Friday, August 9, 2013

KATA TAK SUKA - Qaseh Qaisara




Merata lulu cari novel ni. Sejak baca sinopsisnya kat google, terus dalam hati nekad nak memiliki novel ni. Mula-mula cari kat Kinokuniya takde, nasib baik kat MPH ada. Menarikkan ilustrasi muka depannya? Dan jalan ceritanya juga tak kurang hebatnya. Lulu jadi tersengih-sengih sorang-sorang ketika membacanya..hehe

Mereka bertemu apabila ibu mereka mula kenen-kenenkan. First impression memang teruk. Sebab apa yang Nea lihat, lelaki pilihan emaknya ni takdelah istimewa sangat pun. Nak kata kacak, tak pun. Malah pendiam sangat. Memang sangat berbeza dengan Nea. Namun sebenarnya lelaki yang bernama Megat Zafril ini sudah mula terpaut rasa dengan Nea sejak pertama kali jumpa. Dan sejak pertemuan yang dirancang oleh ibu mereka, nampaknya mereka sering keluar makan bersama tanpa pengetahuan orang lain. Dan dari situlah rasa cinta semakin mekar dalam hati walaupun realitinya sama-sama ego untuk meluahkan. Malah ketika Megat Zafril ke Pulau Pinang seminggu atas urusan kerja, kelakuan mereka dah jadi teman tapi mesra. Dah pandai nak merajuk, memujuk dan merindu..

Mereka setuju untuk diijabkabulkan disebabkan, kononnya sudah mula rimas melihat usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu mereka untuk menyatukan mereka. Namun apabila bekas kekasih Nea, Luqman mula menagih kasih lama, keadaan itu sedikit sebanyak menjejaskan mental dan emosi Megat Zafril. Apa taknya, terang-terang Luqman menemui Megat Zafril dan menyatakan kesungguhan untuk kembali merebut hati Nea. Apa yang berlaku seterusnya?? Kenalah beli dan baca kan (^___^)v



Tajuk : Kata Tak Suka
Penulis : Qaseh Qaisara
Halaman : 482 muka surat
Harga : RM20/RM23




P/S - Fully recommended by Lulu Caldina





.

Lahirkan bayi terbesar dan secara normal


Lahirkan bayi terbesar dan secara normal  | Seorang wanita British berusia 40 tahun selamat melahirkan bayi terbesar di Sepanyol secara normal iaitu seberat 6.2 kilogram, pada Khamis.


Pihak hospital berkata, Maxime Marin melahirkan bayi terbabit pada kira-kira jam 4.43 pagi (waktu tempatan) di Hospital Marina Salud di bandar Denia. Bayi besar sering dilahirkan secara pembedahan tetapi Marin tidak perlu berbuat demikian. - AFP




.

Gempar : Bandar ini akan lenyap menjelang 2025



Gempar : Bandar ini akan lenyap menjelang 2025 | Sebuah bandar kecil yang diberi nama Kivalina, yang merupakan sebuah perkampungan nelayan di Alaska bakal lenyap menjelang 2025 akibat pemanasan global. Pemanasan air laut dan permukaan ais yang mencair selama dua dekad menyebabkan perkampungan yang terletak berhampiran Laut Bering itu mudah terdedah kepada ribut. Menurut laporan BBC, pantai Kivalina telah mengecil sejak dua dekad lalu menyebabkan tentera Amerika Syarikat (AS) menjangkakan ia tidak boleh didiami dalam tempoh 12 tahun lagi.

Perkampungan kecil nelayan itu didiami beberapa suku kaum Asli Alaska. Kerajaan AS terpaksa membelanjakan kira-kira AS$400 juta (RM1.29 bilion), semata-mata untuk memindahkan suku kaum Asli tersebut dari situ. "Jika kami kekal di sini dalam tempoh 10 tahun akan datang, akan berlaku banjir atau kami akan mati di sini. ''Atau kami perlu berpindah ke tempat lain," ujar pemimpin Kivalina, Colleen Swan. Akhbar New York Times pada tahun lalu melaporkan penduduk Kivalina pernah dipaksa berpindah pada 1992 ke penempatan lain kerana masalah tersebut. - AGENSI




.

Remaja 13 tahun ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan!



Remaja 13 tahun ini sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan! | Seorang remaja bertindak membunuh ibu bapa, nenek dan ibu saudaranya, sebelum membunuh dirinya sendiri selepas seharian berada di sekolah, semalam. Kelima-lima mayat itu ditemui awal pagi semalam di dalam dua buah rumah di utara Sao Paulo. Menurut jurucakap polis Sao Paulo, Itagiba Franco, kesemua bukti menunjukkan remaja berusia 13 tahun itu, yang dikenali sebagai Marcelo Pesseghini membunuh kedua orang tuanya dan ahli keluarga yang lain. Siasatan forensik sedang dijalankan, tetapi menurut polis, ibu bapa remaja itu mungkin dibunuh pada petang Ahad atau pagi Isnin lalu.


Pesseghini didakwa telah memberitahu seorang rakannya bahawa dia mahu membunuh ibu bapanya dan menjadi orang buruan, kata Franco. "Dia sentiasa memberitahu saya, dia mahu menjadi pembunuh upahan. Dia mempunyai rancangan untuk membunuh ibu bapanya pada waktu malam, supaya tiada siapa yang melihat, dan melarikan diri menggunakan kenderaan keluarganya," kata polis yang memetik kata kawannya itu, yang enggan dikenali. Remaja itu mati dengan kesan tembakan di kepala. Revolver milik bapanya seorang pegawai polis ditemui dekat mayat remaja itu, kata komander polis Sao Paulo, Benedito Roberto Meira. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!