Thursday, April 18, 2013

CINTA SAMBAL BELACAN - JUNIE OCTOVIAN



Novel menarik ini adalah antara novel terbaik dan terlaris sejak ianya berada dipasaran.. Dan, alhamdulillah, lulu sudah milikinya :)

Tajuk yang menarik, juga jalan cerita yang menarik, mengisahkan seorang lelaki bernama Tengku Azri, yang dijodohkan dengan anak angkat ibunya, Puan Adila, Lily Athira yang baru berusia 17 tahun. Lily ni, walaupun baru berusia 17 tahun, tapi tahu serba serbi. Pandai masak, rajin sampai tak kering tangan. Tiba-tiba Tengku Azri ni, pandai lak nak demand lebih-lebih.. Nak itulah, nak inilah.. Sajalah tu nak uji, betul ke menantu pilihan ibunya perfect. Kawannya cakap, perempuan sekarang ni, kalau masa bercinta selalu tunjuk pandai, sedangkan rujuk kat buku resepi. Kalau suruh masak on the spot, gerenti nangis. So, Tengku Azri menguji Lily buat sambal yang bermacam-macam. Semuanya berasaskan sambal.

Dan kebetulan, Puan Adila nak menunaikan umrah, maka dipercepatkanlah langsung nikah mereka. Pelik, Tengku Azri takdelah pula membantah. Namun disebalik persetujuan itu, Tengku Azri menetapkan perjanjian diantara dia dan Lily, yang akhirnya memakan diri sendiri. Lily dilepaskan tanpa rela demi mengejar cita-cita. Kisah percintaan yang unik dan rasanya novel ini membuktikan bahawa, air tangan/masakan wanita/isteri boleh membuatkan lelaki terpaut rasa, jatuh cinta. Mari dapatkan novel hebat ini, dan selami perjalanan kisah cinta antara pasangan ini. Mampukah ikatan perkahwinan mereka dipertahankan hingga ke akhirnya??


Tajuk : Cinta Sambal Belacan
Penulis : Junie Octovian
Halaman : 545 muka surat
Harga : RM22.90/RM25.90






P/S - Recommended by Lulu Caldina
* Tak puas baca, bestnya kalau novel ni lebih tebal, suka sangat baca kisah mengenai Tengku Azri dan Lily ni :) Tahniah penulis





.

Gambar-gambar kejadian letupan di sebuah kilang pengeluaran baja


Kira-kira 60 hingga 70 orang dikhuatiri terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera dalam satu kejadian letupan di sebuah kilang pengeluaran baja di pekan kecil West dekat Waco, Texas. Jumlah kematian itu tidak dapat disahkan oleh agensi berita AFP tetapi disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan memetik Pengarah Perkhidmatan Pengurusan Kecemasan Pekan West, George Smith sebagai berkata. Letupan itu berlaku beberapa hari selepas Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan dua insiden letupan di Boston yang disasarkan kepada orang ramai ketika acara Maraton antarabangsa sedang berlangsung.


Beberapa anggota bomba yang berada di tempat kejadian turut cedera akibat letupan kedua, menurut laporan CBS News. "Berlaku letupan di tempat kejadian dan ada beberapa anggota bomba sedang memadam api di sana ketika itu," katanya.Letupan itu berlaku kira-kira pukul 8 malam Rabu (waktu tempatan), kata Penolong Pegawai Bomba Waco, Don Yeager. Punca letupan masih belum dapat dikenal pasti tetapi ia mungkin merupakan satu letupan cecair ammonia.


Beberapa stesen bomba berhampiran dikejarkan ke pekan kecil di West yang terletak di utara Waco. Letupan kuat itu menyebabkan gegaran turut dirasai di beberapa bangunan berdekatan. Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. -AP





.

Satu-satunya rumah yang menarik ramai pelancong diseluruh dunia


Rumah yang berada tepat di tengah Sungai Drina di Serbia ini telah menarik ramai pelancong dari seluruh dunia, setelah foto rumah itu diterbitkan dalam majalah National Geographic edisi bulan ogos tahun lalu. Rumah kecil itu terletak di atas sebuah batu besar, yang berada tepat di tengah Sungai Drina, dekat kota Bajina Basta, Serbia. Kota ini terletak di lembah Sungai Drina di tepi timur Tara National Park. Sebagaimana yang disiarkan di amusingplanet, keindahan rumah itu berjaya diabadikan oleh seorang fotografer Hungaria, Irene Becker, pada bulan ogos tahun lalu.


Dan foto itu segera popular setelah di muat turun ke laman internet. Dkhabarkan, rumah unik itu telah berada selama lebih dari 40 tahun di tengah sungai. Rumah yang dibangunkan pada tahun 1968 itu ternyata didirikan oleh sekelompok anak muda yang ingin memiliki tempat untuk berjemur. Setahun kemudian, anak-anak itu mula memasang atap dan dinding di atas bangunan yang mereka dirikan di atas batu besar tersebut.-amusingplanet






.

Awas! Dengan cara ini anda akan gemuk dengan mudah..


Kajian mendapati hampir empat daripada 10 orang wanita berisiko menjadi gemuk kerana tidak mengambil sarapan pagi semata-mata mahu menghabiskan masa melayari internet terutamanya laman sosial seperti Facebook dan Twitter atau memeriksa e-mel. Tekanan hidup dalam dunia moden ini menyebabkan hanya 63 peratus golongan wanita mengambil sarapan di rumah dengan selebihnya memilih untuk melayari internet. Sekurang-kurangnya seorang daripada tiga orang dewasa akan memeriksa e-mel pada sebelah pagi, manakala satu perempat pula lebih gemar melayari Facebook dan Twitter.

Golongan itu tidak menyedari bahawa kajian itu juga mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan akan terdedah untuk mengambil makanan yang banyak semasa makan tengah hari. Keadaan itu menyebabkan mereka mudah menjadi gemuk kerana makanan yang diambil pada tengah hari mengandungi lebih banyak lemak dan manis. Kajian itu juga mendapati hampir satu daripada lima orang tidak mengambil sarapan pagi selagi tidak menyiapkan kerja mereka. Manakala terdapat juga yang mengambil sarapan semasa berada di dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kajian juga mendapati, satu daripada tujuh orang terlepas mengambil sarapan kerana mereka sibuk dengan tugasan di rumah. Malah satu daripada dua orang mengakui tahap tenaga mereka akan menjadi lemah jika terlepas sarapan manakala 45 peratus lagi memberitahu mereka merasa lebih produktif apabila mengambil sarapan pagi. Penyelidik telah memberi amaran bahawa seseorang yang tidak mengambil makanan dalam tempoh yang panjang akan mengidam makanan berkalori tinggi yang berlebihan. - AGENSI





.

Penemuan yang sangat berharga.. Apakah?


Pakar arkeologi menemukan satu pelabuhan tertua di dunia yang terletak di kawasan perairan Laut Merah di Mesir. Pelabuhan tersebut dipercayai berusia 4,500 tahun yang digunakan ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) pada Dinasti Keempat. Pelabuhan itu ditemui di kawasan Wadi el-Jarf, selatan Suez, Mesir bersama beberapa manuskrip papirus dalam aksara hiroglif. Struktur yang dipercayai 1,000 tahun lebih tua dari pelabuhan lain di dunia itu ditemui oleh pasukan Institut Pengajian Arkeologi Perancis.


 Akhbar Daily Mail semalam melaporkan pasukan arkeologi itu percaya, pelabuhan berkenaan merupakan pelabuhan komersial paling penting pada zaman purba Mesir dan digunakan untuk mengeksport tembaga dan bahan mineral lain dari Semenanjung Sinai. Manuskrip tersebut mengandungi maklumat pengurusan untuk mendapatkan roti dan arak kepada pekerja yang akan keluar dari pelabuhan itu. Satu daripada manuskrip itu juga menceritakan maklumat tentang kehidupan penduduk Mesir purba. Pihak berkuasa Mesir berkata, pasukan arkeologi tersebut menemukan pelbagai jenis limbungan dan batu sauh. - AGENSI





.

Cara yang paling unik untuk berhenti kerja


Seorang pekerja membuat kejutan dengan mengukir surat peletakan jawatan pada kek yang diserahkan kepada ketuanya. Kek istimewa dengan dihiasi lapisan gula itu merupakan satu perkara unik yang dilakukan oleh Chris Holmes, 31, untuk meluahkan hasratnya. Pekerja di Jabatan Imigresen, Lapangan Terbang Stansted itu bertindak melepaskan jawatan bagi memberi tumpuan terhadap perniagaan membuat kek yang mula diceburi secara kecil-kecilan beberapa tahun lalu. "Saya menyerahkan sendiri kek tersebut kepada pengurus yang bertugas. Saya rasa dia terkejut dengan kek itu," katanya.


Menurutnya, kek tersebut sangat istimewa kerana dibuat daripada lobak merah yang dicampur kelapa parut, kacang, kismis dan menggunakan krim mentega oren. "Surat itu mungkin kelihatan agak 'padat' kerana terlalu banyak perkataan yang saya mahu tulis. Bagi saya, ia 'kejutan' yang manis," katanya.


Holmes merasakan cara sedemikian sebagai jalan terbaik untuk melepaskan jawatan dan berharap rasa kek tersebut mampu memberi 'ingatan' menarik kepada mereka yang merasainya. "Saya sudah merancang perkara ini selama enam bulan, namun merahsiakannya kerana tidak pasti bila saya akan meletak jawatan," katanya. Holmes sudah bekerja dengan jabatan tersebut selama tujuh tahun dan mula menjalankan perniagaan kek secara kecil-kecilan sejak Julai 2010. - AGENSI





.

Gambar terkini Datuk K, suami Penyanyi Siti Nurhaliza (selepas kemalangan)



Semalam buat pertamanya kali sejak terlibat dengan sebuah kemalangan jalanraya di Queenstown, New Zealand Datuk K muncul di’khalayak ramai menghadiri sebuah majlis di Putrajaya. Beliau yang masih memakai alat sokongan leher kelihatan ceria menemani Siti Nurhaliza di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara di Kompleks Seri Perdana. “Saya masih perlu menjalani fisioterapi untuk tempoh sebulan dua lagi — Alhamdulillah sekarang sudah boleh menjalani rutin kerja seperti biasa” Datuk K turut memberitahu yang beliau masih sakit di pergelangan tangan dan leher akibat kemalangan itu. -RotiKaya





.

Surat buat Presiden Barrack Obama



Agensi Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) hari ini memintas sepucuk surat dipercayai mengandungi bahan 'mencurigakan' yang ditujukan kepada Presiden Barack Obama. Menurut sumber, surat tersebut dipintas semasa ujian imbasan dilakukan dekat White House dan ia dihantar pada kelmarin, tarikh yang sama sepucuk surat mengandungi racun berbahaya yang dihantar kepada Senator Roger Wicker.


Ujian kimia mendapati, surat tersebut disahkan positif mengandungi racun jenis ricin yang boleh menyebabkan kematian. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!