Kilogram! Saiz besarnya memang sangat menakjubkan, lebih-lebih lagi apabila pemiliknya berdiri bersama Big Jake. Bukankah gayat menunggang kuda setinggi itu? -AP





.

Kejam : Dia dibelasah oleh guru besar sehingga buta kerana bapanya tidak mampu membayar yuran sekolah


Jaideep yang berusia lapan tahun telah diberi pengajaran oleh sekolah yang mana dia akan ingat sehingga dia mati. Jaideep kini terpaksa menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan mata kirinya. Pelajar kelas satu itu tidak dapat memahami mengapa dia di belasah dengan kejam oleh guru besar sekolahnya. Dia dikhabarkan kehilangan matanya kerana keluarganya tidak mampu membayar yuran sekolah. Bapa Jaideep tidak dapat membayar yuran tersebut disebabkan kekangan kewangan, dan telah meminta guru besar untuk memberi mereka sedikit masa.

Walau bagaimanapun, kira-kira seminggu lalu, guru besar itu didakwa membelasah kanak-kanak itu dengan kejam sehingga Jaideep kehilangan penglihatan pada mata kirinya. Keluarga juga mendakwa bahawa polis gagal untuk mendaftar aduan mereka sehingga kini. Sementara itu, walaupun siasatan nampaknya tidak dilakukan oleh pihak berkuasa, Jaideep nampaknya mulai trauma untuk ke sekolah. -AFP






.

Keadaan yang sangat pelik! Jatuh cinta dengan belon tiup berupa naga


Ramai orang akan mengambil peluang melakukan sesuatu yang istimewa untuk orang yang mereka sayang di hari kekasih. Tetapi bagi seorang lelaki, ianya bermakna menghabiskan masa dengan 'cinta hidupnya' Lila - belon tiup kuning berupa naga. Mark, 20, sangat ketagih kepada 15 mainan belon tiupnya selama enam tahun lalu tetapi dia akui telah jatuh cinta kepada salah satunya, iaitu Lila.


Mark, dari Redlands, California, tidur dengan koleksi belon tiupnya dan duduk bersama 'mereka' ketika makan di meja makan. Lila, adalah belon berupa naga yang berwarna kuning yang juga akan tidur bersamanya.


Keadaan pelik Mark disiarkan dalam sebuah rancangan tv, 'My Strange Addiction'. Menurut Mark, dia juga kemungkinan besar akan mengahwini Lila kerana terlalu menyintainya. Mark kerap mencium dan mengusap Lila ketika program tersebut. -DM








.

Black akhirnya dedah wajah sebenar tunangnya (3 Gambar)


Penyanyi Black yang sebelum ini berkeras mahu menyembunyikan identiti tunangnya akhirnya dia harus berkongsi sedikit mengenai hal peribadinya kepada umum atas kedudukannya sebagai artis. Black atau nama sebenarnya Hanifah Md. Hanafiah, 26, berkata, oleh sebab itulah dia mula memuat naik foto-foto bersama tunangnya yang dikenali sebagai “Cira Khairi,” di laman sosial Instagram. "Sebagai orang yang dikenali, saya faham peminat nak tahu setiap perkara tentang diri saya tetapi ada yang boleh saya kongsi dan ada yang tidak boleh. "Diakui juga, sebelum ini memang saya tidak mahu berkongsi berita pertunangan ini. Takut tak jadi, malu pula seluruh keluarga kami. "Bagaimanapun, saya sedar, menjadi selebriti juga, kita perlu berkongsi sedikit tentang hal-hal penting mengenai diri kepada orang ramai. Dan kerana itu saya mula memuatkan beberapa foto saya dan tunang di Instagram," katanya.


Tambah Black yang merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini, dia berjanji akan berkongsi berita gembira itu sekiranya sudah menetapkan tarikh perkahwinannya. Black dan wanita berkenaan mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dalam satu majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Namun ia dirahsiakan daripada diketahui umum bagi menghormati permintaan keluarga.


Beritahu penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini, dia sudah bersedia majlis pertunangannya itu akan terbongkar juga walaupun dia tidak menghebohkannya. "Mujurlah awal-awal lagi saya dah jelaskan kepada keluarga pihak perempuan bahawa pertunangan ini sukar dirahsiakan kerana saya seorang selebriti."Ditambah pula dengan adanya pelbagai medium sosial, ia cepat tersebar. Tetapi tak sangka pula hal ini dapat dirahsiakan hampir sebulan," selorohnya. -Mstar






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!