Tuesday, June 11, 2013

Pemilik ditahan kerana miliki pelbagai binatang eksotik dalam rumah


Polis menahan pemilik sebuah rumah di sini selepas menemui pelbagai binatang di dalam rumah tersebut di Minburi, timur negara ini semalam. Serbuan yang dilakukan secara besar-besaran oleh anggota polis dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menemui pelbagai binatang termasuk 14 ekor singa Afrika dan pelbagai jenis monyet, burung dan ular di dalam kediaman tersebut. Jurucakap Polis, Kolonel Sarawut Jitrabeab berkata, pemilik rumah tersebut, Montri Boonphonon, 41, berjaya ditahan dan akan didakwa kerana pemilikan haram dan pemerdagangan hidupan liar yang dilindungi. - dpa





.

Kejam.. artis terkena buatan orang


Penyanyi terkenal, Black Mentor yang selama ini menyimpan kisah peribadi termasuk hal pertunangannya mengakui ikatan yang dijalin hampir terputus kerana buatan orang. Ujarnya, dugaan itu datang sebulan selepas dia mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya yang dikenali dengan nama Cira Khairi. Ketika itu katanya, perasaan bercampur-baur mula menyelubungi diri masing-masing. Waktu itu, pergaduhan dan pertikaman lidah mudah saja tercetus, walaupun dek kesilapan kecil. Tidak tahu punca sebenar sehingga berlaku ‘perang besar’, Black bertindak menemui pakar rawatan alternatif. Dari situ dia menyedari, mereka terkena buatan orang.

“Sebab itu saya tidak mahu menonjolkan dirinya kepada umum. Kami bergaduh sampai ke tahap masing-masing sudah tiada perasaan dan hampir saja memutuskan pertunangan. Saya tidak tahu siapa yang lakukan? Tetapi saya diberi tahu, orang yang melakukannya ialah orang yang dikenali. “Saya tidak pernah berdendam atau bermusuh dengan sesiapa. Namun apa yang berlaku mungkin ada hikmahnya,” katanya. Baru-baru ini, Black dan abangnya terlibat dalam satu kemalangan teruk di Behrang, Perak, ketika pulang daripada menjayakan acara di Kulim, Kedah, kira-kira jam 1.30 pagi.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius. Mengakui dugaan orang yang bertunang itu amat berat, ditambah pula status dirinya seorang artis, Black bimbang berdepan ujian yang boleh menyebabkan ikatan mereka terlerai. Ekoran itu jugalah penyanyi kelahiran program realiti ini enggan mendedahkan identiti tunangannya. Bukan setakat enggan mendedahkan insan tersayang, Black turut merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan 26 Januari lalu. Katanya, dia akan memanggil satu sidang media nanti untuk mengumumkan tarikh, tema dan lokasi majlis perkahwinannya.





.

Cerita terbaru pasangan selebriti, Yasmin Hani dan suami, Sha'arin



TIADA apa yang lebih manis untuk pasangan suami isteri ini apabila mengetahui penyeri keluarga mereka kini sedang sihat dalam usia empat bulan di kandungan. Sungguhpun berita gembira ini hanya dikongsi dengan peminat setelah 17 minggu usianya, pasangan ini memberitahu ada sebab mengapa mereka memilih untuk mengumumkan berita gembira ini setelah berbulan-bulan merahsiakannya. Berbeza dengan beberapa rakan artis lain yang cukup pantas berkongsi berita gembira seperti ini, bagi pasangan Yasmin Hani Richardson dan Sha'arin Mohammed Razali yang mendirikan rumah tangga sejak 21 Oktober 2011, mereka ada cara tersendiri untuk memastikan berita ini sampai dengan adil buat peminat. Dan sekali lagi, laman sosial dipilih menjadi medan pilihan untuk menyampaikan utusan penting ini agar kegembiraan mereka boleh dikongsi bersama.

"Sama seperti bakal ibu bapa lain, kami berdua juga amat teruja untuk mengetahui berita gembira ini. "Namun adakalanya kita dinasihatkan jangan terlalu gembira di awal usia kandungan kerana apa-apa juga boleh terjadi, sebab itu saya memilih untuk mengumumkannya setelah usia kandungan saya 4 bulan," katanya yang ditemui pada majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Petaling Jaya 2013 di Damansara Perdana, Selangor baru-baru ini. Menceritakan detik penting ketika dia disahkan mengandung, menurut Hani, kelewatan kitaran haid nya pada bulan Mac lalu terjawab apabila ketiga-tiga ujian kehamilan yang diambilnya mengesahkan dia hamil. "Bukan satu ujian kehamilan yang saya buat tetapi tiga. Macam tidak percaya sebenarnya, sebab itu sampai tiga kali buat ujian. "Sebetulnya memang kami sudah merancang untuk mempunyai anak tahun ini, syukur kepada Allah, semuanya dipermudahkan untuk kami," katanya.

Bercerita kisah-kisah indah sepanjang hamil anak pertama ini, menurut Hani dia sangat bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang alahan. Sungguhpun begitu, wanita berusia 34 ini tidak menafikan dia kini sedikit sensitif dengan kata-kata orang sekelilingnya, kesan mengandung. "Kalau nak kata, alahan itu memang tiada langsung, saya juga hairan apabila ramai yang suruh saya bersedia dengan tempoh tersebut, mungkin ini antara kemudahan yang diberikan untuk saya. "Bagaimanapun apa yang boleh saya katakan kini, hati saya terlalu sensitif, bukan sahaja dengan suami tetapi juga dengan orang luar. Mudah kata saya cepat terasa," katanya ketawa. Tidak lokek dengan senyuman, Hani bagaimanapun mengakui mengalami sedikit tekanan dengan nasihat-nasihat tidak masuk akal sesetengah pihak mengenai kandungan kali pertamanya ini.

"Saya faham, mungkin mereka terlalu mengambil berat sebab ini kandungan kali pertama saya, tetapi ini adalah satu proses pembelajaran untuk saya. "Cuma kalau terlalu melampau nasihatnya, saya akan bandingkan kembali dengan logik akal, tidaklah membuta tuli ikut. Bukan apa, kesannya tekanan bukan keatas saya sahaja tetapi suami saya juga nanti," katanya lembut. Ditanya persediaannya untuk bergelar seorang ibu, menurut Hani dia sudah mengimpikan anugerah ini pada tempoh yang cukup lama. "Saya memang sudah bersedia untuk bergelar ibu, malah kalau saya kahwin lebih awal dahulu mungkin saya sudah mempunyai ramai anak. "Bagaimanapun ketika berkahwin saya dan suami sudah berjanji untuk memastikan tahun pertama perkahwinan kami sebagai tahun bulan madu, dan syukur untuk tahun kedua ini sebagaimana yang dirancang kami bakal ditemani orang ketiga," katanya.


Umum Jantina 

Jika umum kehamilan juga sudah ambil masa berbulan-bulan, bagaimana pula cara Hani dan suaminya akan berkongsi jantina anaknya nanti. Menurut Hani dia dan suami sudah bersedia untuk mengumumkan jantina anaknya itu melalui saluran yang sebelum ini tidak pernah digunakan mana-mana artis di dalam Malaysia lagi. "Sebenarnya kami mempunyai sebuah program realiti berjudul Celebrity Reel!. Uniknya mengenai program realiti ini ia hanya dapat ditonton melalui telefon bimbit pengguna yang sudah melanggan. Selain saya terdapat rakan-rakan artis lain juga terlibat didalam program ini, seperti Sazzy Falak, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. "Memandangkan program ini lebih kepada kisah benar kehidupan seharian kami, saya dan suami sudah bersetuju untuk mengumumkan jantina anak kami melalui siaran Celebrity Reel! tidak lama lagi," katanya.

Memang terkenal sebagai seorang yang aktif, menurut Hani secara mentalnya dia kini sudah bersedia untuk mengurangkan aktivitinya bagi mengimbangi tugasnya sebagai seorang ibu kelak. "Sebenarnya sebelum saya tahu saya mengandung juga saya sudah menerima beberapa tawaran untuk melakukan aktiviti lasak, memang ia sudah sebati dengan diri saya sebenarnya. Memandangkan kandungan ini sangat penting jadi saya menolak untuk melakukan sebarang aktiviti lasak buat masa sekarang. "Selain itu, antara persediaan yang saya akan lakukan untuk bergelar ibu nanti adalah mengurangkan kesibukan kerjaya saya dengan memilih kerja yang lebih ringan. Contohnya seperti berlakon kalau ia memerlukan saya berada jauh dari anak saya mungkin saya terpaksa menolak, tidak dinafikan selepas ada anak nanti saya lebih suka untuk memberi tumpuan kepada kerjaya pengacaraan yang dilihat saya lebih fleksibal waktu kerjanya," katanya.

Melihat kepada gaya hidupnya yang moden, Hani bagaimanapun masih meletakkan sepenuh kepercayaan kepada perawatan tradisional melayu. Sudah merancang untuk berpantang di rumahnya nanti, bagi Hani acara berpantang itu juga harus dituruti dengan kadar waktu yang sama seperti wanita berpantang lain."Saya pilih untuk berpantang di rumah saya sahaja, bukan apa kalau nak balik ke Jeram, Selangor untuk berpantang di rumah kampung agak jauh untuk suami saya berulang alik nanti. "Saya akan pastikan untuk mendapatkan khidmat berpantang dari mereka yang pakar, saya percaya dengan proses berpantang orang melayu yang pada saya lebih berkesan," katanya.-utusan





.

Gambar anak kedua pelakon Dian Sastrowardoyo



Peminat-peminat di seberang menerima khabar gembira aktres Dian Sastrowardoyo dan suaminya Maulana Indraguna Sutowo. Pada Jumaat minggu lalu, jam 7.35pm bintang film Ada Apa Dengan Cinta itu melahirkan anak keduanya. Dian melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Ishana Ariandra Nariratana Sutowo, dengan berat 2.61 kg. Dian melahirkan bayinya secara pembedahan. "Kami bersyukur atas anugerah yang cantik ini yang diberikan Allah SWT dan berbahagia atas kelahiran anak kedua kami. Alhamdullillah selama kehamilan maupun proses persalinan berjalan lancar.


"Kehadiran puteri kami adalah rahmat sekaligus amanat yang senantiasa ingin kami jaga. Sementara kami tetap bekerja dan berkarya, merawat keluarga dan menjadi orangtua adalah keutamaan kami. Terima kasih atas perhatian dan doa kawan-kawan", katanya. Dian menikah dengan Indraguna Sutowo pada 18 Mei 2010. Aktres ini melahirkan anak sulungnya, seorang lelaki bernama Syailendra Sutowo -AP





.

Luahan hati Farid Kamil mengenai spekulasi kelahiran anaknya


Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai isu isterinya, Diana Danielle yang dikatakan sudah selamat bersalin, si suami, Farid Kamil akhirnya tampil dengan menafikan segala dakwaan tersebut. Dalam sebuah video berdurasi 36 saat di Keek hari ini, Farid Kamil berkata yang Diana Danielle kini sedang menjalani proses matang kandungan di Australia dan dijangka bersalin pada 15 Julai akan datang. “Diana kini sedang menjalani proses matang kandungan di sana. Dia dijangka lahir pada bulan tujuh (Julai), InsyaAllah, 15 hari bulan. "Apa pun, terima kasih atas semua sokongan dan doa yang diberikan kepada saya, 'in advance'," katanya. Baru-baru ini, Farid Kamil mencuri tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram.

Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle. Sebelum itu, adik kepada pelakon itu Fadzil turut menafikan dakwaan itu. Dalam laporan sebuah akhbar tempatan, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu. “Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.

“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo. “Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini. "Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya. -MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!