Tuesday, March 19, 2013

Haiwan ni mendedahkan kelakuan anehnya


Seorang jurugambar Rusia, Igor Shpilenok berjaya 'membongkar' aktiviti sekumpulan beruang perang Rusia yang ketagih menghidu minyak kerosin dan gasolin. Dia melakukan tugas itu selama tujuh bulan di Hutan Simpan Kronotsky, South Kamchatka di timur Rusia. Beruang-beruang itu kelihatan gembira bermain dengan tong-tong minyak yang tidak digunakan lagi. Shpilenok sempat memerhati gelagat mamalia tersebut menarik nafas panjang selama beberapa minit sebelum memasukkan hidung mereka ke dalam lubang tong itu dan kemudian 'khayal' dalam alam mereka sendiri.


Menurutnya, minyak itu digunakan bagi menghidupkan penjana dan juga helikopter yang digunakan oleh pekerja hutan simpan tersebut. Jurugambar berusia 52 tahun itu berkata, sesetengah haiwan tersebut akan mengintai helikopter yang mendarat di kawasan itu bagi tujuan membuang minyak. Sejurus helikopter itu beredar, beruang-beruang tersebut akan menghampiri kawasan itu dan mula menguis tanah untuk menghidu minyak yang telah dibuang itu.


"Dalam beberapa kes, terdapat helikopter yang membawa beberapa tong gasolin untuk ditinggalkan kepada pekerja hutan simpan di situ. "Bagaimanapun, disebabkan pekerja taman itu tidak mengambil tong tersebut tepat pada masanya, seekor beruang betina yang diberi nama Suzemka, yang sudah ketagih dengan bau bahan itu, mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti kegemarannya," katanya. Beruang perang Rusia dipercayai merupakan beruang perang paling besar di dunia dengan berat kira-kira 544 kilogram. - AGENSI





.

Bila seorang guru berazam untuk menurunkan berat badannya


Seorang guru, James Bentley pada mulanya, tidak memperlihatkan satu contoh yang sihat kepada murid-murid di sekolah Oldbury disebabkan berat badannya. Kini, James, 25, setelah bosan diusik akibat berat badannya, membuat perubahan drastik apabila dia telah kehilangan hampir separuh berat badannya sebelum ini - dalam tempoh hanya dua tahun. Dengan mengubah keseluruhan dietnya, dan rajin berbasikal, dia kini mengakui bahawa dia terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk menggantikan semua pakaiannya kerana sebelum ini pakaiannya terlalu besar.


Sebelum ini, James sangka, dengan amalannya meninggalkan sarapan pagi dan tengah hari, dan pesta makan dan minum bersama kawan-kawan disebelah malam adalah diet yang baik buatnya. Dan kini, dia mengamalkan diet yang sihat dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sambil menjaga kalorinya. Pelajarnya disekolah sedar mengenai perubahan berat badannya, dan memujinya kelihatan jauh lebih muda. -AFP





.

Khabar terkini mengenai Tiger Woods


Juara Olimpik dan Piala Dunia luncur ski, Lindsey Vonn mengaku beliau dan pemain golf terkemuka dunia, Tiger Woods sedang berpacaran. Dalam entri terbaharu di Facebooknya semalam, Vonn berkata "hubungan kami daripada seorang kawan kepada lebih dari itu sejak beberapa bulan lepas dan ia amat mengembirakan saya."


Vonn kini sedang berehat selepas menjalani pembedahan lutut ekoran terbabit dalam kemalangan pada akhir musim 5 Februari lalu. Beliau telah berpisah secara rasmi dengan bekas suaminya, Thomas Vonn Jamuari lepas selepas mendirikan rumah tangga selama empat tahun. Mereka berpisah pada 2011. Manakala Woods pula telah diceraikan isterinya pada 2010 selepas terlibat dengan skandal ketika perkahwinan mereka berjalan selama lima tahun. - AGENSI





.

Fenomena aneh, batu-batu salji di pantai Michigan


Batu-batu salji besar, yang dianggarkan seberat 75 paun, telah dilihat berada di luar pantai di utara Michigan. Bola salji yang menakjubkan itu telah ditemui oleh seorang wanita yang sedang berjalan bersama anjingnya. Olmstead berkata batu-batu salji itu seolah-olah tersusun di sepanjang pantai dengan banyaknya. Dia yang selalu berjalan bersama anjing dan dua anaknya, Zola dan Bula, disekitar pantai itu berkata, ianya adalah kejadian pertama yang dapat dia saksikan di kawasan itu. Olmstead segera mengeluarkan kamera dan mengambil gambar-gambar yang menakjubkan untuk dihantar kepada media.


Pakar cuaca memberikan penjelasan bagaimana keadaan aneh itu berlaku. Batu-batu ais mula membentuk - banyak seperti kerikil dari batu-batu sebenar - apabila bongkah ais pecah berhampiran pantai Michigan. Kemudian, selepas ombak memukul ke atas kepingan ais, ianya menjadi bulat dan licin dan kemudian hanyut ke darat. Fenomena yang menakjubkan.. -DM





.

Jururawat ini dengan bangga menyumpah pesakitnya mati?


Seorang 'jururawat' sedang disiasat selepas menyiarkan gambar-gambar di Facebook dirinya bersama dengan seorang pesakit yang nampak seperti telah mati dan meminta orang ramai untuk meneka jika dia masih hidup. Wanita itu, yang berpakaian seragam jururawat, memanggil dirinya 'pencuri nyawa'. Pihak berkuasa di St Gallen, Switzerland, kira-kira 85km dari Zurich, kini telah melancarkan siasatan dan pendakwa raya berkata mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada akan mengambil tindakan keatas wanita itu.


Dalam satu komen, wanita itu menulis: 'Teka, dia tidur atau mati? Petunjuk: Saya pencuri nyawa', menurut laman berita Switzerland 20 Minuten. Dalam satu lagi dia dilaporkan menulis: 'Ya, masa anda telah tamat. Hantar mereka ke neraka, di mana sebahagian daripada mereka sepatutnya berada.' Identiti wanita itu dan pesakit tidak didedahkan. Pegawai sedang menyiasat di mana kejadian berlaku, dan siapa yang mengambil gambar itu. -AP






.

Wah, Aizat Amdan sudah ada kekasih hati?


Penyanyi Aizat mengaku sedang berkawan rapat dengan penyanyi Zee Avi. Bagaimanapun, Aizat atau nama sebenar Muhammad Aizat Amdan, 22, berkata, hubungan baik itu masih belum ke tahap serius, sebaliknya mereka sering berkongsi pendapat tentang muzik. "Dari dulu saya memang minat dengan dia, lepas tu saya dapat tahu dia duduk berhampiran dengan rumah saya. "Ya... kami selalu keluar bersama jika ada waktu kelapangan. Hububungan kami rapat sejak tahun lalu," katanya. Aizat diminta mengulas khabar angin hubungan percintaannya dan Zee Avi selepas mereka dikatakan sering dilihat bersama ketika wanita itu berada di Malaysia. Sementara itu Aizat memberitahu mereka turut bekerjasama dalam sebuah lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaru Aizat.


"Kami memang ada buat sebuah lagu bersama untuk dimuatkan dalam album saya nanti, namun belum ada tajuk lagi kerana ia masih dalam proses pembikinan," ujarnya. Dalam pada itu, bercakap tentang imej yang dilihat semakin berisi penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu ini berkata dia sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan. "Dulu berat saya 68 kilogram, sekarang sudah 80 kilogram. Ia berpunca kerana saya sibuk di studio dan tidak ikut rutin pemakanan yang betul. "Selepas ini saya cuba nak kembali ke berat dahulu 70 kilogram pun sudah ideal buat saya," katanya yang selesa dengan imej bermisai. Dalam perkembangan lain, Aizat turut terlibat dalam filem animasi Bola Kampung The Movie yang menyumbangkan suara untuk watak Mat. Filem tersebut bakal ditayangkan pada Khamis ini di pawagam seluruh Malaysia. -Mstar






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!