Sunday, June 23, 2013

Persiapan pelik sempena kedatangan bulan ramadan


Persiapan pelik sempena kedatangan bulan ramadan  | Tidak sampai sebulan lagi umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan dan pelbagai persiapan telah dibuat untuk menjalani ibadah tersebut. Bentuk persiapan itu mungkin berbeza di antara kawasan dan bagi daerah Magelang di Jawa Tengah, mereka berkumpul untuk menyambut majlis 'Nyadran' bersempena dengan kedatangan Ramadan. 'Nyadran' merupakan tradisi berebut ketupat dan hasil tanaman yang disusun menjadi sebuah gunung. Majlis tersebut akan didahului dengan perarakan 'gunung ketupat' sejauh 300 meter dari Masjid At Taqwa sambil diiringi alunan rebana sehingga tiba di lokasi yang ditetapkan.

Kemudian sesi bacaan doa dan al-Quran diadakan sebelum penduduk Magelang boleh mula menjamah makanan dan berebut ketupat yang dikumpul. Selain itu, beberapa hidangan lain yang dibawa oleh penduduk setempat turut dihidangkan untuk dimakan beramai-ramai.

Ketua yang bertanggungjawab menganjurkan Nyadran, Istamal berkata, majlis sambutan itu merupakan tradisi turun-temurun yang dilaksanakan oleh penduduk kampung Malangan bagi menghormati guru agama, Kiai Selo Branti. "Menurut cerita orang dulu-dulu, ketupat dan sayur-sayuran merupakan makanan kegemaran Selo Branti. "Tujuan lain majlis Nyadran ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim antara penduduk kampung ini," jelasnya kepada pemprovjateng.com. - AGENSI






.

Inilah 2 pemain baru untuk Manchester United



Inilah 2 pemain baru untuk Manchester United | KAPTEN skuad bawah 21 Sepanyol, Thiago Alcantara dikatakan bersetuju secara lisan untuk menyarung jersi Manchester United, musim depan. Bahkan laporan turut menyatakan bahawa United bersetuju membayar RM84 juta untuk mendapatkan khidmat Thaigo dengan gaji berjumlah RM24 juta setahun. Sementara itu, Isco semakin hampir menyatakan persetujuan untuk mewakili Manchester City. Dia yang turut menjadi rebutan Real Madrid, berkemungkinan besar menerima tawaran berkenaan untuk bersama bekas jurulatihnya, Manuel Pellegrini yang kini mengemudi City. -AP





.

Rumah runtuh ketika nyenyak tidur


Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala puluhan lagi cedera selepas sebuah apartmen runtuh di pinggir Mumbai, India, semalam. Pesuruhjaya polis, Raghuvanshi berkata, kejadian itu berlaku ketika penghuni apartmen berkenaan sedang nyenyak tidur. “Sehingga kini, seramai 10 kematian dicatatkan dengan lima dewasa dan lima kanak-kanak dan sembilan mengalami kecederaan. Kami percaya ramai yang masih terperangkap,” katanya.

Menurutnya, anggota penyelamat terpaksa menggunakan jengkaut untuk mencari mangsa di bawah runtuhan. "Punca kejadian masih dalam siasatan dan laporan awal mendapati kejadian itu tiada unsur khianat," katanya. Sementara itu, menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira jam (6 pagi waktu tempatan). "Ketika itu, saya sedang melintas di kawasan ini, tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat dan bangunan ini runtuh dengan pantas," katanya kepada AP. -AP





.

Pelakon Daphne Iking mengaku, meluat dengan perangai Sharnaaz Ahmad






Daphne Iking meluat dengan perangai Sharnaaz Ahmad | Memang susah kalau bekerja dengan pasangan yang saling tidak menyukai antara satu sama lain. Apatahlagi kalau salah seorang daripadanya asyik nak tunjuk lagak kononnya dia saja lah yang bagus dan dia sajalah yang betul dalam segala hal. Itu yang dilalui oleh pengacara dan pelakon Daphne Iking apabila terpaksa berkerjasama dengan Sharnaaz Ahmad. Namun jangan khuatir kerana situasi itu hanya berlaku ketika di set filem Sindiket. Dalam filem arahan sutradara tersohor, Bade Haji Azmi itu, Daphne memengang watak sebagai Inspektor Sabrina yang bertugas di Sabah dan diarahkan bekerjasama dengan seorang pegawai polis dari Kuala Lumpur, Inspektor Rudy (Sharnaaz). Mereka ditugaskan membanteras sindiket pemerdangan manusia yang berleluasa di satu kawasan di Sabah.

Diletakkan dalam satu pasukan, namun Sabrina dan Rudy saling bertelagah ketika menjalankan tugas kerana Rudy sering belagak manakala Sabrina hanya mahu menegakkan pendapatnya. Begitu pun, pertama kali berkerjasama dengan aktor itu, kata Daphne dia berasa teruja kerana selama ini dia hanya sekadar mendengar saja tentang lakonan Sharnaaz yang sering menerima pujian melalui akhbar dan TV. Sambil bekerja, ini juga masanya untuk ibu anak dua ini mengenali jejaka kelahiran Pulau Pinang itu. "Sebelum ni saya hanya dengar namanya dan hanya tahu serba sedikit tentang dia. Tapi bila dapat kenal betul-betul dengan Sharnaaz, dia sebenarnya sangat menjengkelkan "Tapi sebenarnya saya suka dia, lakonannya bagus. Dah empat hari saya dan Sharnaaz di set. Setakat ni kami tak ada masalah. Malah saya kagum dengan caranya. Bayangkan dalam pada kami tengah berlawak, tiba-tiba pengarah suruh action, serta merta Sharnaaz bertukar kepada wataknnya, sedangkan saya masih cuba menahan ketawa.

Sharnaaz memang seorang pelakon yang bagus", tambah Daphne. Beliau ditemui di set lokasi penggambaran filem Sindiket di Unit Udara Polis Sabah, pada Rabu lalu. Pada hari tersebut telah dijalankan penggambaran babak melibatkan penerbangan pesawat khas dan lakonan oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Sharnaaz dan Daphne sendiri. (gelak). Dalam set sebagai Sabrina, saya memang rasa meluat dengan Rudy (Sharnaaz). Ketika diluar set pun sama!", selorohnya sambil melepaskan geram kerana Sharnaaz tidak habis-habis menyakatnya ketika di set. Seperkara lain yang menjadi cabaran Daphne sepanjang menghidupkan watak Sabrina, ibu kepada dua anak ini terpaksa mengikis sebahagian besar sifat dirinya. "Saya kena tinggalkan Daphne Iking dan menjadi Sabrina. Saya ni seorang yang periang dan suka ketawa serta pendamai untuk semua orang tetapi bila diberi watak polis ini saya akui amat sukar untuk ubah sikap saya bagi menjiwai watak ini.

"Sehinggakan saya beberapa kali ditegur oleh Bade, dia kata ekspresi muka saya tak cukup garang dan serius ketika berlakon. Namun pengarah, memberi peluang kepada saya untuk cuba buat beberapa kali sehingga ianya berjaya", ujarnya. Berbaki 25 hari lagi penggambaran, filem yang mengetegahkan isu Human Trafficking atau Pemerdangan Manusia ini turut bakal menjalani penggambaran di sekitar Pulau Sebatik, Kalimantan Indonesia. Selain Daphne dan Sharnaaz, filem terbitan Loyal Studio Sdn Bhd yang menelan belanja RM3 juta ini turut membariskan pelakon seperti Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci. - mD





.

Parti mandi buih dengan berpakaian seksi, 47 remaja islam ditahan


Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun. Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang. Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu. - Utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!