Thursday, March 21, 2013

Tiada lagi rekaan istimewa buat Minnie Mouse


Tinggalkan rekaan polka dot. Tiada yang lagi istimewa daripada rekaan rekaan Lanvin yang akan digunakan oleh Minnie Mouse yang membuat kemunculan ‘haute ‘couture’ pada Sabtu di Disneyland dekat Paris. Pereka Lanvin iaitu Alber Elbaz, yang mencipta pakaian-pakaian itu berkata, beliau sentiasa melihat Minnie dalam “fashionista” yang tersembunyi. Salah satu gaunnya bertatahkan berlian dan kaca.

“Ia merupakan yang pertama dalam sejarah bagi watak Disney,” kata Disneyland Paris pada majlis itu, di mana Minnie akan menutup pertunjukan fesyen yang menampilkan sembilan pereka. Teman wanita bagi watak Mickey Mouse itu muncul kali pertama pada tahun 1928, sering kali memakai gaun warna merah atau merah jambu dengan rekaan polka dot besar warna putih. - AFP






.

Pelakon Bollywood terkenal, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana...


Mahkamah Agung India menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap pelakon Bollywood Sanjay Dutt atas kesalahan memiliki senjata secara haram dalam kes berkaitan pengeboman pada 1993 yang membunuh seramai 257 orang di Mumbai. Mahkamah, pada Khamis mengarahkan Dutt menyerah diri kepada pihak polis dalam tempoh empat minggu atas pertuduhan memiliki pistol dan tiga senapang automatik yang telah dibekalkan kepadanya oleh lelaki yang kemudiannya disabitkan dengan satu siri pengeboman.


Kes pelakon ini adalah sebahagian daripada perbicaraan pengeboman di Mumbai yang telah berlarutan selama 18 tahun. Dutt berkata tidak tahu apa-apa tentang plot pengeboman dan meminta senjata untuk melindungi keluarganya selepas menerima ancaman semasa rusuhan puak di Mumbai. Dutt telah menjalani hukuman penjara 18 bulan pada tahun 2007.-AGENSI






.

Pemimpin Pembangkang Digigit Tikus


Pemimpin pembangkang Afrika Selatan, Helen Zille berkata, beliau digigit oleh seekor tikus di luar kediamannya di Cape Town. “Ia merupakan perkara paling aneh yang baru sahaja berlaku. Saya mahu pergi mengambil surat khabar di pintu pagar apabila seekor tikus meluru keluar dan menggigit tumit saya!” kata Ketua Perikatan Demokratik itu, yang merupakan kumpulan pembangkang utama, dalam Twitter. Beliau menyiarkan sekeping gambar tumitnya yang berdarah dalam insiden itu.


Apabila ditanya oleh seorang pembaca kenapa beliau tidak mempersalahkan Kongres Kebangsaan Afrika yang memerintah, berhubung insiden itu, beliau membalasnya: “Kenapa saya tidak fikirkan perkara itu!!” Tetapi jenakanya tidak lagi dirasakan kelakar apabila seseorang bertanyakan sekiranya tikus itu adalah hitam atau putih, di mana negara itu masih sensitif mengenai kaum meskipun dasar apartheid sudah berakhir hampir 19 tahun. “Hanya di SA (South Africa atau Afrika Selatan)!!! Hanya menunggu masa untuk seseorang menimbulkan isu kaum mengenainya (insiden),” tulis beliau. - AFP





.

Gempar : Anjing kini boleh jadi saksi di mahkamah?


Seekor anjing polis terpaksa menjadi saksi di mahkamah di atas penangkapan seorang penjahat di West Midlands, England. Hal itu disebabkan oleh pihak peguam selalu meminta kenyataan tertulis saksi dari pihak polis. Pihak peguam Crown meminta polis di West Midlands memberikan pernyataan secara lengkap dari saksi atas penangkapan salah seorang penjahat. Penangkapan tersebut dibantu oleh seekor anjing polis, dan hal itu sudah dijelaskan kepada pihak peguam. Namun, pihak peguam tetap berkeras meminta surat kenyataan, sehingga salah seorang polis menuliskan sebuah kenyataan atas nama anjing polis lengkap dengan cap jari anjing tersebut. Dalam surat kenyataan itu tertulis “Saya mengejarnya, saya menggigitnya, dia orang jahat, dia sangat lazat, dia seorang lelaki.”

Surat kenyataan itu di gambar oleh seorang polis dan kemudian dia memuat turun gambar itu ke Twitter. Aksi polis ini mengundang banyak komen. Bahkan polis dari Staffordshire, Andy Hill juga turut memuat turun gambar itu di Facebook. Foto kenyataan saksi yang ditulis oleh seekor anjing ini sudah menjadi menjadi perbincangan di internet dan juga di kalangan internal polis di England. Sehingga pihak polis terpaksa melakukan siasatan atas kes ini. Polis Mark Tissington, dari West Midlands, diyakini menjadi polisi pertama yang memuat turun gambar tersebut dan akan dikenakan tindakan disiplin. -AP





.

Wajah bayi itu dapat dilihat dari luar perut ibunya


Seorang perempuan hamil terkejut melihat wajah bayinya yang muncul tiba-tiba di perutnya. Hal itu membuatkannya risau akan keadaan bayinya itu. Karen McMartin dan suaminya David tidak percaya ketika melihat bentuk wajah yang menonjol dari dalam perut Karen yang sedang hamil. Pasangan suami isteri itu risau jika kejadian aneh itu seperti yang terjadi dalam filem horror Alien yang terkenal pada 1979. Seperti diketahui, ada adegan di mana terdapat telur alien dalam perut pelakon utamanya. Namun, nasib baik, bentuk wajah yang muncul itu hanyalah bentuk dari pusat Karen dan tanda parut di perutnya yang saat itu terlihat seperti hidung dan mulut ketika bayinya sedang bergerak. -AP






.

INFO : Inilah pemain termahal di dunia


BEKAS kapten England, David Beckham dinobatkan sebagai pemain terkaya di dunia setelah menerima bayaran tertinggi dalam kalangan pemain bola sepak dunia. Sebuah majalah bola sepak di Perancis dipetik CNN melaporkan, Beckham yang baru menyertai kelab Paris Saint-Germain (PSG) selama lima bulan berjaya mengatasi bintang terbaik dunia, Lionel Messi dan pemain sayap prolifik Portugal dan Real Madrid, Cristiano Ronaldo. Sumber itu mendedahkan bahawa Beckham menerima 36 juta Euro (RM145 juta) sepanjang musim 2012/2013 bagi mendahului pemenang pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Messi.

Kekayaan bintang sepak bola dunia ini dihitung dari gaji, aset, kontrak iklan, dan bisnes lain di luar sepak bola. Bagaimanapun, keseluruhan gaji pemain tengah PSG yang dianggarkan 5 peratus jumlah pendapatannya akan didermakan kebajikan anak-anak Paris. Messi yang menduduki tempat kedua dilaporkan menerima AS$45.2 juta (RM141 juta) dari gaji dan bonus, serta tambahan lain dan iklan.


Pemain Madrid, Ronaldo berada di tempat ketiga dengan bayaran AS$39 juta (RM121 juta) dari gaji dan bonus. Sementara itu, jurulatih Madrid Jose Mourinho dinobatkan sebagai jurulatih yang mendapat bayaran tertinggi di dunia ini. Bekas jurulatih Inter Milan dan Chelsea ini menerima $AS18 juta (RM56 juta) sepanjang musim ini. Dua jurulatih Itali, Carlo Ancelotti (PSG) meraih AS$15.5 juta (RM48 juta) di tempat kedua dan Marcello Lippi yang kini membimbing kelab China, Guangzhou Evergrande menerima AS$14 juta. -BBC





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!