Wednesday, April 3, 2013

Tips menjaga kulit wajah dengan betul


Ramai di antara kita yang mempunyai masalah kulit wajah terutamanya golongan wanita. Dan sememangnya kita pasti berasa kecewa apabila pelbagai produk kecantikan yang dicuba tidak mendatangkan sebarang perubahan. Tetapi pernahkah anda terfikir sama ada anda mencuci wajah anda dengan betul? Di sini kami ingin berkongsi beberapa tip untuk dijadikan ikutan.


Pencuci Muka, 

Kenali jenis kulit wajah anda dahulu sebelum membeli pencuci muka. Sebagai contoh, jika anda memiliki kulit muka berminyak, jangan pilih pencuci muka khas buat orang yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak sesuai. Setelah anda tahu jenis kulit muka anda, dapatkan pencuci muka yang sesuai. Jika anda menggunakan pencuci muka yang sama dalam tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan didatangi ruam-ruam halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dengan segera.
• Sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ianya boleh menanggalkan kotoran yang ada pada wajah yang berkemungkinan tidak mampu dibuat oleh pencuci muka sahaja. Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka anda.
• Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran, sebelum membilasnya dengan air bersih.
• Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah anda sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua.
• Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah.


Toner (penyegar) 

Toner (penyegar) adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran pada kulit muka. Jadi, pilihlah penyegar yang berasaskan bahan-bahan semula jadi untuk hasil yang lebih baik.
• Gunakan kapas muka yang lembut untuk dibasahi dengan sedikit penyegar.
• Sapukan penyegar ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan.
• Pastikan ia disapu dalam keadaan memutar. Jika anda dapat merasakan sensasi dingin penyegar wajah yang anda gunakan, ini bermakna wajah anda sudah benar-benar segar.


Pelembap muka 

Sama seperti penyegar, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau dan daun lidah buaya. Pelembap muka tanpa haruman adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan ini di dalamnya.
• Ambil pelembap muka dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda.
• Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka, dan terus ke dagu.
• Hati-hati dengan jumlah pelembap muka yang anda pakai kerana jumlah yang berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak.
• Sekiranya kulit anda terasa licin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi.


Skrub 

Skrub berfungsi untuk membantu meluruhkan sel mati yang merupakan punca kulit kering dan kusam. Di samping itu, ia juga membantu mempercepatkan proses regenerasi sel kulit.
• Gunakan skrub muka setiap dua atau tiga kali seminggu. Pilih skrub yang mempunyai butiran halus kerana ia lebih sesuai dengan tekstur kulit seorang wanita. Skrub dengan butiran kasar lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang luas.
• Pupur wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan sel-sel mati dengan lebih berkesan selepas ia dilulur dengan skrub.
• Penggunaan krim lingkaran gelap bawah mata atau sebarang petua lain untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata juga tidak salah diamalkan selagi ia tidak mendatangkan kesan sampingan.






.

Nama-nama yang dilarang islam


Nama Nama Yang Dilarang Islam

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.

A. NAMA-NAMA LARANGAN
1. Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

2. MALIKUL-AMLAK
Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

3. NAMA MALAIKAT
Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”

4. TENGOK NASIB DAN PENAFIAN
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)

Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)

5. KEKUFURAN DAN KEJAHATAN
Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

6. TIDAK MELAMBANGKAN ISLAM
Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.

7. MEMUJI DIRI SENDIRI
Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.

Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.”

(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)

Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة ويسار.
“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”

8. GABUNGAN NAMA
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

9. NAMA BURUK
Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

B. PERAWATAN ISLAM
Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

C. NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

D. RENDAH DIRI
Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.

Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud r.a.).

E. PANGGILAN PENDEK
Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan atau memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa.

F. PENUKARAN NAMA
Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti’ (yang taat).

Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk.” (riwayat Tirmidzi).”

Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Ibnu Umar r.a. menceritakan;

أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.” (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya; “Apa nama kamu?” Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bererti; mudah).” Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said berkata; “(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’ (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang lebih baik.

Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah ‘Siti’ sahaja.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)







.

Semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Secara Online



Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan. Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi. Menurut Najib, pembubaran berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika beliau menghadap baginda awal pagi Rabu 3 april 2013.

Dengan demikian, untuk memudahkan semakan daftar pemilih dibuat, anda boleh membuatnya dengan 2 cara.

1. Semakan online
[SEMAK] Kemungkinan disebabkan oleh terlalu ramai yang menggunakan link ini untuk membuat semakan, nampaknya, ianya mengalami 'server down'. Bagaimanapun, pihak SPR akan cuba mengelakkan masalah ini secepat mungkin.

2. Call Centre
Anda semua jangan bimbang jika tak boleh semak secara online. Anda boleh call terus Call Centre kami di 03-8885 6565 dan Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri

3. Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
dengan menaip SPR SEMAK NO. KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 15 April 2013. Bagi semakan melalui SMS juga, SPR telah menyediakan kemudahan tambahan seperti yang berikut: 
(a) 29292 bagi pengguna Celcom; 
(b) 33080 dan 22789 bagi pengguna Maxis; dan 
(c) 33080 bagi pengguna Digi. 

Semakan boleh dibuat dengan menaip spr no. kad pengenalan dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.



P/S - Tunaikan tanggungjawab kita bersama.. #SayaPilihMengundi







.

Inilah rahsia untuk hidup lebih lama


Mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan kerap makan ikan mungkin akan hidup dua tahun lebih lama berbanding warga emas yang tidak memperoleh asid lemak omega 3 yang kebanyakannya ditemui pada makanan laut. Ketua penyelidik, Dariush Mozaffarian yang juga profesor di Jabatan Epidemiologi di Fakulti Kesihatan Awam di Harvard berkata, mereka yang memiliki tahap asid lemak omega 3 yang tinggi secara keseluruhannya mempunyai risiko 27 peratus lebih rendah untuk mati cepat. Golongan itu turut mempunyai risiko 35 peratus lebih rendah untuk meninggal dunia disebabkan penyakit jantung, menurut penyelidikan yang disiarkan di Annals of Internal Medicine, semalam.

Ketika kajian lain menunjukkan kaitan antara asid lemak omega 3 dan tahap risiko yang rendah diserang penyakit jantung, penyelidikan ini meneliti rekod warga emas untuk mengenal pasti sebarang kaitan antara makan ikan dan risiko meninggal dunia. Penyelidik memeriksa data untuk tempoh 16 tahun ke atas 2,700 warga emas yang dianggap tidak mengambil makanan tambahan minyak ikan untuk menghapuskan sebarang kekeliruan berhubung penggunaan makanan tambahan atau perbezaan diet.

Kajian itu mendapati, mereka yang mempunyai tahap asid lemak yang tinggi yang kebanyakannya diperolehi daripada ikan seperti salmon, tuna, sardin, hering dan tenggiri, mempunyai risiko lebih rendah untuk meninggal dunia akibat sebarang penyakit dan hidup secara purata 2.2 tahun lebih lama. Penyelidik turut mengenal pasti asid dokosaheksaenoik (DHA) mempunyai kaitan kuat dengan risiko rendah untuk meninggal dunia akibat diserang penyakit jantung. - AFP





.

Sudikah anda memakai rantai pelik ini?


Mungkin sudah bosan dengan aksesori seperti reben dan rama-rama, jenama Fake Food Hatanaka dari Jepun kini memperkenalkan aksesori wanita yang bertemakan makanan. Antara rekaan aksesori pelik yang boleh didapati adalah seperti rantai pizza, cekak telur dadar dan anting-anting salami yang diperbuat dari plastik walaupun pada dasarnya, memang kelihatan begitu realistik.

Harga barangan adalah bergantung kepada aksesori, contohnya sepasang anting-anting zaitun dijual dengan harga GBP10 (RM47) manakala seutas rantai pizza atau sosej pula berharga GBP75 (RM352.48) yang mana kesemuanya boleh dibeli menerusi kedai 'online' Fake Food Hatanaka. Dengan rupa yang sebegitu aneh dan dijual pula dengan harga mahal, kami meragui sambutan orang ramai terhadap produk tersebut. -YM






.

Banduan diberi rokok sebelum dihukum gantung sampai mati


Mata ditutup, tangan terikat, dan banduan diberi rokok terakhir. Hanya beberapa minit kemudian dia dan dua yang lain dipimpin ke tangga, tali diletakkan di leher mereka sebelum trapdoor dibuka dibawah kaki mereka. Ini adalah undang-undang Kuwait. Negara Teluk Arab itu menggantung tiga pesalah yang disabitkan kerana membunuh, hukuman pertama seumpamanya di sana sejak tahun 2007, agensi berita KUNA melaporkan.


Tiga pesalah itu adalah lelaki berwarganegara Pakistan dan arab, dilihat dalam gambar dengan kepala ditutup dan tangan kaki terikat sebelum hukuman dijatuhkan. Mereka telah didapati bersalah dalam tiga kes pembunuhan yang berasingan. Pihak berkuasa telah menjemput wartawan dari Kuwait untuk menyaksikan hukuman.


Kes terakhir yang direkodkan hukuman mati yang dijalankan di Kuwait adalah enam tahun lalu apabila seorang lelaki Pakistan dihukum kerana mengedar dadah, menurut Amnesty International. Kuwait, yang mempunyai penduduk kira-kira tiga setengah juta orang, mengendalikan sistem kehakiman yang merupakan campuran undang-undang syariah Islam, undang-undang Inggeris, dan Uthmaniyyah sivil. -DM






.

Inilah akibat menjadi peminat fanatik Justin Bieber



Siapalah yang rajin sangat sampai sanggup memberi bentuk kepada daging masakan sehingga menyerupai wajah dan kepala Justin Bieber? Sama ada si pembuat yang kreatif itu merupakan peminat fanatik atau pembenci terbesar, kami tidak pasti apa sebenarnya yang difikirkan oleh mereka. Dengan menggunakan kombinasi daging seperti lembu, rasa seram yang terhasil dari seni rekaan makanan ini sememangnya tidak boleh dinafikan.


Lebih mengerikan lagi, si pembuat turut meletakkan 'mata' dan 'gigi' ke makanan tersebut untuk memberikan rupa yang lebih realistik! Sudah lama gambar ini berada dalam internet namun baru-baru ini, ia mula tersebar sekali lagi di beberapa buah laman sesawang. Selain menggunakan daging, ada juga peminat yang mereka masakan lempeng dan keju sehingga menyerupai penyanyi berusia 19 tahun itu. Benar, peminat-peminat setia Bieber adalah peminat yang amat kreatif sekali. -AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!