Tuesday, July 23, 2013

Kuruskan badan dengan cara yang paling mudah


Kuruskan badan dengan cara yang paling mudah | Percayakah anda tidur tanpa pakaian boleh menguruskan badan? Selain daripada menjaga pemakanan dan bersenam untuk mendapat bentuk badan yang diidamkan, ada lagi cara yang mampu membuat anda kurus tanpa melibatkan kos. Menurut penulis buku "The Hormone Diet", Dr Natasha Turner, anda boleh mengurangkan berat badan sekiranya tidur dalam keadaan berbogel! Jika anda tidur tanpa pakaian, tubuh anda seperti menekan butang 'reset' kepada hormon 'fat loss' dengan merembeskan hormon yang membina sel di dalam tulang, kulit dan otot dan menggalakkan penurunan berat badan.

Keadaan tidak berbaju akan membuatkan anda merasa sejuk dan ini memudahkan proses rembesan tersebut. Selain itu, tidur dalam keadaan tidak berpakaian boleh mengurangkan hormon kortisol penyebab stress dan memelihara tenaga dalam badan semasa tidur. Jika banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, anda akan merasa lapar dan membuatkan anda menikmati hidangan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, pakaian yang menghangatkan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang menyebabkan penuaan. Sekiranya anda tidur tanpa pakaian, kulit yang mempunyai cela senang dipulihkan kerana hormon pertumbuhan menjadi lebih aktif.





.

Lukisan anime pada minuman anda


Lukisan anime pada minuman anda | Adakah anda peminat cerita anime dan kopi? Sekiranya ya, anda patut berasa kagum dengan rekaan buih pada kopi yang tidak pernah kita dengar. Lukisan minuman berkafein ini pastinya akan menjadi pilihan penggemar kopi dan anime setiap hari. Anime kegemaran anda "Sailor Mon dan Son Goku (Dragonball)" merupakan rekaan artistik yang dicipta oleh seorang barista Jepun, Sugi yang memulakan hobinya ini sejak setahun yang lalu. Dia hanya menggunakan pencungkil gigi, sirap coklat dan sirap koktail untuk menghasilkan ciptaan yang sangat realistik.

Apakah rahsia Sugi untuk menghasilkan ciptaan sempurna pada buih kopi? Baginya, untuk ketabahan dan cita-cita untuk menghasilkan sesuatu amat penting dalam menghasilkan karya seni yang sempurna. Jelas Sugi, lukisan pada kopi sama seperti melukis di atas kertas. Fokuskan kepada subjek dan lihat sejauh mana lukisan anda dapat pergi. Sekiranya ada melakukan kesalahan, cuba kaji kesilapan lukisan tersebut agar boleh memperbaikinya di masa akan datang.





.

Lihat perbezaan restoran ini dengan restoran lain


Lihat perbezaan restoran ini dengan restoran lain | Kebanyakan orang merasakan makan di restoran merupakan satu acara sosial dan untuk makan seorang diri di sana merupakan satu pengalaman yang sangat kekok. Ia kerana mereka yang makan seorang diri mungkin dianggap teman mereka telah membatalkan pertemuan atau tidak mendapat meja yang menyediakan kerusi untuk seorang pelanggan sahaja, keadaan yang akan menjejaskan selera makan seseorang. Justeru, sebuah restoran di Denmark cuba memenuhi kehendak pelanggan yang selalu makan seorang dengan menyediakan meja untuk seorang sahaja. Restoran yang dikenali sebagai Eenmaal itu dibuka di Amsterdan sejak 27 Jun lalu dan menawarkan hidangan makanan kelas atasan untuk pelanggan yang makan seorang diri.


Idea membuka restoran itu adalah untuk memecahkan stigma berhubung makan seorang diri, selain mengetengahkan pandangan bahawa makanan yang sedap sebaik-baiknya dinikmati seorang diri. Pengarah Kreatif Eenmaal, Pjotr berkata, pihaknya mahu mencapai dua perkara dengan pengenalan restoran itu iaitu menarik kehadiran pelanggan dan pada masa sama memberi mereka satu pendapat untuk difikirkan. "Kami mahu menunjukkan makan seorang diri merupakan satu perkara yang baik," katanya. - AGENSI





.

Kejadian yang pelik berlaku kepada sebuah kapal terbang dan 92 penumpangnya



Kejadian yang pelik berlaku kepada sebuah kapal terbang dan 92 penumpangnya | Sebuah peristiwa aneh terjadi pada 4 September 1945. Waktu itu penumpang dan krew penerbangan hilang di atas langit Atlantik yang membuatkan seluruh dunia gempar mengenainya. Anehnya, setelah 35 tahun kemudian, tepatnya pada 12 Oktober 1980, pesawat ini mendarat di Porto Alegre, Brazil tanpa pengetahuan menara kawalan lapangan terbang. Ketika membuka pintu pesawat, beberapa orang tercengang melihat para penumpang pesawat tersebut yang berjumlah 92 orang itu kelaparan dan kurus kering. Menurut penyelidikan, pesawat ini merupakan pesawat Sandiego yang hilang dan telah kembali lagi. Di syaki, pesawat ini telah berkelana melewati ruang 4 dimensi dan tersesat di black hole selama 35 tahun, sebelum akhirnya kembali mendarat. -AP





.

Pelik! Diet dengan hanya makan angin..



Pelik! Diet dengan hanya makan angin.. | Mengurangkan makan setiap hari merupakan salah satu cara dalam diet, selain olahraga. Namun, diet yang diamalkan oleh lelaki bernama Kirby de Lanerolle ini sangat berbeza. Dia berjaya bertahan hidup tanpa makan selama 5 tahun. Lelaki yang berasal dari Sri Lanka itu mendedahkan dirinya sebagai pengikut breatharian, pengambilan makanan bukanlah cara untuk bertahan hidup. Tapi dia mendapatkan makanan dengan memanfaatkan energi alam seperti cahaya matahari, udara, dan ‘energi illahi’. Ramai orang yang telah mati ketika berusaha mengamalkan gaya hidup breatharian ini. Kirby de Lanerolle, 5 tahun lalu berhenti minum selama seminggu, dan setelah itu dia berhasil tidak makan selama berbulan-bulan.

Hebatnya lagi, dia mengamalkan diet itu dengan disusuli olahraga. Pada tahun lalu, dia mengikuti latihan lari marathon tanpa makan apapun selama 3 bulan. Bahkan dia telah menyelesaikan 31 kilometer tanpa merasa haus dan lelah, kerana menurutnya energi yang dia perlukan bukan berasal dari makanan, melainkan dari paparan sinar matahari, angin dan keyakinan penuh kepada sang Pencipta. “Ada sumber energi di luar sana yang lebih besar dari kalori makanan yang anda masukan ke dalam tubuh anda”, ucap Kirby dalam penampilannya di sebuah acara TV Taboo di Amerika Syarikat. Menurut Odditycentral.com, para ahli perubatan yakin bahawa manusia rata-rata dapat bertahan hidup selama dua bulan tanpa makanan.

Tapi Kirby mengakui dia hanya makan tujuh kali dalam 10 bulan terakhir, membatasi dirinya dengan hanya 500 kalori setiap kali makan. Kirby mengatakan setiap kali dia mengambil makanan berlebihan, tubuhnya justru merasa lelah dan sakit. Kirby dikenali sebagai seseorang yang berprestasi. Dia adalah seorang mantan pemenang pingat emas kejuaraan menembak pada tahun 1995, pemenang beberapa kejuaraan tinju, serta seorang pengusaha sukses. Meskipun pakar memperingatkan gaya hidup breatharianisme ini sangat berbahaya, namun Kirby mengaku sering memeriksa kesihatannya dengan doktor dan dia selalu dalam kesihatan yang sempurna. -AP





.

Mari intai diet cara artis


Mari intai diet cara artis | BENTUK badan menawan yang dimiliki selebriti Hollywood sentiasa menjadi perhatian. Pun begitu, pasti ramai tidak menyangka mereka sanggup melakukan pelbagai jenis diet, termasuk sanggup berlapar semata-mata untuk kelihatan langsing. Zass senaraikan antara selebriti dengan diet pelik mereka.

Fergie
Vokalis utama Black Eye Peas ini mengambil dua senduk cuka setiap hari untuk memastikan perutnya sentiasa leper dan kecil.

Jennifer Lopez
Tubuh menggiurkan diva Hollywood ini hanya boleh dimiliki jika mengamalkan diet sepertinya iaitu dengan meminum air jeruk beraroma buah Anggur. Jlo akan minum jeruk ini apabila berasa lapar selama 15 minit semata-mata untuk menghilangkan rasa laparnya.

Beyonce
Penyanyi terkenal ini hanya perlu melakukan diet selama 14 hari dengan makan cili padi, sirap Maple dan minum berliter-liter air mineral sepanjang tempoh itu.

Victoria Bekham
Jika mahu bentuk badan seperti isteri David Bekham ini, anda hanya boleh makan Strawberi dan kacang sahaja setiap hari.

Nicole Kidman
Bagi aktres jelita ini, dia hanya menikmati telur rebus berminggu-minggu lamanya apabila berdiet. Setiap pagi dia akan makan sebiji telur rebus, manakala untuk malam, hanya 2 hingga ke 3 biji.

Kelly Osbourne
Pernah memiliki berat badan berlebihan menyebabkan Osbourne melakukan diet sihat, selain rajin melakukan senaman dan mengawal pemakanannya dengan mengambil sebiji Epal sebelum tidur.

Gwyneth Paltrow
Bagi Paltrow pula, cukup dengan mengamalkan minum teh membuang toksin untuk memastikan lemak terkumpul dapat dibuang dengan mudah.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!