Tuesday, March 12, 2013

Eh eh... dia dah ada kekasihlah..


Anak kepada Will Smith, Jaden Smith nampaknya sudah mula mengorak langkah ke alam dewasa apabila dikhabarkan sedang bercinta dengan adik Kim Kadarshian. Menurut laporan US Magazine, pelakon yang sedang meniti anak tangga dalam kerjayanya, Jaden dilihat begitu akrab dengan Kylie Jenner yang juga adik tiri kepada Kim Kadarshian. "Pasangan ini dilihat sedang menikmati makan tengah hari bersama-sama dengan kekasih barunya di Caffe Nero, London. "Mereka sudah dua hari berada di bandar London kerana menghadiri majlis ulang tahun penyanyi Justin Bieber," kata sumber. Jaden dilaporkan kelihatan santai dengan memakai baju dan seluar hitam manakala Jenner pula memakai jaket hitam dan kasut but.


Dalam pada itu, satu sumber turut memberitahu pasangan itu masih belum bercinta secara rasmi sebaliknya sedang mengenali hati budi masing-masing. "Memang mereka dilihat keluar bersama, namun buat masih ini mereka berdua masih mengenal hati budi masing-masing dan selesa menjadi teman baik," jelas sumber itu Jenner yang baru berusia 15 tahun, sebelum ini digosipkan dengan penyanyi dari Australia, Cody Simpson, namun dia menafikannya. -AGENSI






.

Lelaki ini ketagih dengan patung barbie. Lihat koleksinya..


Pada pandangan pertama, anda mungkin berfikir anda berada di sebuah muzium Mattel. Tetapi 2,000 buah patung barbie dan 1,000 patung Kens yang melapisi dinding rumah ini menunjukkan betapa gemarnya lelaki ini kepada patung itu. Lelaki yang berusia 41 tahun ini, memanggil dirinya ​​Barbie Man, mula mengumpul hampir dua dekad yang lalu dan menghabiskan $ 30,000 setahun. Rumah tujuh bilik tidurnya di Florida telah menjadi satu penghormatan kepada mainan popular itu yang menempatkan sehingga empat bilik - termasuk bilik air.


Dia mempunyai 2,000 patung barbie dan 1,000 patung Ken, yang bernilai sehingga $ 1,000. Dia juga telah membeli 3,000 pakaian Barbie, termasuk satu oleh pereka fesyen Oscar de la Renta, serta sebuah pesawat terbang, motosikal, limosin dan van untuk anak patungnya. Koleksinya juga lengkap segala-galanya termasuk dari ubat kumur Barbie dan rumah barbie.


Mr. Colorite, yang menjalankan perniagaan pembersihan sendiri, berkata:. 'Saya bermula dengan patung sahaja dan koleksi saya kemudian semakin berkembang. 'Barbie bukan sekadar mainan untuk kanak-kanak, ia juga untuk pengumpul bagi orang dewasa seperti saya. 'Saya tidak boleh berhenti mengumpul - ia adalah seperti tabiat dadah, saya tidak boleh berhenti.' Mr. Colorite, yang juga mereka bentuk Barbies sendiri untuk kebajikan, membeli Barbie pertamanya, anak patung Happy Holidays, pada tahun 1997. Sekarang dia membeli dari kedai-kedai mainan dan eBay. -AFP






.

Dia adalah mini PSY dalam lagu Gangnam Style


Dia memainkan peranan yang kecil di video muzik terbesar tahun lalu, dan kini, kanak-kanak ini juga berharap akan mencapai kemasyhuran sama seperti penyanyi sebenar lagu Gangnam Style, PSY.


Selepas penampilan ringkas selama sembilan saat dalam lagu hebat itu, kanak-kanak yang bernama Hwang Min-woo ini telah menjelajah dan membuat persembahan di Amerika Syarikat, Vietnam, China, dan Filipina.


Dia yang juga digelar sebagai 'Little PSY' telah mengeluarkan sebuah lagu dengan rentak pop elektro. Hwang yang berusia tujuh tahun ni, mempunyai darah Korea dan Vietnam, berkata dia mahu untuk mendapatkan kemasyhuran global seperti 'abang,' psy. -DM





.

Untung ada bapa yang sangat kreatif (4 Gambar)


Seorang bapa yang kreatif telah menggunakan kemahiran lukisan kartun beliau untuk memberi impak teruja kepada sandwich makan tengahari anak-anaknya. Laferriere David telah melukis pada beg Ziploc plastik dengan Sharpie marker sejak tahun 2008 - dan mengambil gambar untuk diabadikan dalam akaun Flickrnya.


Pereka grafik itu kini telah melukis lebih daripada satu ribu lukisan yang terdiri daripada dinosaur, ikan emas dan itik.


Namun, anak-anak pereka grafik ini hanya dapat melihat karya seni itu sepenuhnya menerusi makanan mereka ke sekolah. Laferriere, dari Attleboro, Massachusetts, menjelaskan kerjayanya memang sangat mencabar.


Terutama tugasnya yang lebih penting, iaitu menyediakan makanan terbaik dan menarik buat anak-anaknya.. Dan anak-anaknya sangat menggemari sandwich istimewa itu. -AP






.

Inilah Buaya pertama di dunia


Seekor buaya di Amerika Syarikat (AS) menjadi buaya pertama di dunia yang menerima ekor palsu. Buaya berusia sembilan tahun itu yang diberi nama Mr. Stubbs, tidak mampu berenang selepas kehilangan ekornya akibat digigit oleh buaya lain. Namun Mr. Stubbs bernasib baik selepas diselamatkan oleh pakar reptilia di Herpetological Society, Phoenix, Arizona. Pasukan itu telah membuat ekor palsu berteknologi tinggi yang diperbuat daripada getah dan silikon yang berharga beribu-ribu dolar.

Pasukan itu kini dalam usaha melatih buaya itu untuk berenang semula dengan menggunakan ekor palsu. Russ Johnson daripada Herpetological Society berkata, ekor sangat penting bagi buaya kerana tanpanya haiwan itu tidak boleh berenang. Menurut Johnson, mereka meminta bantuan daripada pakar reptilia, Justin Georgi dari Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Ortopedik di Arizona untuk membina ekor palsu itu. "Proses sukar itu melibatkan penggunaan kamera video infra merah untuk mengesan pergerakan haiwan itu dan pusat graviti," katanya. - AGENSI
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!