Tuesday, March 5, 2013

Awas, duduk yang lama akan undang bahaya


Adakah anda duduk dengan selesa? Lebih baik jangan, kerana bukti perubatan mendapati duduk terlalu selesa boleh mengurangkan jangka hayat anda. Kerusi yang boleh meletak tangan, kerusi pejabat dan sofa sebenarnya boleh mengundang bahaya. Duduk yang lama di kerusi berkenaan boleh meningkatkan bahaya kerana ia dikaitkan dengan beberapa wabak moden yang bertoksik daripada kanser, sakit jantung dan tekanan darah tinggi sehinggalah kepada angin ahmar. Minggu lalu, penyelidik dari Universiti Leicester dekat sini melaporkan, masa yang dihabiskan dengan duduk dipercayai akan meningkatkan risiko.

Katanya, perbuatan itu menyebabkan tubuh manusia mengumpulkan paras tertinggi gula dan lemak berbahaya di dalam aliran darah anda, sekali gus meningkatkan risiko diabetes tahap dua. Kerusi nampaknya seperti calon ganjil untuk termasuk dalam senarai gaya hidup berbahaya seperti minuman keras, rokok dan dadah. Orang ramai kini didapati menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari untuk duduk sama ada di tempat kerja mahupun menonton televisyen, berbeza dengan apa yang berlaku sebelum zaman pertengahan Eropah dengan perbuatan itu sering dikaitkan kepada aktiviti golongan bangsawan.

Satu lagi penyelidikan pada bulan lalu oleh University of Western Sydney ke atas lebih 60,000 lelaki pertengahan umur mendapati mereka yang duduk lebih dari empat jam sehari cenderung untuk mengalami penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi, Ketua Penyelidik, Emma George berkata, kadar penyakit kronik yang dilaporkan oleh responden meningkat semakin banyak dengan masa duduk yang semakin panjang. Mereka yang duduk lebih 11 jam sehari akan meningkatkan risiko sebanyak 40 peratus untuk mati dalam masa tiga tahun akan datang berbanding yang duduk selama empat jam sehari. - AGENSI





.

Penyanyi ini suruh suaminya cari isteri baru


Sejak disahkan mengidap penyakit radang selaput otak dan memerlukan rawatan segera, penyanyi Indonesia, Ashanty tidak mampu berbuat apa-apa. Walaupun sudah dibenarkan keluar dari hospital, dia kini masih lemah dan sudah dua minggu aktiviti seninya terhenti. Laporan laman detikhot.com menyebut, hasil diagnosis menunjukkan Ashanty diserang virus Cytomegalovirus akibat terlalu penat. Sebelum ini isteri kepada penyanyi-komposer popular, Anang Hermansyah itu mengakui dirinya memang terlalu sibuk sehingga mengabaikan kesihatannya. Pelantun Jodohku itu memberitahu, pada awalnya dia seperti tidak boleh menerima apabila diberitahu mengenai penyakit tu.

"Pada mulanya saya marah dan mempersoalkan kenapa saya yang kena penyakit ini?", katanya. Lebih parah, dia pernah berasa putus asa. Bahkan pemilik nama penuh Ashanty Siddik Hasnoputro itu pernah menyarankan Anang untuk mencari perempuan lain. "Saya tertekan. Hari pertama, saya minta mahu berpisah. Saya tanya pada Anang, kenapa dia berkahwin dengan orang yang berpenyakit. Saya katakan pada dia, 'Bang, kamu pergilah cari perempuan lain", ujarnya. Laporan doktor mengesahkan penyakit Ashanty sudah diperingkat serius. Namun nasibnya baik apabila dia kini beransur pulih.


"Saya pasrah dan ikhlas, kaki kiri saya mula boleh bergerak. Ini mukjizat Allah, banyak hikmahnya," ucapnya bersyukur. Disebakan keadaanya yang belum betul-betul pulih, Ashanty terpaksa menangguhkan pelancaran single terbarunya, 'Mengapa Oh Mengapa'. Ashanty juga terpaksa berehat daripada meneruskan penggambaran filem sulungnya. Dia juga tidak mengambil tawaran daripada luar Jakarta. - mD





.

Hotel bertemakan panda, yang pertama didunia seumpamanya


Panda memang haiwan yang melambangkan negara tirai bambu. Kali ini, China juga siap sedia menyambut para pelancong domestik mahu pun luar negara untuk berkunjung dan menginap di hotel bertemakan panda!


Hotel bertemakan panda tersebut tepatnya dibuka di Provinsi Sichuan, China. Reka bentuk interior dan exterior hotel penuh dengan hiasan panda. Selain itu, ini adalah hotel bertemakan panda pertama yang dibuka di dunia.


“Saya berharap ikon panda di hotel ini boleh membantu orang lain ‘kembali pulang’ dan menemukan kebahagiaan murni,” papar manager hotel bertemakan panda tersebut. Pelancong memang kerap datang berduyun-duyun untuk pergi ke tempat suci panda raksasa di barat daya di Sichuan.


Panda sendiri adalah salah satu haiwan yang dilindungi kerana populasinya semakin terancam pupus. Hotel dengan nama Haoduo Panda ini memudahkan pengunjung untuk menempah bilik melalui laman internet. Adakah anda mahu menginap di sana? -AP







.

Pengantin unik, dengan perkahwinan ala watak filem SHREK


Jika setiap orang mempunyai impian pesta perkahwinan, pasangan ini berhasil mewujudkan impian mereka dengan konsep perkahwinan unik ala cerita dongeng, terinspirasi dari filem animasi ‘Shrek’. Pasangan berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat tersebut tidak memakai tuksedo atau hiasan cantik. Tapi berpakaian seperti Shrek si makhluk Ogre dan Princess Fiona. Paul Bellas, pengantin lelaki, mewarnakan dirinya dengan cat hijau, memakai telinga dan alis palsu seperti monster juga mengenakan kostum seperti Shrek. Sementara pengantin wanita, Heidi Coxshall, walaupun mengenakan gaun pengantin putih namun hiasan wajahnya juga berwarna hijau. Rambutnya ditata persis seperti Fiona, serta telinga palsu bentuk Ogre. Tidak hanya kedua pengantin yang mengenakan kostum. Kaum keluarga dan tetamu juga memakai busana sesuai karakter yang ada didalam filem ‘Shrek’.


Seorang anak kecil berpakaian sebagai Donkey dengan kostum keldai, beberapa keluarga yang mengenakan kostum Muffin Man juga Puss In Boots. “Leo (anak Paul dan Heidi) sedang menonton DVD Shrek, yang memang sangat dia sukai dan Heidi menyarankan pesta perkahwinan kecil ala Shrek,” tutur Paul. Lelaki berusia 42 tahun ini juga menambah, “Pengajaran dari filem Shrek adalah, tidak kisah penampilan anda, yang penting adalah cinta sejati. Dan saya rasa ianya sangat sempurna.” Paul dan Heidi bukan pasangan pertama yang mengadakan resepsi perkahwinan dengan konsep cerita dongeng. Sebelum ini Carol Evans dan Peter Traves rela menghabiskan wang yang banyak untuk mengadakan pesta bak puteri raja. -DM





.

INFO : Ternyata, bulan februari pernah mempunyai 30 hari


Dalam kalender Gregorian, Februari terdiri dari 28 atau 29 hari. Tetapi tiga kali dalam sejarah, terjadi dimana di beberapa negara, bulan tersebut mempunyai 30 hari. Wilayah Sweden (yang ketika itu termasuk Finland) merancang untuk mengganti kalender Julian menjadi kalender Gregorian bermula tahun 1700 dengan menghapuskan tahun lompat selama 40 tahun akan datang. Oleh itu, 1700 bukan merupakan tahun lompat di Sweden, namun tahun 1704 dan 1708 adalah tahun lompat di luar rancangan. Ini menyebabkan kalender Sweden menjadi sehari lebih cepat daripada kalender Julian namun masih 10 hari di belakang kalender Gregorian. Kebingungan berkurang ketika pada tahun 1712, dua hari lompat ditambah, mengakibatkan tahun tersebut mempunyai tarikh 30 Februari. Hari tersebut sama dengan 29 Februari dalam kalender Julian dan 11 Mac dalam kalender Gregorian.

Pergantian Sweden ke kalender Gregorian akhirnya dilakukan pada 1753. Pada 1929, Soviet Union memperkenalkan kalendar revolusioner Soviet di mana setiap bulan mempunyai 30 hari dan baki 5 atau 6 hari tidak merupakan bahagian dari bulan apapun dan menjadi hari cuti. Oleh sebab itu, tahun-tahun 1930 dan 1931 mempunyai 30 Februari namun pergantian tersebut dibatalkan pada tahun 1932 sehingga kembali mengikut kalendar biasa.

Sacrobosco, seorang cendekiawan abad ke-13 mendedahkan bahawa dalam kalendar Julian bulan Februari mempunyai 30 hari pada tahun-tahun lompat sejak 44 SM hingga 8 M ketika Kaisar Augustus mempersingkatkan Februari agar bulan ogos yang dinamakan menurut namanya mempunyai panjang yang sama dengan bulan Julai (yang dinamakan menurut pendahulunya Kaisar Julius). Meskipun begitu tidak ada bukti sejarah mengenainya dan kemungkinan besar ini hanyalah sebuah mitos lama. -AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!