Wednesday, August 28, 2013

KATA TAK RINDU -SITI NUR DHUHA



Zafia yang merasa sangat kecewa kerana kekasih hati yang dipujanya berkahwin dengan gadis lain, nekad mendaftarkan diri di Agensi Mencari Jodoh. Dia sanggup bayar dengan harga yang mahal kepada agensi itu, asalkan dia segera mendapatkan seorang 'suami'. Tanpa membaca syarat yang dikenakan, dia terus menandatangani surat perjanjian.

Mengenali Aezwan yang juga terikat dengan penjanjian agensi itu, mereka sama-sama tidak bersetuju. Namun perjanjian itu memaksa mereka meneruskan perkahwinan. Perkahwinan itu memang tidak bahagia. Zafia dengan hidupnya yang tidak teratur, Aezwan pula dengan sikap yang selalu inginkan kesempurnaan. Aezwan yang mulai menerima perkahwinan itu walaupun dengan kekurangan isterinya, cemburu ketika kekasih lama Zafia mula hadir kembali antara mereka, dan sedar Zafia masih menyintai lelaki itu. Dan dalam satu kejadian, membuatkan Aezwan pergi meninggalkan Zafia.

Apakah akhir cerita ini? Siapakah yang akan menjadi pilihan Zafia? Kekasih lama atau suami yang menerima segala kekurangan dirinya? Kemana pula Aezwan pergi? Jom dapatkan novel yang berada dalam ranking antara novel terlaris di Buku Prima ini..



Tajuk : Kata Tak Rindu  
Penulis : Siti Nur Dhuha
Halaman : 734 muka surat
Harga : RM27.90/RM30.90




P/S - Recommended by Lulu Caldina






.

Lelaki hidup semula selepas 45 minit disahkan mati



Lelaki hidup semula selepas 45 minit disahkan mati | Seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan hidup semula selepas 45 minit disahkan meninggal dunia oleh doktor. "Saya tidak pernah melihat atau mendengar kes seperti ini sejak 20 tahun lalu. Ia sememangnya satu perkara ajaib," kata pakar kardiologi. Dr Raja Nazir. Menurutnya, doktor tidak menemui sebarang masalah pada jantung Yahle, 37, dan mereka mengesyaki dia 'mati' seketika mungkin kerana jangkitan virus. -AP





.

Senjata rahsia berupa cincin


Senjata rahsia berupa cincin | SEPASUKAN arkeologi Bulgaria menjumpai sebentuk cincin beracun dipercayai digunakan sebagai senjata rahsia mengisi racun untuk membunuh musuh. Barang perhiasan pada abad ke-14 itu, dilaporkan ditemui di tapak sebuah kubu zaman pertengahan di Cape Kaliakra berdekatan pantai Laut Hitam, bandar Kavarna. Pakar percaya cincin dijumpai di Bulgaria itu, dimiliki seorang lelaki kaya yang jahat dan berniat membunuh musuhnya secara senyap. Timbalan pengarah Institut Arkeologi dan Muzium Kebangsaan di Sofia, Boni Petrunova berkata, cincin dilengkapi lubang rahsia itu diperbuat daripada tembaga kukuh.

"Berdasarkan struktur, ia dipakai pada jari tangan kanan dan lubang pada bahagian atasnya berfungsi untuk menuangkan racun ke minuman atau makanan mangsa," katanya. Artifak itu juga dilapor, membantu dalam penambahan pengetahuan mengenai kehidupan masyarakat khasnya golongan bangsawan di Cape Kaliakra pada abad ke-14. Lebih 30 jenis barangan kemas kebanyakannya diperbuat daripada emas ditemui di tapak berkenaan sejak 2011. - MailOnline





.

Pertandingan ratu cantik Miss World tetap akan dibuat di Indonesia walaupun dapat tentangan


Pertandingan ratu cantik Miss World tetap akan dibuat di Indonesia walaupun dapat tentangan | Pertandingan ratu cantik Miss World 2013 tetap akan diteruskan di negara ini pada bulan depan, biarpun mendapat tentangan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI), menurut pihak penganjur hari ini. Pengarah Hal Ehwal Korporat RCTI selaku penganjur dan stesen penyiar rasmi pertandingan tersebut, Syafril Nasution berkata, pihaknya sudah mendapatkan kelulusan daripada kerajaan untuk meneruskan pertandingan itu. "Sejak dari awal lagi, pihak penganjur menyatakan bahawa para peserta tidak akan memakai bikini atau menunjukkan sebarang imej yang boleh mencemarkan nama baik agama dan nilai budaya.

"Jadi, mengapa pertandingan itu perlu dihentikan?," katanya. Pengerusi MUI, Amidhan Sabrah berkata, pertandingan itu ditentang kerana disifatkan sebagai mengeksploitasi golongan wanita. "Pertandingan Miss World atau seumpamanya seolah-olah mendedahkan aurat wanita untuk dijadikan tontonan umum dan perkara itu melanggari syarak Islam. "Kami akan terus membantah pertandingan itu dan sama ada pertandingan akan diteruskan atau tidak, ia bergantung kepada keputusan kerajaan," ujarnya. Pertandingan itu dijangka berlangsung di Sentul, pinggir Jakarta pada 28 September ini. - DPA





.

Kejam : Mata kanak-kanak ini dicuri untuk pemerdagangan organ


Kejam : Mata kanak-kanak ini dicuri untuk pemerdagangan organ | Seorang kanak-kanak di China berumur enam tahun, matanya telah diambil setelah dilaporkan diculik oleh pemerdagangan organ. Anggota keluarga menemui dia yang berlumuran darah sekitar tiga, empat jam setelah dia hilang ketika bermain di luar rumahnya. Mata anak itu ditemukan dekatnya tetapi korneanya hilang. Laporan menyifatkan bahawa pemerdagangan organ berada di balik serangan mengerikan. Polis menawarkan 100.000 yuan ($ 16,000) hadiah bagi maklumat yang mengarah pada penangkapan satu-satunya suspek, yang mereka katakan adalah seorang wanita.

"Dia memiliki darah seluruh wajahnya. Kelopak matanya luka. Dan di dalam, bola matanya tidak ada di sana, "kata ayahnya. Laporannya menunjukkan kanak-kanak lelaki itu telah menjalani pembedahan dan berada di hospital, menggeliat kesakitan sambil diperhatikan oleh anggota keluarga yang berdiri di samping katilnya. -AP





.

Inilah Senarai Pantai Terbaik Di Malaysia Menurut CNN



Inilah Senarai Pantai Terbaik Di Malaysia Menurut CNN  | TIGA pantai di Malaysia baru-baru ini berjaya tersenarai dalam 50 daripada 100 pantai terbaik dunia, menurut satu kajian yang dijalankan oleh rangkaian berita antarabangsa CNN. Pantai tersebut ialah Pulau Perhentian Kecil di Terengganu yang menduduki tempat ke-13, Pantai Juara di Pulau Tioman, Pahang (21) dan Tanjung Rhu di Langkawi (49). Senarai tersebut yang dikumpulkan daripada pelbagai sumber, mengambil kira maklum balas pelancong, rakan-rakan dan pembaca di samping lawatan dan penyelidikan di tapak kajian, menurut CNN di laman webnya. Menurut laman web itu, kebanyakan pelancong di Langkawi berduyun-duyun pergi ke Pantai Cenang tetapi Tanjung Rhu mempunyai kecantikan secara semula jadi dan suasana tenang. Pantai yang panjang di Tanjung Rhu dikelilingi oleh gua-gua batu kapur purba, alunan air dan bakau tebal. "Kami sukakan Langkawi kerana pemandangan yang menakjubkan dari atas Gunung Mat Cincang, salah satu gunung tertinggi di pulau ini," katanya.

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi menduduki tangga ke-49.

Bagi Pantai Juara, ia kurang maju dan kurang diberi perhatian berbanding pantai di Thailand, tetapi ia membawa kepada suasana semula jadi dan tenang untuk pengalaman di pantai secara keseluruhannya. "Ini bukan tempat untuk berparti atau untuk menikmati keriangan malam hari, melainkan jika anda mahu parti berjalan secara senyap dan keriangan malam apa tidak disertai manusia," dipetik dari CNN. Pulau Tioman adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang gemarkan cabaran adrenalin yang mana mereka boleh melakukan aktiviti 'rock-climbing' di Gunung Nenek Semukut.Pulau Perhentian Kecil pula menjadi tumpuan kerana airnya yang biru, yang selalunya dapat dilihat penyu dan jerung kecil di dalamnya.

Pengalaman pantai sebenar di Pantai Juara, Pulau Tioman.

Walau bagaimanapun, Tourism Malaysia telah memberikan satu senarai pantai terbaik di Malaysia yang berbeza mengikut pilihan penduduk tempatan. Pantai dan pulau terbaik itu adalah Pulau Sipadan, Mabul dan Kapalai di Sabah, kata Tourism Malaysia dalam satu kenyataan. Sipadan adalah kawasan terkenal di kalangan penyelam peringkat antarabangsa yang dikelilingi laut Sulawesi dan kedudukan geografi Sipadan di lengkungan Indo-Pasifik (pusat habitat laut terkaya di dunia) menjadikannya syurga bagi penyelam, katanya. Untuk mengekalkan ekosistem, penginapan hanya disediakan di pulau-pulau bersebelahan seperti Mabul dan Kapalai dan lawatan ke sana perlu diatur terlebih dahulu.

Pengalaman menyelam di Pulau Mabul, Semporna Sabah

"Malaysia mempunyai beratus-ratus pulau yang bertaburan di perairannya dan beberapa pulau serta pantai terbaik di dunia boleh didapati di sini," kata Tourism Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, Pantai Cherating di Pahang, Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah di Terengganu, Pulau Pangkor di Perak adalah yang paling popular di kalangan penduduk tempatan, katanya.

Isteri kantoi bawa kekasih gelap balik rumah waktu suami keluar kerja


Isteri kantoi bawa kekasih gelap balik rumah waktu suami keluar kerja | Gara-gara membawa balik ‘kekasih gelap’ ke rumah sewaktu suami keluar bekerja, seorang wanita di Bukit Rambai, dekat sini, dicekup polis dan penduduk awal pagi, semalam. Dalam kejadian 2 pagi itu, wanita kepada dua anak berusia 27 tahun itu dicekup bersama lelaki berusia 28 tahun selepas didapati berkhalwat di rumah wanita berkenaan. Pasangan terbabit yang dicekup sepasukan polis kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit datang setengah jam sebelum dia bersama wanita terbabit dicekup. Katanya, ketika itu wanita terbabit membuka pintu dan selepas anggota polis masuk dan membuat pemeriksaan menemui lelaki berkenaan di sebuah bilik. “Lelaki terbabit datang selepas suami kepada wanita itu keluar bekerja dan turut mengetahui temannya itu berstatus isteri orang.

“Wanita itu memberi alasan dia mempunyai krisis rumah tangga dengan suaminya dan memberi alasan tidak mengetahui pukul berapa suaminya bekerja serta mengambil kesempatan mengajak lelaki berkenaan datang ke rumah,” katanya, di sini, semalam. Rahimin berkata, pasangan berkenaan sudah kenal sejak enam tahun lalu dan lelaki itu pula berstatus bujang. Ketika wanita berkenaan dan pasangannya dicekup, kedua-dua anak wanita itu tiada di rumah.

“Kehadiran lelaki terbabit disedari penduduk sebelum membuat aduan kepada polis untuk menahan mereka kerana disyaki berkhalwat,” katanya. Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim. “Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya. -SH





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!