Monday, August 19, 2013

Cermin mata untuk merehatkan tulang leher dan tulang belakang


Cermin mata untuk merehatkan tulang leher dan tulang belakang | Adakah anda sering menghadapi sakit leher dan tulang belakang akibat terlalu lama menghadap televisyen atau memegang novel ketika sedang berehat pada cuti hujung minggu? Syarikat perniagaan atas talian Amerika Syarikat, ThinkGeek tampil untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan ciptaan unik, Lazyglasses iaitu sejenis cermin mata yang membolehkan pengguna berbaring tanpa perlu menghadap televisyen atau novel. Dijual dengan harga 10 pound (RM51), Lazyglasses boleh membantu pengguna membaca atau menonton dengan merehatkan tulang leher dan tulang belakang mereka tanpa perlu duduk menghadap televisyen atau novel.

Fungsi kaca mata tersebut menyerupai periskop, menggunakan cermin tambahan yang diletakkan pada sudut 45 darjah bagi memantul imej dan cahaya dari arah luar biasa. Cahaya dipantulkan daripada cermin tersebut dan imej boleh dilihat dengan jelas oleh pengguna. Ciptaan itu hampir sama dengan kaca mata Hamblin yang diperkenalkan pada 1936 yang dikhaskan untuk golongan pembaca. Pada zaman itu, penggunaan televisyen masih belum meluas dan ia dicipta untuk memudahkan pengguna membaca novel atau buku sambil berbaring, namun tidak pernah dipasarkan. - AGENSI






.

Keadaan terkini Pengarah Filem, Datuk Yusof Haslam yang mengidap penyakit batu karang


Keadaan terkini Pengarah Filem, Datuk Yusof Haslam yang mengidap penyakit batu karang  | Pengarah dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam, 60, yang menghidap penyakit batu karang telah menjalani pembedahan bagi memecahkan batu karang pada pundi kencingnya selama hampir dua jam di Hospital Pakar KPJ Tawakkal di sini, hari ini. Isteri penerbit syarikat produksi Skop Productions itu, Datin Fatimah Ismail, 58, berkata suaminya itu mula mengadu sakit pinggang pagi tadi sebelum kencing berdarah dan seterusnya dikejarkan ke hospital sebelum disahkan doktor kerana menghidap penyakit tersebut. "Suami saya mengadu sakit pinggang selepas subuh tadi dan selepas didapati kencingnya berdarah saya terus menelefon anak kami, Syamsul dan membawanya ke hospital pada pukul 9.30 pagi tadi dan pembedahan bagi memecahkan batu karang itu bermula pukul 1.45 petang tadi," katanya. - Utusan




.

Gambar tragedi banjir di China yang mengorbankan 20 kematian setakat ini



Gambar tragedi banjir di China yang mengorbankan 20 kematian setakat ini | Sekurang-kurangnya 37 orang maut, manakala berjuta-juta yang lain terjejas akibat bencana banjir yang melanda timur laut China, selain Taufan Utor membadai wilayah selatan negara ini. Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan, bencana banjir yang melanda bahagian di timur laut negara ini merupakan yang paling buruk dalam tempoh beberapa dekad lalu.


Menurut Jabatan Hal Ehwal Awam wilayah Jilin, seramai 890,000 orang terjejas akibat banjir, manakala 35,000 kediaman musnah dengan kerugian ekonomi sebanyak AS$387 juta (RM1.2 bilion) dilaporkan. Lebih 100,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. Sebanyak 20 kematian dilaporkan di wilayah Heilongjing, manakala tiga dilaporkan hilang sejak banjir bermula pada 10 Ogos lalu. Hampir dua juta penduduk di Heilongjing terjejas akibat banjir tersebut, menyaksikan 140,000 orang dipindahkan.


Landasan kereta api dan lebuh raya ditutup dan kebanyakan jambatan rosak akibat banjir. Wilayah Guangdong dan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang pula dilanda Taufan Utor, meragut sekurang-kurangnya 10 orang dan empat hilang. Taufan ke-11 terkuat itu melanda selatan negara ini pada Rabu lalu berhampiran Yangjiang, Guangdong selepas membadai Filipina pada awal minggu ini. Taufan itu mengorbankan tujuh orang di Filipina. - DPA/AFP





.

Kenali Tugu Starcevich, di daerah Beaufort Sabah


Kenali Tugu Starcevich, di daerah Beaufort Sabah | Terletak 97 kilometer dari selatan Kota Kinabalu, pekan Beaufort yang menjadi penghubung kepada Sipitang, Kuala Penyu dan Tenom, agak jarang disebut sebagai destinasi pelancongan di Sabah. Namun daerah ini juga mempunyai sejarah dan keistimewaan sendiri, justeru tidak hairan penduduknya berbangga dengan kewujudan Tugu Peringatan Starcevich,yang terletak bersebelahan Pejabat Daerah Beaufort. Tugu itu dibina bagi memperingati Leslie Thomas Starcevich iaitu seorang wira semasa penjajahan Jepun di Sabah dan pada 1998 kerajaan negeri Sabah mengisytiharkan tugu berkenaan sebagai Tapak Warisan Budaya.

Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Sabah ke-50, September ini, kewujudan tugu itu mengingatkan kembali perjuangan rakyat menentang Jepun dan daerah ini mengatur beberapa program bagi menyuburkan kembali semangat patriotik dalam kalangan anak Sabah, kata Anggota Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. Antaranya ialah acara berjalan kaki yang bermula dari rumah saya menuju ke stesen kereta api dan berakhir di padang pekan Beaufort, melintasi tugu itu, katanya kepada Bernama, di sini. Azizah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata turut diadakan acara mendeklamasi puisi dan teater berkaitan perjuangan orang dahulu menentang penjajahan.

Pekan Beaufort pada asalnya dikenali sebagai Padas namun selepas ketibaan British pada 1898, ditukar kepada Beaufort bersempena pegawai tertinggi British North Borneo iaitu L. P. Beaufort. Dalam pada itu ada sumber lain menyatakan keluarga Sir L. P. Beaufort adalah keluarga diraja England hasil perkahwinan campur dengan Itali. Pada awal 1990-an, pekan ini terkenal sebagai pengeluar limau manis dan mendapat jolokan 'Limau Manis Beaufort', namun perubahan cuaca dan bentuk muka bumi menjejaskan tanaman itu dan limau manis kini semakin didapati. - Bernama





.

Jom tengok isteri pelakon popular James Bond, Pierce Brosnan


Jom tengok isteri pelakon popular James Bond, Pierce Brosnan | Pelakon popular ini dilihat menghabiskan sebahagian besar musim panas di Hawaii bersama anaknya Paris. Dan dia juga menghabiskan masa seharian bersama isterinya, Keely Shaye Smith di pantai.


Pasangan itu telah dilihat meluangkan masa bersama. Pierce Brosnan yang kini berusia 60 tahun, kelihatan jauh lebih muda dari usianya yang sebenar. Memakai sepasang seluar pendek biru dilihat ceria dan gembira sepanjang hari bersama isterinya, wartawan Keely, yang dikahwini pada tahun 2001, yang tampil dengan pakaian renang.


Selepas aktiviti renang, pasangan bahagia ini menikmati minuman yang menyegarkan. -AP





.

Kisah sedih, kanak-kanak berusia 5 tahun yang didera dengan kejam


Kisah sedih, kanak-kanak berusia 5 tahun yang didera dengan kejam | Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) yang dipercayai didera dengan kejam kini dilaporkan semakin kritikal. Ketua Jabatan Pediatrik HRPB, Datuk Dr. Amar Singh berkata, kanak-kanak malang itu masih koma dan bergantung kepada mesin bantuan hayat. Menurut beliau, pihaknya mengesyaki kanak-kanak itu mengalami kecederaan dalaman, namun pemeriksaan imbasan tidak dapat dilakukan memandangkan keadaannya yang terlalu lemah. "Namun, pihak hospital menggunakan segala kemudahan yang ada bagi merawat dan memulihkan kanak-kanak malang ini sejak dia dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional negeri, Datuk Rusnah Kassim yang melawat kanak-kanak tersebut hari ini.

Kelmarin, seorang pegawai perubatan HRPB, Dr. Mohd. Safwan Adnan yang merawat kanak-kanak itu membuat aduan kepada polis selepas mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di seluruh badan dipercayai akibat didera. Kanak-kanak malang itu dibawa ke hospital oleh bapanya. Susulan laporan polis tersebut, ibu bapa kanak-kanak itu yang berusia 30 dan 39 tahun direman tiga hari bermula semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendera.

 Sementara itu, Rusnah memberitahu, JKM Perak mengambil abang dan adik kanak-kanak malang tersebut yang berusia lapan dan dua tahun untuk ditempatkan di bawah jagaan jabatan tersebut bagi diberikan perlindungan sementara. "Siasatan awal mendapati kedua-duanya (abang dan adik mangsa) itu tidak mempunyai sebarang kesan penderaan. "Kita bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak perempuan ini, namun kita perlu menunggu hasil siasatan sebelum sebarang tindakan dapat diambil," katanya. Mengulas insiden tersebut, Rusnah berharap masyarakat sekeliling mengambil iktibar daripada kejadian itu supaya tidak berulang pada masa hadapan. -utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!