Sunday, July 28, 2013

MAMA MIA SHAZA - EMY ROBERTO



Maya Laila dan Syazwan Imad mendirikan rumahtangga ketika sedang menuntut di England. Syazwan yang terkenal seorang kaki perempuan, tulus menyintai Maya dan bersedia menjadi suami wanita itu. Namun apabila Maya Laila mendapati dirinya hamil menjadikan Syazwan tiba-tiba menjadi seorang yang berbeza. Dia meminta Maya memilih antara dua. Samaada dia ataupun bayi itu. Nekad memilih bayi yang dikandungnya, Maya ditinggal Syazwan yang kembali ke Malaysia. Bermula daripada itulah, hidup Maya diuji. Dengan diri yang hamil dan menjadi seorang pelajar, mujurlah dia memiliki seorang sahabat seperti Nadia. Nadialah yang menjaganya ketika hamil dan berpantang. Nadia juga melayan anak Maya, Mia Shaza seperti anaknya sendiri.

Ketika pulang Malaysia, Maya dihalau oleh ibu bapanya yang menganggap Maya telah memalukan mereka. Malah anak Maya dikatakan anak luar nikah. Menjadi seorang yang tabah, Maya memulakan kerjaya dan disitulah dia mengenali Syazwi yang kemudian mula menaruh perasaan terhadapnya. Pertemuan semulanya tanpa disangka dengan Shazwan membangkitkan rasa yang sangat sukar untuk dimengerti oleh Shazwan. Tiba-tiba dia ingin melihat anak yang dia tidak ingini suatu masa dulu. Tiba-tiba dia ingin kembali kepada Maya dan bertanggungjawab. Siapakah yang akan menjadi pilihan Maya?.



Tajuk : Mama Mia Shaza
Penulis : Emy Roberto
Halaman : 512 muka surat
Harga : RM22/RM25




P/S - Recommended by Lulu Caldina




.

Inilah denda jika anda membeli bahan cetak rompak


Inilah denda jika anda membeli bahan cetak rompak | Pihak berkuasa di bandar raya ini akan mengenakan denda yang berat terhadap penjual dan pembeli cakera padat digital (DVD), cakera padat video (VCD) dan kaset cetak rompak. Timbalan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama berkata, pembeli produk cetak rompak akan didenda sebanyak 10 kali daripada harga asal produk yang dibeli sekiranya ditangkap pihak berkuasa. Jelasnya, denda yang dikenakan adalah berdasarkan nilai yang diperolehi selepas harga asal barangan asli ditolak dengan harga jualan cetak rompak produk terbabit. "Sebagai contoh, sekeping VCD asli berharga 50,000 rupiah (RM15.80) ditolak dengan versi VCD cetak rompak yang bernilai 5,000 rupiah (RM1.50), dan mendapat baki sebanyak 45,000 rupiah (RM14.30).

"Baki tersebut akan digandakan sebanyak 10 kali dan nilainya akan menjadi 450,000 rupiah (RM143). Jadi, itulah nilai denda yang perlu dibayar oleh pembeli," katanya. Surat pekeliling tentang undang-undang tersebut telah diedarkan dan ditampal di semua tempat termasuk lokasi tumpuan penjualan barangan cetak rompak seperti di kaki lima dan pusat membeli-belah. Basuki berharap, peraturan ketat itu boleh membanteras gejala cetak rompak secara berperingkat, bermula di pusat membeli-belah dan pusat perniagaan sebelum ke kaki lima. "Usaha sebegini perlu giat dilakukan bagi membantu golongan seni yang bersusah-payah menghasilkan karya bermutu untuk faedah orang ramai," katanya. - AGENSI




.

Inilah tujuh Masjid yang menjadi tarikan di Madinah


Inilah tujuh Masjid yang menjadi tarikan di Madinah | Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di Madinah, selain melawat Masjid Nabi, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk melawat masjid-masjid kecil yang dikenali sebagai 'Tujuh Masjid'. Masjid tersebut adalah Masjid Dua Kiblat, Masjid Al-Fath, Masjid Salman Al-Farisi, Masjid Abu Bakar Al-Siddeeq, Masjid Umar ibn Al-Khattab, Masjid Ali ibn Abi Talib dan Masjid Fatimah Al-Zahra. Pengunjung kebiasaannya akan melawat enam buah masjid kecil di wilayah itu dan menambah satu lagi masjid, bagi melengkapkannnya menjadi tujuh iaitu 'Masjid Dua Kiblat' yang terletak kira-kira satu kilometer dari yang lain.

Masjid terbesar daripada tujuh masjid itu adalah Al-Fath yang dibina pada zaman pemerintahan Gabenor Madinah, Umar ibn Abdul Al-Aziz dari 87 Hijrah hingga 93 Hijrah (705 Masehi hingga 711 Masehi)) dan dibina semula pada 575 Hijrah (1179 Masehi). Masjid Fatimah Al-Zahra yang dikenali sebagai Masjid Mus'ad ibn Mo'az adalah masjid yang terkecil daripada kumpulan itu dengan keluasan empat meter panjang dan tiga meter lebar. Ia mempunyai struktur yang sama dengan masjid lain di kawasan itu dan dibina semasa era Uthmaniyyah, kemungkinan besar semasa pemerintahan Sultan Abd Al-Majid pada 1851. - AGENSI





.

Serius : Penyalahgunaan Internet hampiri tahap kritikal


Serius : Penyalahgunaan Internet hampiri tahap kritikal | Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak akan teragak-agak untuk mengkaji semula kemudahan serta akses Internet di Malaysia berikutan penyalahgunaannya di negara ini menghampiri tahap kritikal. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata langkah itu bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan Internet tidak betul. "Saya lihat kebebasan yang diberi (disalah guna dan kini) sudah semakin kritikal. Sudah tiba masanya kita tegas dan tanganinya dengan cara serius," katanya selepas menghadiri majlis Tamu Ramadan bersama 261 imam, bilal dan pengerusi masjid di dewan Majlis Perbandaran Kemaman semalam.

Beliau juga berkata penyebaran fitnah atau sesuatu yang tidak betul menerusi Internet perlu dibendung dari awal sebelum menjadi lebih buruk. Antara penyalahgunaan berkenaan ialah penyebaran fitnah dan gambar yang mengaibkan seseorang serta penipuan melibatkan wang ringgit. Terbaharu ialah penyebaran dakwaan bahawa terdapat gelombang kedua pencerobohan Suluk ke Sabah serta penghinaan terhadap Islam oleh pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!