Friday, May 3, 2013

Mereka lebih sayangkan haiwan peliharaan daripada kekasih


Sebahagian besar pemilik haiwan peliharaan di England lebih gemar memeluk haiwan peliharaan mereka daripada pasangan mereka sendiri. My Social Petwork, jaringan sosial untuk pemilik haiwan peliharaan, mengadakan kajian terhadap 1124 orang. Sebahagian dari mereka mengakui melakukannya, dan sepertiganya menghabiskan hingga 30 hari per tahun untuk merawat haiwan peliharaan. Seperempat berpendapat bagi mereka, haiwan peliharaan seperti anak sendiri. Sebanyak 15% menjadikan haiwan peliharaan sebagai teman mencurahkan isi hati mereka. Sebanyak 7 peratus pemilik haiwan di England membatalkan temujanji mereka dan 4 peratus mengaku sakit agar dapat keizinan dari pejabat untuk menjaga haiwan mereka.

Kajian itu juga menunjukkan satu dari lima orang secara tetap akan memuat turun foto haiwan peliharaan mereka ke Facebook dan Twitter. Sebanyak 10 peratus pemilik membawa haiwan mereka ke berbagai acara, seperti pembaptisan dan resepsi perkahwinan. Emma Milne, doktor haiwan yang kerap muncul di acara tv, berkata, dia senang melihat pemilik memastikan haiwan peliharaan mereka dirawat dengan baik.  Dan hasil kajian itu menunjukkan sebahagian besar pemilik haiwan peliharaan di England melakukan pekerjaan luar biasa dalam menjaga kesihatan dan kebahagiaan haiwan mereka dengan memberikan keutamaan," katanya. -BBC.






.

Jutawan ni kaya kerana jual alat palsu?



Seorang jutawan Britain hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun selepas didapati bersalah menjual alat pengesan bom palsu kepada kerajaan Iraq dan beberapa negara lain. James McCormick memperoleh keuntungan dianggarkan bernilai 50 juta pound (RM236 juta) hasil jualan peralatan palsu tersebut yang sebenarnya diperbuat daripada alat mencari bola golf dan tidak menggunakan bahan saintifik untuk mencari bahan letupan. Minggu lalu, seorang juri mahkamah di London mendapati lelaki berusia 57 tahun itu bersalah atas tuduhan melakukan penipuan.

Hakim yang menjatuhkan hukuman tersebut, Richard Hone berkata, penipuan yang dilakukan oleh McCormick telah menyebabkan banyak nyawa terkorban. " Saya mendapati anda (McCormick) melakukan penipuan dalam menjual peranti pengesan bom yang boleh menyebabkan kematian dan kecederaan kepada individu-individu yang tidak bersalah," jelasnya. Peranti Advanced Selection Equipment (ASE) itu yang dikatakan mampu mengesan bahan letupan, gading gajah, dadah dan manusia telah dijual kepada kerajaan dan pertubuhan keselamatan.

McCormick dipercayai telah memperoleh keuntungan kira-kira 37 juta pound (RM174 juta) daripada kerajaan Iraq, tidak termasuk jualan produk itu kepada Georgia, Niger, Belgium dan Amerika Syarikat (AS). Jutawan terbabit mengakui dia turut menjual peralatan berkenaan kepada tentera Mesir, polis Kenya, pusat penjara Hong Kong dan peronda sempadan Thailand. - AFP





.

Bahaya! Yogurt ada campuran racun tikus


Dua kanak-kanak di utara China meninggal dunia selepas meminum yogurt yang dipercayai dicampur dengan racun tikus oleh seorang pemilik pusat jagaan kanak-kanak. Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku di wilayah Hebei, semalam apabila mereka meminum yogurt beracun tersebut yang ditemui oleh nenek mangsa di tepi jalan berhampiran pusat jagaan terbabit. Siasatan awal kes berkenaan berpunca daripada persaingan dan perasaan hasad dengki antara pemilik-pemilik pusat jagaan kanak-kanak di kawasan tersebut. Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - AFP





.

Gambar menyedihkan, kanak-kanak kebuluran di Somalia


Hampir 260,000 orang telah menjadi korban kebuluran di Somalia - separuh daripada mereka adalah kanak-kanak, demikian menurut laporan yang disediakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).


Laporan itu juga menyebut bahawa PBB sepatutnya bertindak lebih pantas dan jauh lebih awal dari itu untuk mengelakkan korban yang lebih besar. Kematian besar akibat kebuluran dan kekurangan makanan itu berlaku antara tahun 2010-2012.


Pada tahun 1992, kebuluran di negara itu turut mengorbankan 220,000 nyawa. Sebahagian daripada jumlah yang terkorban itu adalah kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah. -AP




.

Misteri terungkai.. Lelaki yang telah disahkan mati 45 tahun yang lalu sebenarnya masih hidup


Ketika perang Vietnam, seorang prajurit Amerika telah disahkan mati di medan perang. Namun, prajurit itu kini 'hidup kembali' seperti bangkit dari kubur. Seorang pembuat filem dokumenteri berasal dari Kanada, Michael Jorgensen mendedahkan telah menemukan prajurit itu yang disahkan mati ketika perang Vietnam. Michael mengatakan telah menemui Sarjan John Hartley Robertson di perkampungan Vietnam, di sebuah desa di selatan negara itu. Berdasarkan informasi tersebut, Michael pun menyiasat dan membuat sebuah filem dokumenteri tentang Sarjan John bertajuk 'Unclaimed'. Sarjan John dianggap telah meninggal pada 1968 ketika sedang menjalankan misi rahsia Angkatan Darat AS, setelah helikopter yang membawanya ditembak jatuh di Laos.

Menghilangnya Sarjan John ketika itu, ujar Michael bukannya kerana penduduk Vietnam tak mau melepaskannya. Namun kerajaan AS yang tak mau menerimanya kembali. Sebenarnya tak hanya Michael saja yang mendedahkan Sarjan John masih hidup. Keluarganya juga yakin bahawa prajurit itu belum mati. Mereka mengakui memiliki dokumen penyokong kewujudan Sarjan John, termasuk laporan bahawa dia tinggal di sebuah penjara Vietnam. Shelby Robertson Quast, cucu prajurit itu, juga memberitahu bahawa dia masih hidup ketika dia melakukan perjalanan ke Kemboja.

Ibunya, Barbara berkata, pada awal 1990-an dia memiliki dokumen yang membuktikan dia masih hidup. Kisah Dalam filem 'Unclaimed', Sarjan John dikatakan lupa ingatan atau menderita demensia. Dia lupa segala-galanya. Sarjan John dan isteri serta kedua anak mereka awalnya setuju untuk ujian DNA membuktikan kebenaran dirinya untuk filem itu. Namun mereka membatalkannya dengan alasan demi kebaikan anak-anaknya. -AGENSI





.

Pengacara Cheryl Samad disahkan hamil..


Setelah menanti hampir dua tahun akhirnya pengacara serba boleh, Cheryl Samad memuat naik gambar di akaun Instagramnya yang menampakkan dia bakal peroleh cahaya mata sekitar bulan Oktober tahun ini. Kiranya, dah lama jugak Cheryl simpan berita gembira ini dari pengetahuan umum, mungkin tidak mahu terlalu teruja dengan berita tersebut. Pengacara rancangan Muzik-Muzik ini juga turut sama mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah yang ditulis di laman twitter miliknya dari peminat-peminat. Cheryl Samad telah memilih jejaka Cina muslim, Ng Ping Ho sebagai teman hidup dan bernikah pada 30 April 2011. Tahniah! -Rotikaya





.

Pelakon Izzue Islam akan menamatkan zaman bujangnya 2 Jun ini


Sebelum ini kecoh pasal gosip pelakon popular Izzue Islam dikhabarkan bertunang dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Awin Nurin. Namun anggota kumpulan Forteen itu enggan mengesahkannya. Akhirnya Izzue, 23, mengaku yang dia bakal bernikah dengan Awin pada 2 Jun ini. Tarikh tersebut sempena hari ulang tahun kelahirannya. Dia juga mengakui cerita pasal pertunangannya dulu adalah benar. Dia enggan mendedahkannya kerana ada sebab tertentu serta mahu menjaga hati banyak pihak, termasuk keluarga mereka."Benar kami akan bernikah pada pagi 2 Jun ini dan majlis persandingan akan diadakan pada tengah hari yang sama di Shah Alam," kata Izzue.

Gosip pasal Izzue bertunang mula tersebar hujung tahun lalu. Mereka dikatakan bertunang pada musim Hari Raya Aidilfitri lalu. "Saya bukan berbohong semasa ditanya pasal bertunang dulu, sebaliknya saya belum sedia mendedahkannya. Pertunangan ni sesuatu yang belum pasti, manalah tahu tidak sampai ke jenjang pelamin. "Sekarang bila sudah pasti kami akan kahwin, barulah saya bersedia. Baru semalam saya memberitahu kawan-kawan dan meminta alamat untuk mengundang mereka dan hari ini pula saya mula bercerita kepada media. Saya harap semua orang faham," sambungnya lagi.


Semoga berbahagia. 

Izzue sedia kahwin pada usia muda dan tidak mengganggap perkahwinannya nanti bakal menggugat kejayanya yang sedang berkembang. "Saya harap peminat akan terus menyokong saya selepas ini. Saya tahu peminat sekarang semakin bijak. Kerana sokongan merekalah saya berada pada tempat saya ada sekarang," kata Izzue. Izzue juga memberitahu, kesibukannya berlakon membuatkan dia tidak sempat bermulan madu. Dia juga hanya akan mengadakan majlis sambut menantu untuk leluarga sahaja di Kelantan tanpa majlis kenduri. Malah dia hanya akan bercuti selama seminggu sahaja selepas bernikah. Izzue sekarang sedang rancak menjalani penggambaran drama Sahabat. "Kalau boleh saya nak berbulan madu di Jepun. Saya minat sangat nak ke Jepun. Ini hanya cadangan sahaja, tak tahulah sama ada jadi atau sebaliknya. Sebenarnya saya belum pernah ke luar negara," kata Izzue lagi. -Mangga Online





P/S - Izzue ni pelakon drama yang diadaptasi dari novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia






.

Chelsea cipta sejarah!! Keputusan penuh Chelsea Vs Basel



Chelsea menempah perlawanan akhir menentang kelab Portugal Benfica di Amsterdam akhir bulan ini selepas membenam FC Basel 3-1 untuk mencatat agregat 5-2 pada aksi separuh akhir kedua Liga Europa awal pagi tadi.


Penyandang juara Eropah itu yang beraksi berbekalkan kemenangan 2-1 daripada pertemuan pertama lalu, pada mulanya hilang kelebihan itu selepas Mohamed Salah menyumbat gol pembukaan untuk Basel mengikat agregat.


Namun, anak-anak buah pengurus sementara, Rafael Benitez bangkit menjaringkan gol selepas babak kedua bersambung menerusi Fernando Torres, Victor Moses serta David Luiz.


Chelsea berpeluang mencipta sejarah menjadi kelab pertama memenangi Piala Europa selepas menang Liga Juara-Juara pada musim sebelumnya jika mereka menang pada final nanti. Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Benfica menewaskan Fenerbahce 3-1 untuk agregat 3-2. - Agensi





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!