Thursday, May 23, 2013

INFO : Minyak kelapa baik untuk gigi


Tahukah anda bahawa minyak kelapa yang terhadam berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang boleh membunuh bakteria di gigi, lantas berupaya mengurangkan kerosakan gigi. Manakala, komponen antibiotik yang terkandung boleh diguna sebagai bahan tambahan kepada produk penjagaan gigi. Minyak kelapa yang berada dalam keadaan terhadap mampu membunuh dan mencegah bakteria Streptococcus (yang seringkali terdapat di dalam mulut manusia dan mengakibatkan kerosakan gigi).

Antara jenis bakteria yang boleh adalah seoperti Streptococcus mutans, iaitu sejenis bakteria yang mengeluarkan asid merosakkan gigi dan juga yis Candida albicans yang menjadi punca penyakit mulut dan kerongkong. Para saintis ini turut percaya bahawa minyak kelapa terhadam berkemungkinan mengandungi kualiti antimikrob tersendiri yang memberikan banyak faedah kepada industri penjagaan mulut dan gigi.





.

Ketagihan yang agak pelik



Seorang lelaki yang ketagih memakan serangga mendedahkan bahawa beliau sudah makan lebih 5,000 spesies sejak 11 tahun lalu. David Gracer, 47, yang berkhidmat sebagai guru dan seorang peminat alam semula jadi, muncul dalam rancangan My Crazy Obsession, dan mengaku mengidam serangga termasuk lipas. Bapa kepada seorang anak dari Rhode Island itu, menyimpan bekalan snek kegemarannya dalam peti sejuk supaya tidak kehabisan, dan mendakwa orang ramai terlalu cepat membuat penilaian ke atas dirinya.

Beliau berkata kegemaran memakan serangga mungkin dianggap menjijikkan bagi ramai orang, tetapi manusia sebenarnya sudah memakan serangga sejak zaman berzaman. Katanya, penduduk Greek dan Rom purba sangat gemar memakan serangga, manakala sesetengah kelompok masyarakat di Asia, Afrika dan Amerika memelihara serangga untuk dijadikan makanan. “Saya dikatakan gila, sakit atau aneh dan maksud saya inilah yang berlaku apabila kita melakukan membuat sesuatu yang tidak popular.

“Memang jelas mereka bersikap berat sebelah. Serangga, selain berada dalam laut seperti ketam, udang dan udang kara tidak mengapa jika dimakan, tetapi serangga itu berada di darat, tiba-tiba ia dipandang jijik,” katanya. Gracer mengaku memiliki lebih 12,000 serangga daripada 20 spesies berbeza di dalam peti sejuk di rumahnya. - AGENSI





.

Apa ni? Spesis baru ditemui


Para ilmuwan menemukan spesies baru dinosaurus dengan kepala bertulang tebal. Spesies ini diperkirakan adalah yang tertua di Amerika Utara dan kemungkinan tertua di dunia. Binatang pemakan tumbuhan ini memiliki tengkorak berbentuk seperti kubah di kepala yang mungkin berfungsi untuk menyeruduk dinosaurus lain ketika berkelahi. Dinosaurus jenis ini, atau semacam kadal berkepala tebal, secara ilmiah disebut pachycephalosaurus.


Mereka adalah sekelompok aneh dinosaurus herbivora yang memiliki kubah tebal yang dibentuk dari tulang padat dengan tebal lebih dari 10cm di bagian atas tengkorak. Temuan baru ini diperkirakan berasal dari masa 85 juta tahun yang lalu. Uniknya, dinosaurus jenis ini hanya seukuran anjing besar dengan berat 40kg, berjalan dengan dua kaki.-AP





.

Sawah bendang yang sangat berbeza dari kebiasaan



Jika sawah biasanya dilihat dengan warna hijau dan tanaman, namun berbeza dengan sawah di Jepun ini. Sebuah sawah padi Shiroyone Senmaida di Jepun memiliki warna yang unik di malam hari. Kawasan sawah ini berubah menjadi berwarna pink kerana diterangi oleh 20,000 lampu LED. Selalunya kawasan sawah dilihat gelap dan menakutkan di sebelah malam namun dengan lampu ini ianya berubah menjadi tempat yang indah dan romantis.


Dan kerana keunikannya, kawasan sawah ini tercatat di Guinnes Book of Record sebagai warisan penting dunia atau GIAHS (Globally Important Agricultural Heritage Systems). Kawasan sawah ini terletak di semenanjung Noto, dengan iklim yang relatif panas, sawah di atas lereng curam dengan latar belakang Laut Jepun.-GBR





.

Makan Pizza super pedas dan percuma aiskrim



Adakah anda berani makan pizza terpedas di dunia, di sebuah restoran dekat Brighton, Inggris? Jika anda berjaya menghabiskan pizza ini, anda akan dapat aiskrim percuma. Pizza yang dinamakan Paul Pizza ini khabarnya boleh membuatkan anda menangis, disebabkan ianya terlalu pedas. Bahkan, pembeli tak mampu menghabiskan gigitan kedua pizza tersebut.


"Saya ingin membuka restoran pizza sendiri dan memenuhi citarasa pencinta makanan pedas. Lalu saya terfikir untuk memasukkannya dalam menu pizza di restoran ini," kata Paul Brayshaw, pencipta pizza terpedas di dunia ini. Pizza ini sangat sederhana, terdiri dari mozzarella, sos rempah, tomato, dan lada super pedas yang bernama flaming ghost pepper. Lada ini adalah salah satu lada terpedas di dunia. -DM






.

Inilah sebab Datuk Aznil Nawawi berundur dari Masterchef Selebriti


Demi ibu tercinta, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil) berundur daripada meneruskan cabaran Masterchef Selebriti 2 (MCS2), malam kelmarin. Keputusan Aznil itu mengejutkan peminat, teman seperjuangan dan pasukan produksi program realiti itu yang sudah memasuki episod ke-13. Bukan mahu mencipta kontroversi, sebaliknya Aznil sukar memberikan perhatian kepada pertandingan kerana ibu, Norbaiti Surur, 88, makin uzur sejak akhir tahun lalu dan kerap mendapatkan rawatan di hospital. Beliau berkata hasrat mahu mengundur diri itu sudah difikirkan semasaknya. Selain MCS2, beliau juga tugas sepenuh masa di Astro. Hanya Ahad saja beliau dapat meluangkan masa sehari suntuk bersama ibu.

Dalam pada itu Pak Nil mengaku, sepanjang mengharungi cabaran MCS2, tumpuannya kerap terganggu kerana memikirkan ibu yang ditinggalkan bersama pembantu dan jururawat peribadi. “Apabila memasak, kita perlu lakukan sepenuh hati. Tetapi fikiran saya sentiasa di rumah hingga kerap ditegur juri. Mana tidaknya, andai ada masa rehat, saya akan hubungi adik beradik atau pembantu bertanyakan keadaan ibu. Itu belum lagi curi-curi membelek telefon, bimbang ada panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada mereka. “Daripada jiwa tidak tenteram memikirkan orang tersayang, baik saya undur diri. Itu lebih adil untuk semua. Kalau ikutkan, saya mahu tarik diri lebih awal lagi.

Namun, minggu ini saya nekad. Biarlah saya berkorban demi insan tercinta,” katanya yang terpaksa menapis undangan ke luar ibu kota. MD doakan mudah-mudahan ibu Pak Nil diberikan kesihatan yang baik dan dapat menjalani kehidupan harian seperti sediakala. Sementara itu, ekoran pengunduran Aznil daripada MCS2, pengarah Michael Ang yang sepatutnya tersingkir pada episod sembilan, dimasukkan semula dan bersaing dengan 13 peserta lain seperti Syanie, Lydiawati dan Celina dalam program itu. -BH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!