Friday, April 19, 2013

Ia menjadi sasaran pencuri kerana nilainya yang sangat tinggi


Sebanyak lapan tanduk badak sumbu yang dianggarkan bernilai AS$650,000 (RM2 juta) dicuri sekumpulan lelaki bertopeng dari Muzium Negara Ireland di sini hari ini. Menurut polis, kumpulan yang terdiri daripada tiga lelaki itu memecah masuk ke dalam muzium tersebut semalam dan mengikat pengawal keselamatan, sebelum mengambil lapan tanduk haiwan itu. Pengawal tersebut berjaya melepaskan diri dan membunyikan alat penggera, namun kesemua pencuri itu berjaya melarikan diri. Tanduk badak sumbu mendapat permintaan tinggi kerana dipercayai boleh digunakan untuk perubatan. - AFP





.

Cerita terkini, penyanyi Dayang Nurfaizah


Penyanyi R&B negara, Dayang Nurfaizah bakal menerima Ahli Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri. Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, sepatutnya dia menerima anugerah itu bersama dengan seorang lagi penyanyi iaitu Bob semalam, namun disebabkan jadual yang padat, dia terpaksa menangguhkannya. "Sebenarnya semua anak seni dan mereka yang memberi sumbangan dalam mengharumkan nama Sarawak menerima anugerah itu cuma lain-lain kategori.

"Memang rasa terharu bila diberi anugerah seperti ini kerana ia adalah satu penghargaan buat saya dan anak seni yang berasal daripada Sarawak. "Lagipun, sepanjang berada dalam bidang seni ini, saya tidak malu untuk memberitahu saya berasal daripada Sarawak, malah berbangga untuk memberitahu sebenarnya saya adalah orang bumi kenyalang," katanya. Terdahulu, Dayang menghiburkan peminatnya di Hotel Singgahsana, di sini sempena Minggu Setiausaha. - Utusan





.

Inilah Novel Novelis Paling Popular Cecah 1 Juta Naskhah Dalam Seminggu


Penerbit novel terbaru novelis Jepun kontemporari paling popular, Haruki Murakami mengesahkan yang mereka telah mencetak satu juta naskhah karya tersebut dalam tempoh seminggu selepas berada di pasaran. Penerbit berkenaan, Bungeishunju Ltd meramalkan, novel yang berjudul "Shikisai wo Motanai Tazaki Tsukuru to Kare no Junrei no Toshi atau "Colourless Tsukuru Tazaki and His Years of Pilgrimage" itu akan mencatat sejarah baru sebagai novel paling pantas terjual dalam sejarah buku Jepun. Sebelum memasuki pasaran, Bungeishunju menyatakan mereka telah mencetak sekitar 500,000 naskhah.

Bagaimanapun tidak sampai seminggu selepas berada di pasaran mereka terpaksa mencetak sebanyak 300,000 naskhah lagi ekoran permintaan yang luar biasa. Dan pada Khamis, syarikat penerbitan itu memutuskan mereka perlu mencetak lagi 200,000 naskhah tambahan menjelang bulan depan.


Dalam tempoh tiga hari sahaja berada di pasaran, novel Murukami itu telah terjual sebanyak 350,000 naskhah di seluruh Jepun. Novel setebal 370 halaman itu mengisahkan tentang seorang lelaki muda bertarung dengan masa silamnya dan kini terpaksa bergantung kepada percintaannya untuk mengembalikan kekuatan dirinya semula. Karya Murakami telah diterjemahkan ke dalam 40 bahasa di seluruh dunia menjadikannya sebagai novelis Jepun paling popular era ini. -AP





P/S - Terus rasa teringin nak dapatkan senaskah, tapi ada ke yang berbahasa selain jepun??





.

Ini bukti rancangan realiti tv, Biggest loser GAGAL


Bekas pengacara Biggest Loser Australia, Ajay Rochester telah mendedahkan berat badannya naik mengejut. Wanita berusia 44 tahun itu, telah menunjukkan berat badannya yang ideal ketika menjadi pengacara siri realiti terkenal itu selama empat siri antara 2006 dan 2009. Dia mendedahkan dalam satu temu bual radio yang dia telah berjalan kaki setiap hari ke restoran makanan segera dan mengakui dia telah makan tanpa henti. Dia juga mengakui, pengalamannya bersama Biggest Loser, melihat kesungguhan peserta menguruskan badan, tidak langsung dapat mengubah dirinya kini.



Dia dilihat baru-baru ini sambil membawa dua sandwich Subway dan dua minuman besar ketika berjalan bersama seekor anjing di Los Angeles. Tahun lepas dia muncul di skrin TV Australia dalam diet selebriti, di samping Kevin Federline. Dia yang telah berjuang sejak beberapa tahun menangani isu-isu emosi, yang dikatakan didera secara fizikal oleh ibu angkatnya di zaman kanak-kanak.-AP





.

Gambar keluarga pengurus bola sepak terkenal, Jose Mourinho



Akhbar hari ini mendedahkan bahawa isteri dan anak bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho telah menjadi sasaran pencuri dalam bilik hotel mewah mereka di London. Pengurus Real Madrid ini terbang dari Sepanyol untuk menghiburkan Matilde isterinya, 47, yang lebih dikenali sebagai Tami, dan anak perempuannya Tita, 16. Dikhabarkan komputer riba dicuri dari Wyndham Grand Hotel, hotel lima bintang di Chelsea.


Pasangan itu menginap dalam suite mewah berharga sehingga £ 1044 semalam apabila anak remaja pengurus terkenal itu telah mendaftar ke kursus seni halus di ibu negara Camberwell College of Arts. Mereka memutuskan untuk pergi ke sebuah hotel mewah disitu, dan kerana kehadirannya dikawasan itu, khabar angin bahawa pengurus itu akan kembali ke Chelsea musim depan kembali hangat diperkatakan. Dan, siasatan kejadian kecurian itu masih dilakukan, yang mana telah berlaku pada 11 malam pada 27 Mac. -DM





.

Gempar! Letupan kecil di Parlimen


Parlimen Norway terpaksa dikosongkan apabila berlaku satu letupan kecil di dalam sebuah bilik elektrik di bangunan itu di sini hari ini. Polis mengesahkan berlaku litar pintas dalam sistem elektrik di bangunan itu, menyebabkan asap keluar dan terputus bekalan elektrik. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut. Bekalan elektrik bagaimanapun pulih semula selepas beberapa minit dan Parlimen beroperasi seperti biasa. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!