Wednesday, July 10, 2013

GILER KAU? - DYADILA





GILER KAU? - DYADILA | Permulaan pertemuan yang sangat pahit namun tak sengaja antara dua insan, Syed Shahrul dan Intan Azura. Bermula dari situ, apatah lagi bila mereka ditakdirkan menjadi 'jiran' menjadikan keadaan mereka seringkali serba tak kena. Mereka sering saja bertengkar. Mujurlah emak Syed Shahrul baik dan rapat dengan Intan Azura. Walaupun seringkali bertengkar dengan Syed Shahrul, Intan Azura sering saja berada di rumah jirannya itu.

Kemunculan Lokman Hakeem menjadikan Intan Azura mula merasa apa ertinya cinta. Lokman Hakeem yang sangat menyintai Intan Azura nekad memperisterikannya. Namun, dihari pernikahan mereka, Lokman Hakeem tidak muncul. Mengelak dari malu, Intan segera dinikahkan dengan Syed Shahrul. Intan yang kekok, merasa Syed Shahrul menikahinya hanya kerana menjaga maruahnya. Walaupun sudah bergelar isteri, Intan Azura tetap tinggal dirumah sebelah. Namun sebenarnya jauh di lubuk hati si suami, dia mulai menyintai wanita yang sudah bergelar isteri itu.

Kebahagiaan yang baru berputik diantara mereka diduga dengan kehadiran semula Lokman Hakeem yang berniat meraih semula cinta Intan Azura. Begitu juga Zaireen Amalina yang terlalu menggilai Syed Shahrul sejak sekian lama. Apakah pilihan suami isteri ini? Adakah mereka akan meneruskan hubungan mereka, atau memilih yang lain saja? Dan apakah alasan disebalik kehilangan Lokman Hakeem di hari pernikahannya dengan Intan Azura?

Sebuah kisah yang menarik untuk dibaca. Marilah dapatkan novel terbaik ini hasil tulisan Dyadila..


Tajuk : Giler kau?
Penulis : Dyadila
Halaman : 1166 muka surat
Harga : RM38/RM41





P/S - Fully recommended by Lulu Caldina





.

Inilah senarai skuad Barcelona yang akan datang ke Malaysia 10 Ogos ini


Inilah senarai skuad Barcelona yang akan datang ke Malaysia 10 Ogos ini | Promoter Jelajah Asia Barcelona 2013, BSC Soccer Malaysia Sdn. Bhd. mengesahkan dua bintang kelab Sepanyol itu, Lionel Messi dan Neymar bakal beraksi dalam perlawanan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 10 Ogos ini. Pengarah Urusannya, Effendi Jagan Abdullah berkata, dengan pengesahan itu ia menafikan khabar angin bahawa kelab Catalan itu akan tiba di Malaysia tanpa Messi dan Neymar. "Ada khabar angin mengatakan mereka tidak akan datang ke Malaysia. Dengan ini saya mengesahkan bahawa seluruh pasukan Barcelona akan beraksi di Malaysia.

Ini kerana jelajah pra-musim ini sangat penting buat mereka kerana selepas itu mereka akan beraksi dalam Piala Super," katanya dalam sidang media selepas Pelancaran Sistem Aliran Ringan (LRT) dan Bas RapidKL Khas Barcelona di sini, semalam. Selepas menentang Pilihan Malaysia juara La Liga itu akan pulang ke Sepanyol untuk beraksi dalam Piala Super bertemu Atletico Madrid pada 21 Ogos di Vincente Calderon dan 28 Ogos di Camp Nou. Perlawanan Piala Super menemukan Barcelona selaku juara La Liga dan Atletico Madrid pula penyandang juara Piala Raja Sepanyol musim lalu. "Semua pemain akan melapor diri di Barcelona pada 29 Julai ini selepas itu mereka akan berlepas ke Palestin untuk program sosial korporat (CSR) pada 3 Ogos sebelum singgah ke Thailand pada 7 Ogos," katanya.

 Mengenai penjualan tiket perlawanan, Effendi berkata, setakat ini 10 ribu keping tiket telah terjual dengan yang paling laris ialah tiket kategori tiga berharga RM208 dan negara paling laris jualan tiket ialah dari Indonesia dan Brunei. "Jualan tiket perlawanan juga laris dari peminat Singapura dan Malaysia. "Peminat paling jauh yang menempah tiket adalah di kalangan rakyat Arab Saudi yang akan datang bercuti di negara ini sambil penonton perlawanan antara Barcelona dan Pilihan Malaysia. "Kami yakin momentum penjualan tiket semakin meningkat menjelang perlawanan nanti, kerana sudah menjadi trend peminat di Malaysia yang membeli tiket pada saat akhir," katanya.

Tiket perlawanan dijual pada harga RM688 (VIP percuma pas latihan), RM388 (Kategori 1 percuma pas latihan), RM288 (Kategori 2 percuma pas latihan), RM208 (Kategori 3), RM168 (Kategori 4), RM98 (Kategori 5). Semua tempat duduk adalah bebas dan pas latihan juga dijual secara berasingan bernilai RM25. Selain mendapatkan tiket secara online di www.ilassotickets.com, mereka yang ingin menyaksikan perlawanan ini boleh mendapatkan tiket di beberapa outlet seperti Rock Corner, Victoria Music Centre, T-Break Cafe, KL Live, PJ Live Arts Sdn. Bhd, Bookmark, dan Bikers Motorsport. - Utusan





.

Cerita terkini pelakon cantik, Tiz Zaqyah


Cerita terkini pelakon cantik, Tiz Zaqyah | Heroin drama "Nur Kasih", Tiz Zaqyah ternyata memang berbakat dalam bidang nyanyian apabila dia akan berpadu suara dengan SleeQ dan Zain Saidin dalam lagu 'Together'. Lagu ini akan menggantikan lagu "Oh! My English" nyanyian Liyana Jasmay dalam siaran televisyen "Oh! My English". Sebelum ini, kita pernah dengar tentang Tiz yang mempunyai suara yang sedap.

Ini terbukti dengan beberapa video Tiz Zaqyah menyanyikan lagu 'Rolling In The Deep' dan 'Someone Like You' diiringi petikan 'strumming gitar' daripada pelakon dan penyanyi Aqasha di laman YouTube. Ramai yang mengatakan suara Tiz memang lunak dan mantap. Jadi, lagu-lagu yang mantap dan 'range' besar memang sangat sesuai dinyanyikan pelakon "Cinta Jangan Pergi" ini.






.

Cerita terkini kumpulan Backstreet Boys


Cerita terkini kumpulan Backstreet Boys | JIKA kumpulan Westlife mengumumkan perpecahan mereka tahun lalu, lain pula ceritanya dengan kumpulan terkenal, Backstreet Boys. Setelah 20 tahun menyepi daripada industri, kumpulan yang terdiri daripada Nick Carter, AJ McLean, Kevin Richardson, Howie Dorough dan Brian Littrell mengumumkan khabar gembira buat peminat setia yang sekian lama merindui mereka. Menurut sumber, kumpulan ini dalam proses menyiapkan album terbaru mereka termasuk sebuah single yang akan dinyanyikan dalam versi 'acapella'. "Single terbaru ini mereka pastinya mampu memberi kelainan dan juga mewarnai dunia muzik yang kian melonjak naik," kata sumber. -AP





.

Pelajar sekolah menengah sanggup jual tubuh demi memilki blackberry



Pelajar sekolah menengah sanggup jual tubuh demi memilki blackberry | Seorang pelajar sekolah menengah antara yang ditangkap dalam satu operasi pelacuran yang dibuat di negara jiran. Menurut pengakuan pelajar itu, dia rela menjajakan tubuhnya hanya kerana ingin memiliki BlackBerry. Dia berasal dari kalangan keluarga yang tidak mampu. Namun kerana pergaulannya, dia tidak ingin ketinggalan dengan teman-temannya yang memiliki BlackBerry. Sehingga dia meminta temannya sendiri untuk mencarikannya lelaki hidung belang. "mangsa hanya ingin memilki BlackBerry. Sekali hubungan, dia dikhabarkan akan mendapat bayaran Rp 1 juta. -AP






.

Status terkini pelakon Rita Rudaini


Status terkini pelakon Rita Rudaini | Krisis rumah tangga dramatis Rita Rudaini, 37, dengan suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak, 26, masih lagi tiada kata putus sehingga ke hari ini walaupun sudah tiga tahun berlarutan. Namun, pelakon jelita ini berkata, dia sudah lali dengan apa yang berlaku ke atas dirinya dan kini mahu fokus dalam karier serta perniagaan kecantikan RS Collagen yang diceburi untuk membesarkan anak-anak. Pelakon yang mesra disapa Rita ini hanya mahu menunggu keputusan mahkamah akan konflik rumah tangganya yang sudah setahun menjadi kes mahkamah. Rita juga berkata seandainya jodoh dengan Aidil masih panjang, dia berdoa agar Allah S.W.T membukakan semula pintu hatinya yang sudah kosong terhadap Aidil.

"Bila saya fikir semula, soal jodoh adalah ketentuan Ilahi. Jika jodoh kami panjang, saya reda untuk menerimanya semula tapi jika kami memang sudah tiada lagi, saya tetap reda juga. Saya percaya hanya Allah swt yang tahu apa yang terbaik buat saya dan anak-anak," katanya kepada Harian Metro. Rita yang masih belum terfikir untuk mencari pengganti juga tidak kisah jika sekali lagi dijodohkan dengan lelaki muda kerana faktor usia bukan penentu kebahagiaan. Apa yang penting baginya, lelaki itu haruslah mempunyai pendirian, tahu tanggungjawab serta mampu memimpin. Sementara itu, Rita berkata sudah setahun Aidil tidak menjenguk dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Dia risau jika anak-anak akan menjadi kekok dengan ayah mereka sendiri. Walaupun ada yang mengatakan Rita sengaja mencipta jarak antara Aidil dan anak, dia tidak pernah melakukan sedemikian malah Rita turut mengundang Aidil bermalam di rumah sewaktu bulan puasa untuk meluangkan masa dengan Rayyan dan Arjuna. Namun Aidil sudah dua kali membatalkan temu janji untuk bertemu mereka. Rita yang baru menamatkan penggambaran drama "Safa dan Marwah" akan berehat sepanjang Ramadan untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anak.





.

Isteri curang dapat habuan


Isteri curang dapat habuan | Hilang sabar dengan tindakan isterinya yang didakwa curang, seorang lelaki bertindak menyimbah wanita itu dengan cuka getah sebelum cuba membunuh diri dengan meminum racun rumpai di kediaman mereka di Kampung Pejiru, di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Christina Nyoeh, 43, parah selepas melecur hampir 70 peratus di seluruh badan terutama di muka, leher dan dada. Ibu kepada lima orang anak itu juga berkemungkinan buta dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS). Difahamkan, Christina baru pulang ke rumah selepas pergi bercuti di Sabah selama beberapa hari bersama seorang lelaki warga Afrika yang dikenalinya sejak 2007.

 Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Sabri Zainol berkata, sebelum kejadian, suspek berusia 49 tahun tidak menunjukkan tanda-tanda marah walaupun mengesyaki isterinya bermain kayu tiga. Bagaimanapun katanya, ketika mangsa sedang tidur, suspek pergi ke dapur dan mengeluarkan sebotol cuka getah sebelum menyimbah cecair asid itu ke arah mangsa.

"Selepas terkena simbahan cuka, mangsa menggelupur kesakitan dan jeritannya itu didengari anak-anak mereka. "Suspek pula bertindak minum racun rumpai sebelum membakar kereta Proton Iswara miliknya dan mengurung diri dalam kenderaan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Mohd. Sabri, suspek berjaya diselamatkan anak sulung mereka yang berusia 27 tahun. "Dia turut dirawat di HUS dan kini dilaporkan stabil," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. -utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!