Monday, August 5, 2013

Apa yang menarik pada muka depan komik ini yang dilelong dengan harga sangat tinggi?


Apa yang menarik pada muka depan komik ini yang dilelong dengan harga sangat tinggi? | Muka depan asal komik “The Dark Knight Returns" No. 2 yang menggunakan teknik pen dan dakwat, karya Frank Miller dijual pada harga AS$478,000 (RM1.5 juta) pada satu jualan lelong di sini, semalam. Satu salinan Batman No. 1 juga berjaya dijual pada harga AS$567,625 (RM1.8 juta) dalam jualan lelong itu. Pusat Lelongan Heritage berkata, pembeli muka depan komik itu, bagaimanapun tidak mahu namanya didedahkan.


 Muka depan karya Miller merupakan yang pertama dijual daripada komik bersiri Dark Knight sebanyak empat keluaran terbitan DC Comics pada 1986. Salinan Batman No. 1 dari 1940 dilelong bagi pihak Tadano America Corp. Rekod jualan bagi sebuah buku komik, kekal menjadi milik Action Comics No. 1, yang dilelong pada harga AS$2.16 juta (RM7juta) pada 2011, Komik itu mempamerkan penampilan pertama Superman. - AGENSI





.

Inilah sijil kelahiran Putera George, Pewaris Ketiga takhta Britain


Inilah sijil kelahiran Putera George, Pewaris Ketiga takhta Britain | Duke of Cambridge, semalam secara rasmi mendaftar kelahiran putera sulungnya, Putera George dengan meletakkan pekerjaan isterinya sebagai 'Puteri United Kingdom'. Kate Middleton jarang menyifatkan dirinya sebagai seorang puteri merujuk kepada penggunaan gelaran Duchess of Cambridge yang diberikan oleh Ratu Elizabeth II kepadanya semasa perkahwinannya dengan Putera William. Namun, beliau juga merupakan Puteri William of Wales, sekali gus melayakkannya untuk digelar sebagai 'Puteri United Kingdom'.


Putera William pula meletakkan pekerjaaanya sebagai 'Putera United Kindom' dan bukan juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja Britain (RAF). Biasanya, ibu bapa perlu mendaftar kelahiran anak mereka di pejabat pendaftar dalam tempoh 42 hari selepas kanak-kanak itu dilahirkan. Namun, bagi kes Putera George, pewaris ketiga takhta Britain, timbalan pegawai pendaftar Westminster, Alison Cathcart, datang sendiri ke Istana Kensington bagi tujuan pendaftaran kelahirannya. William diberikan sijil biasa bagi mendaftarkan kelahiran Putera George Cambridge yang diisi oleh Cathcart sebelum ia ditandatangani oleh William. - AGENSI





.

Barisan nama, calon terbaik mengendalikan Harimau Malaya menggantikan Datuk K. Rajagobal



Barisan nama, calon terbaik mengendalikan Harimau Malaya menggantikan Datuk K. Rajagobal | Jika sebelum ini beberapa nama seperti Robert Alberts, Radojko Avramovic dan Ong Kim Swee dikhabarkan antara calon terbaik memikul tugasan mengendalikan Harimau Malaya. Kini timbul nama jurulatih asing terbaharu yang dilaporkan turut berminat menawarkan diri mengisi kerusi panas selaku jurulatih skuad kebangsaan sebaik sahaja kontrak Datuk K. Rajagobal tamat pada 31 Disember ini. Individu yang dimaksudkan adalah bekas jurulatih pasukan utama Liverpool, Alex Miller, yang berusia 64 tahun dan pernah bekerjasama selama sembilan tahun bersama dua pengurus terkemuka The Reds, Gerard Houllier dan Rafael Benitez. Menurut sumber yang boleh dipercayai Utusan Malaysia, Miller antara beberapa jurulatih asing yang telah menghantar permohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selain bekas jurulatih Singapura, Radojko atau lebih dikenali Raddy.

"Miller ada memberitahu hasratnya untuk mencuba nasib menjadi jurulatih Malaysia kerana mahu mendapatkan cabaran baru dan menikmati suasana bola sepak Asia. "Dia telah menghantar segala maklumat mengenai dirinya kepada Datuk Azzudin Ahmad (Setiausaha Agung FAM yang lama) sebelum ini dan masih menunggu jawapan FAM," kata sumber berkenaan. Berasal dari Glasgow, Scotland, Miller bertindak selaku Ketua Pengarah Pencarian Pemain selepas mula berkhidmat dengan The Reds pada tahun 1999 di bawah bimbingan Houllier sebelum kehadiran Benitez pada tahun 2004, dia dilantik sebagai sebagai jurulatih utama pasukan itu sehingga tahun 2008 yang turut menyaksikan The Reds memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara pada tahun 2005. Selain itu, Miller berpengalaman luas sebagai penolong pengurus pasukan kebangsaan Scotland (1993-1999) serta pengurus bersama tiga kelab Scotland, Hibernian (1986-1996), Aberdeen (1997-1998) dan St. Mirren (1983-1986).

Selain itu, dia pernah bertindak sebagai pengurus kelab England, Coventry City yang beraksi dalam saingan Liga Perdana pada musim 1996/97 dan turut mempunyai pengalaman di Asia bersama kelab Jepun, Jef United Ichibara yang beraksi dalam J League 1 semasa kedatangannya pada 2008/09. Dua kelab terakhir yang dikendalikannya adalah kelab Sweden, AIK Stockholm (2010) dan kelab Rusia, FC Sibir Novosibirsk (2012) manakala karier sebagai pemain, dia pernah beraksi bersama kelab Scotland, Glasgow Rangers dari tahun 1967 hingga 1982. Walaupun namanya mungkin kurang dikenali, Miller mempunyai pengalaman bekerja di peringkat tertinggi bersama Liverpool serta antara individu bertanggungjawab menaikkan Scotland layak ke pusingan akhir Piala Dunia 1998 dan Euro 1996 yang memungkinkan dia dilihat sebagai calon berprofil tinggi membimbing Harimau Malaya.

Cuma, sedikit persoalannya adakah dia bersedia untuk memahami budaya dan corak bola sepak Asia kerana pengalamannya di sini hanyalah sekitar selama satu musim ketika di Jepun dan itu mungkin menyukarkan peluangnya berbanding Raddy atau Alberts yang telah lama berada di rantau Asia Tenggara. Pada masa sama, terdapat beberapa sumber menjelaskan bekas pengurus dan legenda bola sepak Jerman, Rudi Voller turut mengintai menjadi jurulatih Harimau Malaya, namun Utusan gagal mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut. Voller adalah satu-satunya nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di pentas bola sepak antarabangsa kerana pernah bermain dengan beberapa kelab terkemuka dunia seperti Bayer Leverkusen, AS Roma dan Marseille serta mengendalikan Jerman dari tahun 2000 hingga 2004. -Utusan




.

Lagi-lagi mengenai anjing. Kali ini lebih serius..



Mangsa tak ingat apa berlaku kerana mabuk, tertidur.

Santiago: Malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki berusia 64 tahun yang mabuk dan tertidur sebelum terjaga dan mendapati kemaluannya sudah tiada dan diberitahu anjingnya yang memakannya. Geraldo Ramos menceritakan bagaimana dia tidak sedarkan diri selepas mabuk dan mendapati organ sulitnya sudah tiada sebaik terjaga, lapor akhbar, di sini, semalam.


Tidak percaya jiran 

Jiran Geraldo Ramos pula menjelaskan, dia diserang seekor anjing ketika dalam keadaan terhuyung-hayang dan bogel kerana mabuk. Pun begitu, Ramos berasal dari Santiago , tidak mempercayai kata-kata jirannya, meskipun tidak ingat apa yang berlaku, khususnya bagaimana kemaluannya boleh hilang. Dia memberitahu sebuah stesen televisyen bahawa dia hanya ingat terbangun daripada tidur sebelum dikejarkan ke hospital untuk pembedahan kecemasan. Anjing yang menyerangnya juga belum dapat dikesan. Begitu juga dengan kemaluan Ramos. Berikutan kecederaan di bahagian sulit, Ramos terpaksa memakai tiub dan dirakam berehat di rumah.


Belajar daripada kesilapan 

Ramos mengakui sudah belajar daripada kesilapannya dengan berkata dia tidak akan akan minum arak mulai hari ini. Meskipun jirannya memberitahu kes membabitkan anjing berkenaan mungkin sukar dipercayai, ia tidak mustahil berlaku. Ini berikutan apa yang berlaku di Arkansas, Amerika Syarikat pada Julai lalu apabila seorang lelaki lumpuh, yang terjaga daripada tidur mendapati anjingnya makan satu buah zakarnya. Satu lagi kes di Brazil membabitkan seorang lelaki yang jari kakinya dibaham anjing peliharaan sendiri. Jika di Brazil anjing makan tuan, di Israel, seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas kemaluannya digigit ular ketika mahu ke tandas. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik hanya cedera ringan kerana anjing itu tidak berbisa dan melepaskannya. - AGENSI





.

Gambar terbaru Penyanyi Liza Hanim


Gambar terbaru Penyanyi Liza Hanim | Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000. Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun. "Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil. "Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad," katanya.

Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar. Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.

 "Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi. "Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut 'trend' terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang," ujarnya. Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!