Monday, March 18, 2013

Penyanyi ini membuat pengumuman yang mengejutkan semua peminatnya


Setelah membuat 40 persembahan pentas di 14 negara seluruh dunia sejak sembilan bulan lalu, penyanyi PSY memberitahu selepas ini beliau tidak akan menyanyikan lagi lagu 'berhantunya', Gangnam Style, di mana-mana konsert mahupun acara hiburan. Pengumuman secara rasmi itu dibuat oleh bintang sensasi Korea itu sendiri sewaktu membuat persembahan di hari kedua konsert Festival Future Musia Asia (FMFA2013) yang berlangsung di Litar Sepang, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu. "Sejak Julai tahun lalu, kini hampir sembilan bulan lagu ini telah membawa saya menjelajah dan membuat persembahan di serata dunia. Lagu ini juga yang membuatkan saya mampu berdiri dihadapan anda semua. "Saya juga dah tak rasa diri saya manusia lagi, saya kuda. Jadi, saya dengan secara rasminya mengumumkan, ini persembahan Gangnam Style saya yang terakhir di sini, di Kuala Lumpur!

 "Tiada lagi persembahan Gangnam Style kerana selepas ini saya teruja untuk memperdengarkan kepada anda semua single terbaru saya yang akan di release pada 13 April ini", kata PSY kepada penonton sebelum meneruskan persembahannya dengan lagu itu. Selain Gangnam Style, PSY turut mendendangkan lagu berjudul Champion dan Jump. Konsert yang menghimpukan kira-kira 55,000 penonton (untuk kedua-dua hari) itu turut menampilkan persembahan seperti penyanyi Pop Rita Ora, band indie British, Bloc Party, pemenang anugerah Grammy, kumpulan Fun dan ramai lagi. Ini adalah kali kedua PSY berkunjung ke Malaysia tetapi merupakan kali pertama beliau di Kuala Lumpur. Sebelum ini, pemilik nama sebenar Park Jae Sang ini pernah hadir dan membuat persembahan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional di Pulau Pinang, pada Februari lalu.


"Setiap kali saya membuat persembahan Gangnam Style, semua orang akan sibuk ambil gambar dan video. Okay, malam ini saya mahu anda semua bergembira. Saya akan menyanyi Gangnam Style sebanyak dua kali. "Kali pertama anda boleh ambil gambar dan video. Kali kedua, lupakan kamera anda, mari sama-sama kita semua menari dan bergembira, okay?!", katanya dan kemudian dibalas dengan sorakan dan tepukan penonton. PSY mencipta fenomena meneusi lagu Gangnam Style gara-gara aksi 'tarian kudanya' ketika menyanyikan lagu tersebut. Impak fenomena yang dicetus, PSY kini bergelar penghibur bertaraf dunia. Selain menjadi tumpuan jutaan penonton, mencatat sebanyak 1.39 billion penonton di YouTube termasuklah lagu itu juga telah meraih sebanyak 19 anugerah berprestij di peringkat antarabangsa. -MD







.

Ritual aneh untuk mendapatkan senyuman yang cantik


Apa yang Anda bayangkan bila mendengar gusi warna hitam? Mungkin anda akan terfikir bahawa orang yang memilikinya adalah orang yang jarang merawat gigi atau sering merokok. Namun tahukah anda bahawa gusi menghitam adalah satu bentuk kecantikan di Afrika? Tradisi ini dinamakan tatu gusi. Bila orang kebanyakan rela rasa sakit untuk melakukan tatu kulit, bolehkah anda bayangkan sakitnya gusi yang sensitif harus di tatu? Di Afrika, kebiasaan ini menunjukkan kecantikan wanita di Afrika. Prosedur membuat tatu menggunakan campuran minyak panas, shea butter dan serbuk hitam.

Pembuat tatu tidak akan menggambar gusi seperti kebanyakan tatu, melainkan hanya mengoleskannya pada seluruh gusi. Namun hal ini menjadi ritual yang menyakitkan kerana ianya harus dilakukan hingga 7 kali untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Mungkin bagi kita, menghitamkan gusi seperti itu malah akan memberikan kesan kurang bersih. Namun anggapan di sana berbeza.

Wanita di daerah Thies, Senegal meyakini bahawa dengan gusi hitam, senyuman mereka akan nampak lebih indah, bahkan dapat menghilangkan bau mulut dan baik untuk gigi. Kecantikan pada setiap negara memang relatif. Sebagaimana tidak semua orang menganggap langsing itu cantik, maka orang Afrika tak menganggap hitam itu buruk. Bagaimana menurut anda? Atau ada yang berminat mencubanya? -AFP





.

Buat renungan : Murninya hati guru ini


Pengorbanan seorang guru yang sungguh luar biasa. Dia tidak hanya mendidik pelajar, tetapi juga mendermakan satu ginjalnya kepada seorang pelajar perempuannya yang berusia 8 tahun. Wendy Killian, guru di Sekolah Mansfield, Ohio, AS, yang mendermakan sebelah ginjal untuk Nicole. Guru yang berusia 39 tahun itu menganggap Nicole seperti cahaya matahari baginya. Sebab senyuman kanak-kanak berambut panjang itu selalu menyinari seisi kelas.

Namun Nicole memiliki sindrom branchiootorenal, kelainan genetik yang menjejaskan pendengaran dan ginjalnya. Ketika lahir, Nicole hanya mempunyai satu ginjal. Keadaannya akhir-akhir ini memburuk kerana keadaan ginjalnya yang tidak baik. Akibatnya dia harus ponteng dari sekolah selama dua minggu. Nicole memerlukan ginjal untuk bertahan hidup. Orang tuanya berusaha mencari penderma ginjal. Si ayah, Brian, memulakan pencarian derma ginjal melalui internet.


Namun dari 18 orang yang dengan sukarela akan memberikan ginjalnya, tidak ada satupun yang sesuai. Hingga akhirnya guru Nicole mendengar mengenai pencarian itu dan menawarkan ginjalnya untuk Nicole. Betapa senangnya hati orang tua Nicole mendengar niat guru yang baik hati tersebut. Wendy Killian berniat mendermakan ginjalnya sebagai ucapan terima kasih atas kewujudan seseorang yang misteri yang telah menjadi penderma platelet kepada anak lelakinya yang kini berusia 9 tahun. Apatah lagi ketika itu keadaan anaknya sangat buruk.-DM





.

Artis kantoi tak hargai peminat?


LUMRAH bergelar selebriti pastinya dikelilingi ramai peminat. Malah, ada yang bertuah apabila menerima surat dan hadiah daripada peminat tercinta. Bagaimanapun berbeza dengan Taylor Swift apabila satu bungkusan plastik yang mengandungi surat-surat daripada peminatnya ditemui di tempat pembuangan sampah berhampiran rumahnya. "Seorang lelaki menjumpai plastik itu. Setelah dibuka, dia dapati ribuan surat diberikan kepada Swift yang belum dibaca, dibuang begitu saja. "Perkara ini pasti menimbulkan kemarahan peminatnya," kata sumber. Namun, Swift berkata, sejak bergelar artis, surat peminat tidak pernah sampai di tangannya. -AP






.

Awas, penyakit aneh dimata mungkin akan berlaku pada 1 daripada 10 ribu pesakit


Seorang lelaki dari Iran menderita penyakit aneh dan sukar untuk dipercaya. Di permukaan bola matanya tumbuh bisul yang di atasnya muncul bulu-bulu halus. Penyakit itu membuatkannya sukar melihat dan tidak selesa ketika mengedipkan mata. Jaringan kulit itu dideritainya sejak lahir dan bertambah besar dari masa ke semasa hingga sekarang berukuran 5-6 mm. Benjolan ini juga membuatkan pandangan lelaki berusia 19 tahun itu kabur, tetapi biasanya tidak berisiko sehingga mengakibatkan buta. Doktor telah melakukan pembedahan dipanggil Limbal dermoid. Limbal dermoid adalah penyakit yang sangat jarang berlaku, terjadi hanya pada satu dari 10 ribu pesakit.

Jaringan kulit yang tumbuh bulu ini biasanya tumbuh pada kelenjar keringat dan tulang rawan. "Dalam kes yang sangat jarang, boleh tumbuh di gigi, namun sangat jarang yang tumbuh di bola mata," ujar Dr. Richard Meetz di Indiana University School of Optometry. The New England Journal of Medicine melaporkan penyakit itu tidak menyebabkan rasa sakit, hanya tidak selesa. Risiko kebutaan dan sejenisnya tidak terjadi kerana tidak akan menutupi seluruh permukaan kornea yang merupakan bahagian terpenting dari fungsi mata. Seorang pesakit di New York juga menghidap kes sama di mata namun dia tidak membuat pembedahan kerana keadaan itu tidak menganggunya. -AP





.

Gempar : Telur dengan kalimah Allah


Tiga biji telur ayam kampung menggemparkan warga Kelurahan Bajoe, Kecamatan Tanete Riattang, Bone, Sulawesi Selatan. Tiga biji telur ini memiliki ciri aneh, kerana ada ukiran mirip kalimah Allah di bahagian kulitnya. Jika dilihat sekilas, kalimah Allah pada bahagian kulit telur dari ayam berwarna hitam milik Zaini (50), tidak dapat dibaca kerana ukirannya agak samar. Ketiga telur berwarna putih ini menjadi perhatian warga sekitar. Dan nampaknya di kediaman pemilik telur yang hanya terdiri dari kayu, warga sekitar dan dari kecamatan di luar kota datang untuk melihat keunikan telur tersebut.

Satu di antara telur, menurut Zaini, berukirkan kalimah Allah, satunya lagi bertuliskan 'Bismi' dan satunya lagi bertuliskan 'tahiat' dalam bentuk kalimah Arab. Pemilik telur dan keluarganya meletakkan telur di atas kapal dengan alas kain putih. Telur itu di kumpul di atas bantal dalam bilik tidur, kerana pemiliknya yakin tulisan itu akan hilang jika telur tidak dipelihara. "Telur ini keluar bersama empat telur lain. Namun, empat telur itu tidak memiliki ciri aneh apa pun," kata Zaini.-tribunnews






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!