Tuesday, March 5, 2013

Awas, duduk yang lama akan undang bahaya


Adakah anda duduk dengan selesa? Lebih baik jangan, kerana bukti perubatan mendapati duduk terlalu selesa boleh mengurangkan jangka hayat anda. Kerusi yang boleh meletak tangan, kerusi pejabat dan sofa sebenarnya boleh mengundang bahaya. Duduk yang lama di kerusi berkenaan boleh meningkatkan bahaya kerana ia dikaitkan dengan beberapa wabak moden yang bertoksik daripada kanser, sakit jantung dan tekanan darah tinggi sehinggalah kepada angin ahmar. Minggu lalu, penyelidik dari Universiti Leicester dekat sini melaporkan, masa yang dihabiskan dengan duduk dipercayai akan meningkatkan risiko.

Katanya, perbuatan itu menyebabkan tubuh manusia mengumpulkan paras tertinggi gula dan lemak berbahaya di dalam aliran darah anda, sekali gus meningkatkan risiko diabetes tahap dua. Kerusi nampaknya seperti calon ganjil untuk termasuk dalam senarai gaya hidup berbahaya seperti minuman keras, rokok dan dadah. Orang ramai kini didapati menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari untuk duduk sama ada di tempat kerja mahupun menonton televisyen, berbeza dengan apa yang berlaku sebelum zaman pertengahan Eropah dengan perbuatan itu sering dikaitkan kepada aktiviti golongan bangsawan.

Satu lagi penyelidikan pada bulan lalu oleh University of Western Sydney ke atas lebih 60,000 lelaki pertengahan umur mendapati mereka yang duduk lebih dari empat jam sehari cenderung untuk mengalami penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi, Ketua Penyelidik, Emma George berkata, kadar penyakit kronik yang dilaporkan oleh responden meningkat semakin banyak dengan masa duduk yang semakin panjang. Mereka yang duduk lebih 11 jam sehari akan meningkatkan risiko sebanyak 40 peratus untuk mati dalam masa tiga tahun akan datang berbanding yang duduk selama empat jam sehari. - AGENSI





.

3 Penyokong CHELSEA:

||aLeaSaRa|| on March 5, 2013 at 11:15 PM said...

hye sis lulu ^^

owh pnh gak bc artikel ttg duduk lama ni.skrg ni mmg rs tulang blkg mcm lenguh n pnt sgt sbb terlalu lama fokus menghadap PC huhu...

bila dh x bz kite akn berjalan2 gi meja kwn...

Dayang Deno on March 6, 2013 at 12:40 AM said...

oh... bahaya juga duduk lama2 ni... kejap nak bangun minum air plk... hehe

Faridzuan on March 6, 2013 at 1:56 AM said...

Oh seramnya! Lepas ni saya kena banyak bergerak, tak boleh duduk selalu! :O

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!