Friday, April 26, 2013

Jangan sangka negara maju takde ini


Isu peningkatan jumlah pengangguran di Perancis semakin buruk apabila Kementerian Buruh semalam melaporkan pertambahan sebanyak 36,900 orang pada bulan lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3.224 juta. Jumlah tersebut sekali gus mengatasi rekod pengangguran pada 1997 yang berjumlah 3.195 juta orang di negara yang merupakan satu daripada lima kuasa veto dunia itu. Perancis menghadapi masalah peningkatan pengangguran sejak 23 bulan lalu dan Presiden Francois Hollande masih bergelut untuk memulihkan ekonomi negara ini yang berdepan masalah kemelesetan. - AFP





.

Artis ini dengan kontroversinya...lagi



PERPISAHAN Lindsay Lohan dan penyanyi rock Avi Snow sebelum ini ternyata tidak mengecewakan diri pelakon itu apabila dia didapati keluar bersama seorang penerbit kaya Arab Saudi, Mohammed Al Turki. Menurut laporan portal Dailymail, terdapat gambar yang menunjukkan Lindsay dan Mohammed menuju ke panggung Broadway, New York bagi menyaksikan persembahan teater.


Walaupun bersama dengan lelaki Arab, Lindsay tetap dengan penampilan seksinya memakai blaus jarang menampakkan tubuh badannya dan Mohammed pula seperti tidak mempunyai masalah dengan pemakaian aktres itu. Bagaimanapun, pada hari itu, wajah Lindsay dilihat tidak bermaya walaupun telah memakai solekan. Lindsay akan berada di New York untuk beberapa hari untuk bertemu keluarganya sebelum ke pusat pemulihan pada 2 Mei depan. -AFP





.

Inilah punca sebenar jangkitan H7N9 di China


Satu kajian saintis China yang disiarkan dalam jurnal sains, The Lancet hari ini mengesahkan virus H7N9 berpunca daripada ayam dan itik. Laporan tersebut disiar berdasarkan siasatan terhadap empat kes kematian yang berpunca daripada H7N9 di wilayah Zhejiang, China. Kesemua mangsa disahkan terdedah kepada ayam dan itik yang dijangkiti virus itu. Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut sama ada virus berkenaan boleh tersebar dalam kalangan manusia. - AFP





.

Selera besar pemain Manchester United, Robin van Persie


PENGGEMPUR berbisa Manchester United, Robin van Persie bertekad memastikan pasukan diwakilinya memperoleh banyak kejayaan selepas ini. Kelmarin, hatriknya ketika mengalahkan Aston Villa membantu United untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ke-20. "Ini baru permulaan buat saya. Selepas ini saya cuba memenangi liga setiap tahun dan mengulanginya lagi pada musim akan datang.


"Saya ingin mengucup seberapa banyak piala yang dipertandingkan. Saya mahu dakap Piala FA, Liga Juara-Juara, Piala Liga Inggeris dan semua kejohanan yang kami sertai," katanya. Bekas pemain Arsenal itu sebelum ini kemarau kejuaraan sejak menyertai kelab yang berpangkalan di Emirates pada 2004. "Saya harus bagi kredit kepada seluruh pengurusan, pemain dan peminat yang menyokong United selama ini. Trofi EPL untuk anda semua," katanya. -AP





.

Beyonce tak pandai dukung anaknya Blue Ivy?


Penyanyi Beyonce dan suaminya Jay-Z dilihat bersama anak mereka, Blue Ivy makan di restoran Septime, Paris. Sebelumnya, penyanyi ini  meletakkan larangan kepada jurugambar akhbar di konsertnya, untuk tidak mengambil gambarnya yang tidak cantik. Namun ketika keluar bersama keluarga,  penyanyi itu jelas santai dengan penampilannya yang bersahaja.


Sepanjang waktu, Jay-Z dan Beyonce dilihat saling memanjakan anak mereka dengan mendukung dan menciumnya berulang kali. Blue Ivy dilihat sangat teruja dengan perjalanan itu. Walaubagaimana pun disebuah akhbar, peminat yang melihat cara Beyonce mendukung anaknya, jelas mengkritik penyanyi itu, yang seolah-olah tidak pandai mendukung dengan cara yang betul.



Menurut seorang peminat, Beyonce dilihat tidak mengendahkan cara dia mendukung Blue Ivy yang seperti mudah terlepas dari tangannya. -DM





.

Pelakon Rita Rudaini ada masalah baru


Dramatis popular, Rita Rudaini tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat produksi baru yang didakwanya sebagai tidak profesional ketika melakukan penggambaran. Disebabkan itu Rita membuat keputusan berhenti serta merta daripada terus berlakon dengan produksi tersebut. Pun begitu menurut Rita, dia sempat menjalani penggambaran selama empat hari daripada keseluruhan penggambaran yang mengambil masa sehingga Julai depan dalam drama 40 episod itu. Hal tersebut membuatkan syarikat itu mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi terhadap Rita yang menarik diri sebelum penggambaran tamat.

"Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi kostume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain. Bukan saya saja yang perasan tentang perkara itu, malah pelakon lain yang terlibat juga merasakan perkara yang sama. "Jadi saya sendiri pergi berjumpa dengan pihak produksi, berbincang dan menyatakan ketidakpuashatian saya terhadap cara mereka berkerja yang boleh dianggap tidak profesional. Mereka tak mahu berubah sebaliknya seolah-olah memberi kata dua kepada saya. Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka, pada 26 Februari lalu.

"Alih-alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000. Sudah lah tu, mereka minta saya bayar secepat mungkin. Difahamkan tuntutan ganti rugi itu adalah kos bagi penggambaran semula (re-shoot) yang hendak dijalankan oleh mereka memandangkan saya dah tarik diri. Bagi saya, tuntutan mereka itu tidak masuk akal. Kerana tuntutan itu lebih daripada 40% wang pendahuluan. Dan saya memang nak pulangkan pun wang pendahuluan yang telah saya ambil dahulu", kata Rita ketika ditemui di Pejabat Seniman bertempat di Taman Melawati, petang semalam.

Tambah Rita, selama ini dia tidak pernah mengalami situasi sebegini dan menegaskan tidak pernah membuat hal dengan mana-mana produksi. Apatahlagi ini merupakan kali pertama dia bekerja dengan produksi tersebut. Dia cuma mengharapkan krisis ini dapat diselesaikan dengan cara profesional.


"Selama ini saya tak pernah buat hal dengan mana-mana produski. Jadi bila perkara ini terjadi kepada saya, saya rasa tak adil. Sebagai pelakon saya mahukan perbincangan dan situasi menang-menang. Kalau betul mereka nak tuntut ganti rugi, saya pun boleh tuntut juga ganti rugi saya. Cuma saya tak mahu perkara ini terus diperbesar-besarkan", katanya yang turut meluahkan rasa serik untuk melibatkan diri dengan produksi tersebut pada masa akan datang. Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Perundangan, Zahrin Ishak berkata, pihak Seniman akan menyiasat perkara tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut. Malah akan mengesyorkan satu perjumpaan khas antara Rita dan pihak produksi itu untuk berbincang dan menjernihkan keadaan. - mD






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!