Thursday, May 16, 2013

Inilah cadangan menteri Hong Kong mengenai elak wanita dirogol yang dikecam


Menteri Keselamatan Hong Kong menerima kecaman hebat semalam selepas mengeluarkan kenyataan bahawa wanita perlu "tidak minum terlalu banyak" sekiranya mahu mengelakkan mereka daripada dirogol. Setiausaha Keselamatan, Lai Tung-kwok pada ketika itu sedang membentangkan kadar jenayah di bandar berkenaan bagi tempoh suku pertama 2013 yang menyaksikan jenayah rogol meningkat sehingga 60 peratus. "Kebanyakan kes ini (rogol) berlaku di kalangan mereka yang kenal antara satu sama lain. Malah mereka juga kawan mahupun kawan rapat ataupun mereka yang baru kenal dalam tempoh beberapa jam.

"Kebanyakan kes rogol berlaku selepas wanita minum banyak alkohol terutamanya wanita muda. Justeru saya menyeru mereka tidak minum terlalu banyak,’’ katanya. Namun, pelayar laman sosial terutamanya di Facebook dan Twitter membidas kenytaan Lai. "Setiausaha Keselamatan Hong Kong menasihatkan wanita muda supaya tidak minum terlalu banyak selepas peningkatan kes rogol. Sepatutnya mereka beritahu lelaki supaya tidak merogol?’’ kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Miss O’Kistic. - AFP





.

Pengurus baru Manchester City selepas Roberto Mancini


Manuel Pellegrini kini pasti akan menjadi pengurus Manchester City mula musim depan setelah dibenarkan oleh kelabnya, Malaga. Dan menerusi rekod Pellegrini sebagai pengurus, Manchester City dijangka akan tampil semakin ofensif. Khabar menyatakan bahawa, sebelumnya, bahagian pengurusan City bercadang untuk membawa Jose Maurinho ke Citizen. Namun pengurus yang lebih dikenali sebagai The Special One itu, tidak berminat.. Maka Pellegrini merupakan orang yang paling tepat. Menurut sebuah akhbar, pengurus yang berasal dari Chile itu telah bersetuju menjadi pengurus untuk dua tahun sebagai pengganti Roberto Mancini yang dipecat awal minggu ini. Pellegrini, 59 tahun, dikhabarkan secara lisan telah bersetuju untuk mengambil alih kerusi pengurus City. Keputusan tersebut sekaligus mematahkan khabar rancangan Barcelona yang turut tertarik dengan bekas pengurus Real Madrid itu. -AP





.

Negeri Terengganu cipta sejarah



Pelantikan dua menteri penuh dan seorang timbalan menteri dari Terengganu merupakan sejarah baharu dan penghormatan tertinggi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pelantikan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia serta timbalannya Datuk Jailani Johari mampu memantapkan lagi barisan Kabinet kerajaan pusat yang diterajui Najib. "Syukur kepada pelantikan menteri dan timbalan menteri dari Terengganu dan saya ucapkan terima kasih kepada rakyat dan Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan kepada Terengganu," katanya kepada pemberita di Seri Iman malam tadi.

Ahmad berkata pelantikan Idris diharap dapat membantu meningkatkan tahap pendidikan bukan sahaja di Terengganu malah seluruh negara. Menurutnya, pencapaian cemerlang Terengganu sebagai negeri anjung ilmu boleh menjadi contoh kepada negeri lain kerana Idris mempunyai pandangan yang hebat dalam bidang itu. Idris merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) (mulai 2008) dan pernah memegang jawatan Menteri Besar Terengganu (2004-2008) dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (1995-1999).

Ahmad Shabery pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan pada Mac 2008 hingga April 2009 sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Jailani yang berkelulusan undang-undang dari Universiti Malaya, sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kawal Selia dan Pengawasan Industri dan komunikasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). - Bernama





.

9 Gambar pelakon Eja, yang kini berhijab



Baru pulang dari mengerjakan umrah baru baru ini, Eja telah mengambil keputusan untuk terus berhijab secara kekal selepas tidak putus putus berdoa dan berkat petunjuk dari Allah.



“Sebenarnya, saya berhajat ingin memakai tudung selepas usia memasuki 40 tahun tetapi hasrat itu terkubur kerana kesibukan saya”



“Tahun ini, saya berpeluang membuat umrah sekali lagi dan alhamdulillah apabila balik ke sini saya tidak mahu membuka tudung lagi”



 “Saya tidak putus-putus berdoa dan alhamdulillah berkat petunjuk daripada Allah, saya langsung tidak mahu membukanya lagi”



“Tetapi, saya tidak mahu bercakap lebih banyak kerana baru lima hari saya pulang ke sini. Semoga Allah permudahkan & menetapkan hati saya untuk terus membawa kebaikan ini,” jelas Eja kepada Media Hiburan. -Rotikaya






.

Pelakon cantik ni berlagak diva salah tempat


KALAU sudah dikenali sebagai bintang popular, sifat diva yang ada dalam diri mereka sukar dikikis. Pelakon seperti Kate Beckinsale misalnya, sudah biasa dilayan seperti ratu. Boleh dikatakan semua perkara tentang kehidupannya diuruskan oleh orang lain. Malah, sifat aktres itu juga dilihat kurang menyenangkan mata pihak lain apabila dia tergamak menyuruh wanita tua membawa barang-barang peribadinya baru-baru ini. Merasa diri sebagai seorang superstar, Beckinsale sanggup menyuruh seorang wanita tua untuk mendorong troli barang di sebuah lapangan terbang minggu lalu. Menurut suatu sumber, wanita itu memang seorang pegawai yang bertugas di situ.


Namun melihat usia dan barang yang harus ditolaknya, perbuatan Kate itu dianggap tidak bertimbang rasa. "Ketika wanita tua itu menolak troli penuh dengan barangan Kate, dia hanya berjalan santai di sebelahnya. Pada hal Kate jauh lebih kuat daripada wanita itu, apa lagi Kate pernah belajar seni bela diri dan sering berlatih di gimnasium untuk membentuk badannya. "Jika Kate benar-benar penat, semestinya dia memilih orang yang lebih muda daripada wanita itu untuk membantunya. Perbuatan pelakon filem ini memang tidak wajar ditiru," kata sumber yang menyaksikan kejadian yang dilakukan pelakon Underworld itu. -MailOnline






.

Selepas buang payud@ra, Angelina Jolie bakal buang ovari pula


Angelina Jolie kini merancang untuk membuat pembedahan buang ovari pula, selepas melakukan mastektomi berganda (buang payudara) selepas mendapati dia adalah pembawa gen BRCA1. Pelakon 37 tahun itu, membuat keputusan yang berani dengan melakukan prosedur itu secara rahsia selepas diberitahu dia mempunyai risiko 87% menghidap kanser payudara. Dan kini, Angelina dikatakan sudah boleh merancang pembedahan beliau seterusnya - pembuangan ovari - kerana dia disahkan mempunyai peluang 50% untuk menghidap kanser ovari.

Menurut majalah People, Angelina mungkin menjalani prosedur seterusnya itu sebelum dia berusia 40 tahun. Selepas pembedahan pembuangan ovari itu kelak, Angelina tidak lagi dapat mempunyai anak kandung, walaupun dia masih mempunyai pilihan untuk mengambil anak angkat. -DM






.

Prihatin : Kisah bayi Muhammad Adnan Azlan



Penderitaan seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit hidrosefalus atau kepala besar meluluhkan hati sesiapa sahaja yang memandang. Muhammad Adnan Azlan, 4, dijaga saban hari dengan penuh kasih sayang oleh ibunya, Rasidah Abdul Rahim, 29, yang bimbang fizikal anaknya yang terbantut dan saiz kepalanya yang semakin mengembang. Rasidah berkata, penyakit anak bongsu dari tiga beradik itu mula dikesan sejak dalam kandungannya ketika berusia enam bulan. Menurutnya, doktor memaklumkan risiko yang bakal dihadapi dan menunjukkan gambar-gambar berkenaan penyakit terbabit namun dia dan suami, Azlan Shaik Daud, 29, mengambil keputusan untuk melahirkan Muhammad Adnan melalui pembedahan.

“Dalam tempoh seminggu selepas melahirkannya, saya berkeras untuk melihatnya walaupun tidak dibenarkan. Alangkah luluh hati saya melihat keadaan anak dan saiz kepalanya yang ketika itu menjangkau 3.6 kilogram. “Bagaimanapun, kami reda dan mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi,” katanya ketika ditemui di Taman Impian Indah, Alma dekat sini. Rasidah berkata, enam kali pembedahan sudah dilakukan sejak anaknya itu lahir bagi membuang lebihan cecair di kepalanya. “Kesemua rawatan dijalankan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya kelihatan agak baik walaupun tubuhnya tidak membesar.

“Kini, saya hanya membawanya ke klinik berhampiran sekiranya dia kurang sihat,” katanya. Suaminya yang bekerja sendiri memiliki pendapatan tidak tetap dan barangan keperluan Muhammad Adnan sahaja mencecah RM200 setiap bulan. Katanya, susu formula yang diminum anaknya itu berharga RM58 setiap tin. “Sekurang-kurangnya dua tin susu diperlukan setiap bulan dan ini tidak termasuk lagi perbelanjaan lampin pakai buang. “Rumah disewa dengan harga RM380 sebulan manakala anak pertama dan kedua pula bersekolah. Kadang-kadang memang pening apabila memikirkan mengenai perbelanjaan terutamanya ketika hujung bulan,” katanya.

Dia berharap mana-mana pihak atau individu dapat tampil membantu meringankan beban yang ditanggung mereka sekeluarga. “Sebelum ini, ada yang membantu menyalurkan bantuan kewangan dan saya berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan. Ada juga yang membantu dengan mencadangkan anak dibawa berubat secara tradisional. “Kami tidak akan putus asa dan berharap dia dapat sembuh seperti biasa,” katanya. -SH


Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun 108-002-002115-1 (Ambank) di bawah nama Azlan Shaik Daud atau hubunginya di talian 017-4388805.





.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR LIGA EUROPA CHELSEA VS BENFICA


Chelsea meraih gelaran Liga Europa selepas tandukan Branislav Ivanovic pada masa kecederaan membawa kepada kemenangan 2-1 ke atas Benfica pada perlawanan akhir di Amsterdam Arena, pagi ini.


Pemain pertahanan Serbia itu yang berada jauh dari gawang gol mudah menewaskan penjaga gol Benfica, Arthur selepas menyambut hantaran sepakan sudut Juan Mata pada minit ke-93.


Fernando Torres meletakkan Chelsea di depan, namun kedudukan tersebut tidak lama apabila Oscar Cardozo menjaringkan gol penyamaan lapan minit kemudian.


Blues beraksi tanpa pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard dan kapten pasukan, John Terry yang kedua-duanya dibelenggu kecederaan.


Kejayaan Chelsea terus menambah kemarau kejuaraan buat Benfica yang tidak pernah memenangi kejuaraan Eropah itu sejak 1962. - Agensi








 #KTBFFH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!