Wednesday, June 26, 2013

Selepas memiliki anak, pasangan ini membuat kejutan kepada peminat


Selepas memiliki anak, pasangan ini membuat kejutan kepada peminat | Pasangan sensasi, Kanye West dan Kim Kardashian dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada September nanti. Menurut laporan Mirror, penyanyi rap itu telah melamar kekasihnya itu beberapa hari selepas kelahiran cahaya mata perempuan mereka yang diberi nama North West. Kim yang gembira dengan lamaran tersebut telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Paris. "Lamaran itu masih belum dibuat dengan sebarang pemberian cincin. Tetapi Kanye telah pun membelanjakan RM2.5 juta untuk sebentuk cincin," kata sumber. Sebelum itu, Kanye dan Kim menjadi bualan hangat ramai apabila dikatakan telah membelanjakan lebih daripada RM2 juta sepanjang proses kelahiran North West. -AP

Ibu penyanyi Siti Sarah meninggal dunia



Ibu penyanyi Siti Sarah meninggal dunia | Ibu kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin iaitu Nur Aini Mohamad, 56, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada pukul 6.36 pagi Rabu. Menurut Sarah, 30, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis. "Arwah ibu dah mula sakit serius sejak Oktober tahun lalu dan sering kali keluar masuk hospital.“Siapa tak sedih apabila ibu kita dah pergi. Saya hanya kena reda dengan ketentuan takdir," katanya. Nur Aini yang juga isteri kepada pelakon Raisuddin Hamzah sebelum ini pernah bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum bersara akibat penyakit berkenaan. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak dekat sini sebelum solat Zuhur. -Mstar




P/S - Al-fatihah, takziah buat seluruh ahli keluarga





.

Inilah sebab Rossa kembali buka tudung


Inilah sebab Rossa kembali buka tudung | Penyanyi terkenal dari seberang, Rossa, 34, yang telah bertudung setelah mengerjakan haji pada tahun lalu kini kembali mendedahkan rambutnya. Tindakan itu menyebabkan dia dikecam teruk oleh peminat serta daripada masyarakat. Rossa mengaku tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi negatif namun dia terpaksa berbuat sedemikian kerana mematuhi kontrak dan persetujuan yang telah dibuat sebelum dia bertudung. "Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

"Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga," katanya kepada Berita Harian. Walaupun kembali membuka tudung, Rossa berkata, dia tetap menjaga penampilannya supaya tidak mencetuskan kontroversi memandangkan dirinya sudah bergelar hajah. "Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan."

Siapa Sally Yen? Dan kenapa dia menimbulkan kemarahan ramai pihak?


Siapa Sally Yen? Dan kenapa dia menimbulkan kemarahan ramai pihak? | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW oleh seorang pengguna laman Facebook bernama 'Sally Yen'. Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, SKMM sentiasa berwaspada dan memberikan perhatian serius terhadap perbuatan berkenaan. Bagaimanapun, beliau memberitahu, perkembangan siasatan masih belum boleh didedahkan kerana perkara itu membabitkan banyak perkara yang saling berkaitan.

"Kita tidak tahu sama ada 'Sally Yen' itu akaun sebenar ataupun palsu. Sekiranya palsu, siasatan akan mengambil masa kerana sukar untuk mengenal pasti individu di sebalik akaun berkenaan. "SKMM siasat, bukan kami tidak siasat tetapi harus faham bahawa perkara seperti ini sedikit rumit. Buat masa ini tiada maklumat boleh didedahkan dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya berlandaskan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya benar didapati bersalah," katanya.

Beliau mengulas tentang tindakan seorang wanita bernama 'Sally Yen' yang bertindak biadab apabila menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui laman Facebook. Bagaimanapun, difahamkan nama serta gambar profil 'Sally Yen' yang dipaparkan sekadar untuk mengaburi mata orang ramai kerana dipercayai pemilik sebenar akaun Facebook tersebut ada kaitan dengan tentera siber Red Bean Army.

Mengulas lanjut, Sheikh Raffie menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyebar luas perkara seumpamanya sama ada menerusi laman sosial atau e-mel memandangkan tidak tahu sejauh mana kesahihannya. "Ini satu masalah. Kadang-kadang orang ramai tidak tahu betul ke tidak perkara itu tetapi terus menyebar luas kepada rakan-rakan yang lain, ini perkara tidak sepatutnya dilakukan. "Perkara pertama mereka perlu lakukan sepatutnya laporkan kepada Facebook supaya perkara itu tidak disebar luas kepada pihak lain dan pada masa sama, SKMM boleh menjalankan siasatan. Hal ini kerana kami sentiasa berwaspada dengan perkara sebegitu," jelasnya. -MD





.

Jimmy Shanley sudah kahwin lain?


Jimmy Shanley sudah kahwin lain? | Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley, 33, hari ini enggan mengulas sebarang dakwaan mengenai statusnya yang dikatakan sudah berkahwin lain. Menurut Jimmy, dia kini mahu menumpukan perhatian kepada pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini. "Buat masa ini, saya tidak mahu memberi apa-apa komen. Saya sekarang mahu fokus pada pengajian di peringkat sarjana yang sudah memasuki peringkat akhir. "Lagipun saya sedang menjalani peperiksaan akhir dan minggu depan baru selesai semuanya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas perbicaraan kes di Mahkamah Syariah Shah Alam berkaitan fail permohonan untuk mendapatkan perintah komital bagi memenjarakan bekas isterinya atas dakwaan ingkar perintah mahkamah berhubung hak penjagaan anak mereka. Terdahulu, desas-desus mengatakan Jimmy kini sudah bergelar suami kepada seorang wanita kaya berstatus janda.

Tambah Jimmy, jika ada perkara yang perlu diumumkan kepada para peminat dan orang ramai, beliau akan memanggil pihak media. "Sekiranya saya merasakan perlu untuk mengadakan sidang akhbar, saya akan umumkan tarikh dan lokasinya. "Buat masa sekarang bukan saya tidak hendak beritahu, tetapi banyak hati yang perlu dijaga melibatkan ahli keluarga," jelasnya. - Utusan





.

Juara Masterchef Selebriti Malaysia kedua - Syura (Gambar)


Juara Masterchef Selebriti Malaysia kedua - Syura (Gambar) | Penyanyi Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron dinobatkan sebagai juara musim kedua program MasterChef Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu pengacara Celina Khor. Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai bernilai RM 60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.


 Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad Ramli di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak MasterChef Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Selasa.


“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini. "Saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini, ” katanya pada sidang media di sini. MasterChef Selebriti Musim Kedua ini ditayangkan bermula 20 April setiap hari Sabtu hingga Selasa di saluran Astro Ria.Program sebanyak 40 episod itu disertai 19 selebriti tanah air dengan masing-masing diuji daripada aspek kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan fizikal dan mental di dapur.
Barisan selebriti yang menyertai MasterChef Michael Ang, Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Norish Karman, Cat Farish, Syanie Hisham, Lydiawati, Enot, Zain Saidin, Rozita Che Wan, Datuk Aznil Nawawi, Sabhi Sadhi, Sathiya, Radhi OAG, Yassin Yahya, Afiq Muiz, dan Keroz Nazri. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!