Wednesday, May 8, 2013

Pelakon cantik ini sahkan dirinya lesbian dalam..



Selama ini tidak dinafi ramai jejaka yang menggilai pelakon cantik, Siti Saleha. Iyalah, hati lelaki mana yang tidak cair melihat pewatakannya yang baik dan lemah lembut menerusi lakonannya dalam drama fenomena seperti Nora Elena dan Ruby. Bukankah itu antara ciri-ciri calon isteri yang diingini ramai lelaki? Namun peminat gadis kacukan Melayu-Inggeris ini mungkin terkejut kerana siapa sangka aktres yang mesra dengan panggilan Sal ini seorang lesbian. Malah adik kepada Sam (vokalis kumpulan Bunkface) itu memberitahu dia menjalin hubungan dengan pelakon, Marsha Milan Londoh. "Saya seorang lesbian. Saya jalin hubungan dengan Marsha. Sekarang ni saya dah kerap juga google dan tengok filem berkaitan lesbian untuk nak fahamkan lagi tentang bagaimana sebenarnya hubungan ni," katanya dengan nada ceria.

Pendedahan dirinya seorang lesbian itu menjawab kepada persoalan wataknya dalam filem terbaru, berjudul Tujuh. Dalam filem sulung arahan Raja Mukhriz itu, Sal memengang watak sebagai Tina sementara Marsha sebagai Yasmin dan mereka menjalinkan hubungan sejenis. Bercerita lanjut tentang filem bergenre aksi-seramdan thriller berlatarkan tahun 70-an itu, Sal memberitahu dia berani menyahut cabaran menjayakan watak tersebut kerana disamping mencabar dirinya sebagai seorang pelakon dia perlu mempelbagaikan karakter dalam lakonannya. Meskipun menyedari dia mungkin berdepan dengan macam-macam reaksi apabila filem itu ditayangkan nanti, namun tidak timbul rasa risau dan bimbang dalam dirinya malah dianggap sebagai satu peluang keemasan.

"Saya tak takut untuk melakonkan watak ini. Sebab saya rasa ni peluang yang baik untuk saya. Something out of the box. Sesuatu yaang menarik bagi saya. Ya, saya tahu mungkin ia akan menimbulkan isu. Tapi saya harap peminat akan terbuka dan dapat menerimannya kerana saya hanya berlakon dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon", katanya yang akan mula menjalani penggambaran pada 20 Mei ini. Tujuh mengisahkan sekumpulan remaja yang menghabiskan percutian semester mereka dengan dengan mengadakan parti liar di sebuah rumah persinggahan keluarga di atas bukit.

Rumah itu dijaga oleh Tok Batin daan anaknya Suri. Parti liar itu menjadi tidak terkawal apabila salah seorang daripada mereka telah merogol Suri. Sebaik parti tamat, Suri bersemuka dengan kumpulan remaja itu dan berjanji akan membalas dendam. Suri kemudia terjun membunuh diri. Amaran yang dirasakan hanya gurauan itu menjadi benar apabila Yasmi dijumpai tergantung keesokan harinya. Malah satu-satu daripada merekaa hilang secara misteri. Dalam perkembangan lain Saleha kini sedang menjalani penggambaran program Projek Gila. Program terbitan TV9 itu menyaksikan Saleha sebagai pengacara. Selain, dia juga berdebar menanti tayangan filem-filem lakonannya tidak lama lagi iaitu KL Zombie, Mamat Cupcake dan Balada Pencinta. - mD






.

Cerita terbaru penyanyi dan pemenang Masterchef Selebriti, Datuk Fazley


Penyanyi Datuk Fazley Yaakob, 35, akan melanjutkan pengajian dalam bidang pastri di Paris, Jun ini. Pemenang program MasterChef Selebriti Malaysia musim pertama itu berkata, dia akan melanjutkan pengajian di kampus cawangan Le Cordon Bleu di sana selama tiga bulan. "Buat masa sekarang saya sedang melanjutkan pengajian dalam Diploma de Patisserie di Le Cordon Bleu, Sunway sejak enam bulan lalu. "Saya akan sambung belajar di Paris untuk semester akhir. Sejak dulu saya memang minat membuat pastri. Apa yang saya lakukan ini adalah sebagai persediaan untuk saya membuka kafe dan pusat mengajar membuat pastri," katanya.

Menurut Fazley, selain dirinya, isteri beliau, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz juga pakar dalam membuat kek dan dua adiknya juga mahir membuat pastri kerana masing-masing mempunyai kelulusan dalam bidang tersebut.

Tambahnya, sewaktu berada di Paris kelak, dia akan turut melakukan rakaman klip video untuk sebuah lagu yang liriknya dihasilkan berdasarkan resepi. "Saya nak cuba buat lirik lagu berdasarkan resepi sebab orang lain tidak pernah buat lagi. Lagu ini saya berkolaborasi dengan penyanyi dari Perancis, Maeva dan Zul selaku rapper. "Saya kenal Maeva sewaktu berkunjung ke Paris dan kebetulan bapanya adalah chef pastri. Maeva dan Zul kelak bernaung di bawah FiPRO. Sekarang ini lagu itu sudah siap 80 peratus, tunggu masuk vokal Maeva saja," katanya. - Utusan





.

Haiwan pintar ini melakukan sesuatu yang sangat bermanfaat buat manusia


China menggunakan bantuan anjing untuk meramal bencana gempa bumi, kata seorang pegawai yang hanya ingin dikenali sebagai Song pada selasa. Negara tersebut sentiasa dilanda gegaran seismos. Kira-kira 200 orang terkorban akibat gempa bumi di wilayah Sichuan bulan lalu. Pihak berkuasa gempa bumi di Nanchang, ibu kota wilayah Jiangxi memelihara beberapa ekor anjing kerana haiwan tersebut akan berkelakuan luar biasa sebelum gempa bumi akan berlaku. Kadang-kadang haiwan tersebut akan berkelakuan pelik 10 hari sebelum insiden buruk berlaku.


Pasukan tersebut yang menggunakan khidmat anjing atas permintaan kerajaan wilayah tersebut berkata, ayam dan itik juga boleh memberikan isyarat dengan berkesan. Namun, beberapa penduduk membuat aduan di laman media sosial yang tidak selesa dengan bunyi bising haiwan tersebut pada waktu malam. "Saya tidak tahu berapa banyak anjing dimiliki pasukan tersebut. Pada pukul 11 malam setiap hari mereka akan mula menyalak," kata Song. - AFP





.

Gambar Gunung Mayon di Filipina meletus


Satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina mula hidup semalam, memuntahkan batuan bersaiz sebuah bilik ke arah 30 pendaki yang terkejut, mengorbankan lima daripadanya dan mencederakan yang lain sehingga mereka terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter dan tali.


Pendaki dan pemandu arah warga Filipina bermalam dalam dua kumpulan sebelum mendaki pada waktu siang ke arah kawah gunung berapi Mayon apabila secara tiba-tiba letupan batuan, debu dan asap menggegarkan kawasan pergunungan cantik itu, kata pemandu arah, Kenneth Jesalva kepada rangkaian televisyen ABS-CBN menerusi telefon bimbit. - AP





.

ChELSEA VS TOTTENHAM SPURS LIVE STREAMING



Kemenangan ini akan menjamin laluan The Blues ke kempen Liga Juara-Juara Eropah, musim hadapan. Ketika ini, Chelsea menghuni tangga ketiga liga mengumpul 68 mata, manakala Spurs di tangga kelima ketinggalan tiga mata. "Perbezaan gol antara Chelsea dengan pasukan lain sangat besar, jadi jika pasukan berjaya menewaskan Tottenham, kami akan berada dalam zon selesa dengan dua baki perlawanan. "Ia ibarat final bagi kedua-dua pasukan, namun tiada sebarang tekanan dapat dilihat. Kami akan cuba untuk menang dan memberikan yang terbaik," kata Pengurus, Rafael Benitez.

Jangan lupa saksikan secara live 2.45 pagi ni. Siaran langsung di astro 810









.

Bekas isteri Jimmy Shanley bakal di penjarakan?


Selepas tiga kali gagal bermalam dengan anaknya, pengacara dan pelakon Jimmy Shanley tiada cara lain selain memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya atas dakwaan ingkar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka. Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 32, memfailkan permohonan itu terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 27, menerusi peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. Menurut Mohd. Noor Aizan, semenjak Mahkamah Tinggi di sini pada 8 April lalu memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu dengan anaknya, Zahrah Rania, anak guamnya itu masih gagal mendapat hak tersebut.

Jimmy turut menyatakan, dia kecewa apabila tiga kali cubaannya mengambil anak tunggalnya itu untuk bermalam bersama tidak mendapat kerjasama daripada Nursuhaila. ‘‘Apabila saya hendak pergi mengambil anak, ada sahaja alasan yang diberikan oleh bekas isteri termasuk alasan berada di luar negara. ‘‘Saya juga telah membuat tiga laporan polis berhubung perkara tersebut,’’ katanya. Mohd. Noor Aizan turut menyatakan, Nursuhaila telah memfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah tersebut dan kes itu akan disebut pada Khamis ini. Pada 8 April lalu, Hakim Syarie Mawardi Che Man membuat keputusan memberikan hak jagaan penuh anak perempuan tunggal mereka itu kepada Nursuhaila.

Beliau turut memutuskan Jimmy diberi hak lawatan dan bermalam selama tiga hari setiap minggu bersama Zahrah Rania yang kini berusia setahun 10 bulan. Mahkamah membenarkan Jimmy mengambil anaknya bermula Selasa sehingga Khamis selain kedua-dua pihak diberi hak bergilir-gilir untuk bersama anak mereka pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Jimmy diberi hak bersama anaknya selama tiga hari bermula hari terakhir Ramadan sehingga hari raya kedua. Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak atau pihak ketiga tidak menghalang atau menceroboh pihak terbabit semasa Zahrah Rania berada dalam jagaan pihak berkenaan.

Jimmy dan Nursuhaila serta wakil masing-masing juga diarahkan berbincang mengenai lokasi pengambilan anak mereka dan memaklumkan sesama mereka terlebih dahulu jika ingin berbuat demikian. Tuntutan hadanah itu difailkan Nursuhaila terhadap Jimmy pada 18 Oktober 2011. Jimmy bagaimanapun mempertikai kelayakan Nursuhaila untuk menjaga anaknya kerana mendakwa plaintif mempunyai akhlak buruk antaranya suka berjudi, minum arak, berhibur dan merokok. Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dengan hantaran RM31,186. Mereka sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 10 Oktober tahun lalu. -utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!