Wednesday, May 1, 2013

Kes pelajar cuba bunuh diri dengan tembak kepala yang kini kritikal



Seorang pelajar di sekolah tinggi lelaki Katolik cuba membunuh diri dengan menembak kepalanya ketika menghadiri kelas pertama, semalam. Insiden itu menyebabkannya mengalami cedera parah dan rakan sekelas yang lain bergegas mencari perlindungan. Sekolah Tinggi La Salle di barat Cincinnati itu turut ditutup sehinggalah polis tiba dan mengesahkan tidak ada ancaman kepada pelajar dan kakitangan lain.

Media tempatan melaporkan, budak lelaki itu menembak dirinya sendiri di kepala. Jurucakap Pusat Perubatan Universiti Cincinnati berkata, pelajar itu berada dalam keadaan kritikal sehingga petang semalam, enam jam selepas insiden tembakan itu. Menurut Ketua Polis Green Township, Bart West, budak itu menggunakan pistol semi-automatik. Polis sedang menyiasat bagaimana pelajar tersebut mendapat senjata itu dan bagaimana dia boleh membawanya ke sekolah.

"Ketika kejadian, terdapat 22 pelajar di dalam kelas itu dan insiden berlaku hanya beberapa saat dan tiada pelajar lain yang cedera," katanya. West berkata, pelajar itu cuba membunuh diri, tetapi puncanya masih belum diketahui. Pihak sekolah menyifatkan pelajar tersebut sebagai pelajar cemerlang dan tidak memberi ancaman kepada sekolah dan pelajar lain. - AGENSI





.

Inilah luahan hati Jose Mourinho selepas Real Madrid tersingkir dalam Liga Juara-juara Eropah


Jose Mourinho terus memberi bayangan akan meninggalkan Real Madrid pada akhir musim ini untuk kembali ke England. Dia membayangkan perkara itu selepas menyaksikan pasukannya disingkirkan Borussia Dortmund 4-3 secara agregat dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah pagi ini. Ketika ditanya apakah dia akan kekal bersama Real pada musim depan, Mourinho berkata: ``Mungkin tidak. Saya suka berada di tempat yang mana orang menyukai saya.’’"


Pada sidang akhbar selepas itu bekas pengurus Chelsea itu berkata: ``Di England saya disukai ramai... Saya tahu saya digemari beberapa kelab di England terutama yang satu ini (Chelsea).’’ Tambah Mourinho, berlainan situasi di Sepanyol yang agak berbeza kerana ada yang membencinya. Buat masa ini, katanya, dia mahu memberi tumpuan mengakhiri musim bersama Real dan berusaha memenangi Copa del Rey. - Agensi




P/S - Peminat Chelsea mengharapkan The One kembali.. Dan kalau menjadi kenyataan, mesti dia akan bersama Chelsea datang Malaysia 21 Julai ni kan? ^____^






.

Pelakon Jehan Miskin bercerita mengenai bakal isteri yang akan dia nikahi 4 mei ini


Bukan artis, bukan juga wanita Melayu. Sebalik pelakon Jehan Miskin memilih seorang wanita asal Korea untuk dijadikan sebagai suri hatinya. "Saya memilih gadis Korea ini sebagai isteri kerana terpikat dengan sikap dan perilakunya yang istimewa. Lagi pun kami sudah sekian lama mengenali hati budi masing-masing, lebih elok kalau terus mendirikan rumah tangga. "Insya-Allah, jika tiada sebarang masalah majlis pernikahan kami akan berlangsung pada 4 Mei ini, hari Sabtu di Kuala Lumpur," beritahu Jehan. Tanpa mahu bercerita lebih mendalam tentang nama dan usia gadis berkenaan, hubungan yang terjalin selama lebih lima tahun itu mendapat restu kedua-dua belah keluarga.

"Siapa dia, wajahnya dan bagaimana cinta kami bermula akan diceritakan pada hari pernikahan kami nanti. "Apa yang penting, cinta kami direstui kedua-dua belah keluarga. Malah, ibubapa mertua saya juga akan hadir dari Korea ke majlis pernikahan itu nanti," kata Jehan lagi. Pasangan ini memilih untuk dinikahkan dalam suasana sederhana di Carcosa Seri Negara Kuala Lumpur dengan tetamu jemputan sekitar 100 orang termasuk pihak keluarga. - Utusan





.

Opps, tanpa sengaja, pakaian yang dipakai pelakon ini mendedahkan..


Aktres jelita, Demi Moore menjadi perhatian ketika menghadiri acara "AFI Night at the Movies" di ArcLight Hollywood baru-baru ini. Ketika Demi berjalan di karpet merah, Demi tak sengaja mempamerkan payudaranya. Menurut laporan The Sun, aktres berusia 50 tahun itu dilihat mengenakan blause jarang berwarna hitam sehingga payudaranya jelas kelihatan. Demi yang hadir pada acara "AFI Night at the Movies" kerana filem yang pernah dibintanginya, "Ghost" akan ditayangkan pada acara itu.


Filem tersebut telah dipilih sebagai salah satu filem dari 13 filem klasik terbaik Hollywood. Walaupun usia kini sudah menginjak setengah abad, Demi kini dilihat semakin seksi. Namun, bekas isteri Ashton Kutcher itu memberitahu bahawa dirinya tidak pernah melakukan pembedahan plastik. -AP





.

Inilah rupa kasut paling mahal di dunia..


Anda mungkin tidak pernah terfikir wujudnya kasut yang berharga mencecah jutaan ringgit, tetapi hakikatnya, ia wujud da nada di jual di pasaran. Secara waras, anda pasti akan terdetik lebih baik beli rumah daripada berbelanja besar hanya untuk sepasang kasut. Namun percayalah, bagi yang obsess, wang bukannya halangan. Kasut yang merupakan paling termahal adalah kasut Stuart Weitzman Rita Heyworth Heels dan Harry Winston's Ruby Slippers yang masing-masing berharga AS$3 juta (RM9,464,906.35) sepasang.

 Kasut yang dari filem "Wizard of Oz", Ruby Slippers pula berharga sekitar AS$2 juta ke AS$3 juta (RM6,297,547.48 - RM9,464,906.35). Manakala kasut Stuart Weitzman Tanzanite Heels berharga AS$2juta (RM6,297,547.48), dan diikuti oleh kasut Stuart Weitzman Cinderella Slippers yang turut berharga AS$2juta (RM6,297,547.48). -AP




.

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), melakar sejarah tersendiri


Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melakukan pembedahan otak dengan menyedarkan pesakit. Pakar Bedah Otak PPUKM, Prof. Madya Dr. Ramesh Kumar berkata, prosedur yang dikenali sebagai Awake Craniotomy dalam istilah perubatan melibatkan pesakit mengambil bahagian semasa pembedahan. "Pesakit akan memberi maklum balas berdasarkan pergerakan mudah yang diarahkan oleh pakar bedah. "Prosedur unik ini melibatkan proses menidurkan pesakit terlebih dahulu untuk proses membuka tempurung kepala dan kemudian pakar bius akan menyedarkan semula pesakit untuk mengeluarkan ketumbuhan pada otak," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai prosedur pembedahan Awake Craniotomy baru-baru ini. Pembedahan tersebut yang diketuai oleh Dr. Ramesh turut melibatkan lima lagi pakar lain telah dilakukan pada 8 Februari lalu ke atas seorang pesakit lelaki. Keseluruhan masa yang diambil untuk pembedahan berkenaan ialah empat jam dan pesakit sedar selama satu setengah jam. - Utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!