Friday, June 7, 2013

Artis ini sanggup jadi pelacur di pusat karaoke mewah demi tuntutan filem


Bukan sengaja cerita ini direka-reka, tetapi hal ini diakui sendiri oleh Soo Wincci. Namun bekas Ratu Malaysia Dunia 2008/2009 ini punya sebab tersediri mengapa dia melakukan pekerjaan tersebut. Bukan dia sengaja menjerumuskan diri dalam kegiatan itu, tetapi kata penyanyi dan pelakon yang semakin puya rama peminat Melayu dan juga peminat di Taiwan ini, apa yang dilakukan kerana terpaksa. Tapi kenapa? Sebenarnya, itu antara inisiatif Wincci bagi 'mendapatkan' jiwa seorang pelacur sebelum dia masuk ke set filem Sindiket. Saat membaca skrip, dia sudah dapat merasakan yang watak Jean sangat mencabar kewibawaannya sebagai pelakon juga seorang figura umum yang bernama Soo Wincci. Justeru demi menghidupkan watak mak ayam dalam filem arahan Bade Haji Azmi itu, Wincci memberitahu dia melakukan beberapa homework terlebih dahulu. Antaranya dia sanggup menyamar menjadi pelacur di pusat karaoke di sekitar Kuala Lumpur.

"Watak ni memang mencabar bagi saya. Sebab kali ini bakal menampilkan personaliti yang berbeza. Saya perlu menjadi seorang yang lari jauh dari imej Soo Wincci ataupun bekas ratu cantik. Kalau untuk drama Cina, pernah juga saya bawa watak berat seperti watak perempuan gila. Tetapi kali ini lebih mencabar iaitu seorang pelacur dan kemudian menjadi mak ayam. "Jadi saya beritahu kawan saya yang saya nak pergi ke tempat seperti di jalan Chow Kit yang memang kita tahu ada kegiatan sebegitu di sana. Saya boleh lah lihat sendiri cara golongan itu bekerja dan suasana tempat itu. Tapi kawan saya kata di sana sudah kurang kegiatan-kegiatan macam tu. Jadi kawan saya cadangkan saya pergi ke KTV (pusat karaoke) tapi kita cari KTV-KTV yang high class lah.

"Di sana saya kena menyamar sebagai pelacur. Rasa takut juga. Walaupun menyamar tapi saya memang buat homework ni betul-betul. Saya minta bantuan dikalangan kawan-kawan lelaki saya, saya suruh mereka temankan saya. Saya buat seperti melayan mereka, padahal semua yang kami lakukan hanyalah pura-pura. Daripada hasil homework itu, saya perlu buat satu laporan dan berikan pada pengarah", jelasnya. Filem Sindiket telah bermula penggambarannya di Kundasang, Sabah sejak 6 Jun lalu. Mengetengahkan isu Pemerdangan Manusia atau 'Human Trafficking', filem aksi yang menelan kos sebanyak RM3 juta ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti, Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Tony Eusoff dan Rashidi Ishak. Pertama kali melibatkan diri dalam lakonan filem Berbahasa Malaysia, Wincci berkata itu yang membuatkan dia teruja dan tidak berfikir panjang saat ditawarkan oleh Bade.

Malah dia sanggup bercuti dari menjalankan aktiviti seninya di Taiwan selama sebulan setengah bagi memberi komitmen sepenuhnya terhadap penggambaran filem ini. Dalam pada itu Wincci berharap watak kali ini dapat memberi kesan yang positif terhadap karier lakonannya. Malah dia sudah bersedia untuk menerima kritikan, kelak. "Walaupun ini kali pertama bawa watak seperti itu, tapi secara jujurnya saya amat teruja untuk lakukannya. Saya akan gunakan peluang yang ada untuk menimba ilmu dan memperbaiki lakonan saya pada tahap yang lebih baik. Dan mengharapkan masyarakat dapat menerima lakonan saya. Saya sudah bersedia dan pada saya, saya lebih suka kritikan daripada pujian," katanya. -MD





.

Kisah cinta hati Raja Azmi


Selepas hubungannya yang terjalin bersama seorang lelaki muda beberapa bulan lalu tidak menjadi, penerbit penuh kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman mendedahkan dia kini sedang dalam mood sedang dilamun cinta. Dalam erti kata lain, janda berusia 53 tahun ini sudah pun menemui pengganti Jailani Sidek. Semalam, ketika bertemu beliau ketika di sidang media khas mengenai isu kontroversi antara beliau dan Adam Davin, sempat lagi wanita yang mesra dengan panggilan Kak Mi ini berkongsi berita gembiranya itu bersama pihak media. "Apa yang jadi kepada saya (kontroversi) ini ada hikmahnya. Saya redha dengan dugaan demi dugaan yang datang ni. Nak stress, stress pun tak guna. Hari ini saya sekali lagi dilanda kontroversi tapi dalam masa sama anda semua akan dengar berita gembira daripada saya tak lama lagi", katanya yang sentiasa berpegang pada prinsip, sentiasa berfikiran positif dalam hidup.

Lantas Raja Azmi terus dihujani pelbagai pertanyaan dan pelbagai tekaan. Apa berita yang gembira sangat tu Kak Mi, bertemu cinta baru ker? "Ya, saya dah jumpa pengganti Jailani. Umurnya lebih kurang sebaya saya. Dia pernah popular sikit masa dulu. Dia seorang gitaris band 90-an. Dia berambut panjang. Dia sangat kelakar orangnya. "Dalam hidup saya, tiga kali saya jatuh cinta. Pertama dengan Misbun Sidek, kedua dengan Jailani Sidek dan ketiga ini, dengan dia. Kami berkenalan di gym. Dah empat bulan lebih kami menjalinkan hubungan cinta. Anak-anak pun okay bila tahu saya bercinta dengan dia", tuturnya sambil tersipu-sipu malu. Tambah beliau biarpun sebelum ini dirinya pernah berkahwin dengan pemain badminton namun jiwa penerbit filem ... Anu Dalam Botol ini sebetulnya seorang yang suka pada muzik metal dan rock.

Minat pada muzik merupakan salah satu sebab dia menyukai gitaris tersebut. "Walaupun saya berkahwin dengan pemain badminton, saya seorang yang sangat suka muzik. Saya sering pergi menonton gig-gig. Tapi sebelum saya kenal dengan dia (gitaris), saya tak tahu pun pasal band dia", katanya. Bagaimanapun tidak mahu terus bercerita lanjut kerana takut apa yang diharapkan tidak kesampaian, sebelum menghentikan perbualan tentang kisah cintanya itu, Raja Azmi berkata, "InsyaAllah, cukup enam bulan nanti saya akan adakan satu sidang media khas mengumumkan tarikh..., ujarnya.

Sementara itu, menyedari dirinya cukup dikenali kerana kisah-kisah kontroversi yang melanda dirinya, anak kelahiran Kuala Kangsar perak ini berkata, beliau menerima dugaan tersebut, kalau itu sudah ditakdirkan Tuhan untuk dirinya. "Selama ini saya tidak ada Twitter mahupun Facebook. Tapi baru saja saya mengenali dan mempunyai laman sosial Instagram, saya dilanda kontroversi. Saya dituduh buat fitnah ke atas orang yang saya kenal dari Instagram. Pada saya, apa yang melanda diri saya ini saya terima. Kalau saya dilabel sebagai 'Diva Kontroversi', saya terima kalau itu satu dugaan daripada Allah", katanya. -MD





.

Usain Bolt kalah mengejut kepada Justin Gatlin dalam acara 100m, Diomand League



Usain Bolt kalah mengejut kepada Justin Gatlin dalam acara 100 meter di Rom. Juara Olimpik itu kalah selepas membuat 'permulaan sempurna' dan tidak dapat mengalahkan Gatlin, yang memenangi pingat gangsa di belakang Bolt dalam acara 100m di London. Ia adalah kekalahan pertama Bolt di Diamond League acara 100m sejak dia dikalahkan oleh Tyson Gay di Stockholm pada tahun 2010.


Namun dia bertekad akan mempunyai masa untuk mendapatkan stamina dan bersedia untuk menang dalam Kejohanan Dunia di Moscow ogos ini. Gatlin, yang telah dua kali diuji positif dadah dan diharamkan dari menyertai larian, menang dengan catatan 9.94 saat. -AP





.

Mangsa ditemui mati selepas dua minggu kemalangan dalam keadaan reput



Misteri kehilangan seorang lelaki lebih dua minggu lalu akhirnya terjawab selepas dia dijumpai mati selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di Batu 8, Jalan Seremban-Mantin di sini semalam. Mayat Au Fook Sang, 54, dijumpai berhampiran keretanya di dalam gaung sedalam kira-kira 26 meter oleh seorang penduduk yang kebetulan mencari buluh di kawasan tersebut. Penduduk tersebut, Kasim Bachik, 59, berkata, dia bersama isterinya pergi ke kawasan berkenaan untuk mencari buluh kira-kira pukul 9 pagi sebelum ternampak sebuah kereta dalam keadaan terbalik di dalam gaung. ''Kerana curiga saya terus menghampiri kereta tersebut dan terkejut apabila ternampak mayat seorang lelaki dalam keadaan reput kira-kira 20 meter dari kenderaan terbabit. ''Kerana terkejut saya terus naik semula ke atas jalan sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap polis memberitahu, mangsa yang belum berkahwin dilaporkan hilang oleh keluarganya sejak keluar dari rumah mereka di Lobak dekat sini pada 20 Mei lalu. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta Jenis Honda Insight dipercayai dalam perjalanan dari arah Mantin menuju ke Seremban sebelum kenderaannya terbabas dan terhumban ke dalam gaung berkenaan. ''Kemungkinan juga mangsa masih hidup selepas kemalangan itu dan cuba merangkak keluar dari kenderannya untuk meminta bantuan namun gagal.

''Kita percaya kejadian ini berlaku hampir dua minggu yang lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah mereput," katanya di sini semalam. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd. Yusoff Awang yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan. Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian. -utusan






.

4 Gambar Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh



Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam. Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.


Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.


Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar. Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!