Sunday, September 8, 2013

PERGI TANPA ALASAN - HANI FAZUHA




PERGI TANPA ALASAN - HANI FAZUHA | Tak keterlaluan rasanya kalau lulu mengkategorikan novel yang satu ni 18sx. Novel ini mengisahkan Rihanna seorang wanita yang mendapat hidayah, meninggalkan zaman kelamnya seperti pelacur kelas atasan. Menjadi teman pendamping pada lelaki-lelaki berhidung belang dan mendapat bayaran yang lumayan - itulah kerjanya dahulu. Dan kini dia benar-benar mahu berubah. Berubah 100% penampilannya, kini dia bertudung. Di zaman kelamnya itulah dia mengenali Hakim, yang menganggap dia seorang wanita yang istimewa.

Pertemuan semulanya dengan Hakim, membuatkan Hakim nekad kembali mendekati Rihanna. Dan apabila sahabat rapat Hakim sendiri secara terang-terangan mengakui jatuh hati dengan Rihanna, Hakim sudah jelas tidak boleh duduk diam. Pertunangan dan rancangan perkahwinan dengan gadis pilihan ibu bapa, Nelly sudah tidak diendahkan lagi, kerana dia nekad memperisterikan Rihanna. Pada Rihanna dan keluarga dikhabarkan keluarganya akan merisik dan meminang. Dan sebenarnya seluruh persiapan perkahwinan mereka, adalah tanpa pengetahuan ibu bapa Hakim sendiri, Datuk Adam dan Datin Azura.

Perkahwinannya memang bahagia, dia rela kehilangan segala-galanya demi Rihanna. Dengan memeluk Rihanna sudah mampu membuatkan hatinya tenang dan umpama dos yang boleh menghilangkan pelbagai jenis penyakit yang menyerang. Namun hakikatnya ada pelbagai masalah yang timbul disebabkan keputusannya mengahwini Rihanna.


Tajuk : Pergi Tanpa Alasan
Penulis : Hani Fazuha
Halaman : 500 muka surat
Harga : RM23




P/S - Fully Recommended by Lulu Caldina




.

Wujudkah air mata duyung yang dikatakan mempunyai khasiat tersendiri?






Wujudkah air mata duyung yang dikatakan mempunyai khasiat tersendiri? | Penduduk Kampung Penyak, mukim Koba di daerah ini digemparkan dengan berita penangkapan dua ekor ikan duyung oleh seorang nelayan tempatan, Rabu lalu. Penemuan itu membuatkan penduduk teruja dan pergi ke tepi pantai bagi melihat sekali gus mengabadikan peristiwa tersebut pada telefon bimbit masing-masing. Malah, kebanyakan di antara mereka tidak melepaskan peluang sehingga sanggup berebut untuk mengambil air mata ikan duyung kerana mempercayai ia mempunyai 'khasiat' tersendiri.

Menurut maklumat yang diperoleh Bangkapos.com, dua ekor haiwan itu ditangkap nelayan bernama Nizar di pulau Bebuar dan pulau Penyak. Kira-kira pukul 5 petang sewaktu Nizar mahu mengangkat jaringnya, dia mendapati, terdapat tiga ekor ikan duyung tersangkut di dalamnya. Namun sewaktu cuba menaikkan ikan itu ke dalam bot, seekor daripada ikan itu terlepas, manakala dua ekor lagi iaitu masing-masing seekor dewasa dan anak berjaya ditangkap dan dibawa pulang.

Malangnya, kedua-dua ekor ikan itu mati sewaktu ia sedang dibawa ke rumah Nizar. Ketua Kampung Penyak, Rustam ketika ditemui mengesahkan penangkapan ikan yang masing-masing mempunyai berat 300 dan 20 kilogram. ''Ikan dewasa itu kemudiannya dibawa ke pasar untuk dijual,'' katanya. - AGENSI





.

Kenapa filem Puteri Diana dikecam pengkritik?


Kenapa filem Puteri Diana dikecam pengkritik? | Filem Diana yang mengisahkan riwayat hidup mendiang Puteri Diana yang maut dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, dikecam hebat pengkritik sejurus tayang perdananya di sini, semalam. Bintang utama filem itu, Naomi Watts sebelum ini mempertahankan pembabitannya dalam filem kontroversi itu yang menyoroti kisah percintaan Diana dengan doktor Pakistan yang menetap di London, Hasnat Khan. Namun, dalam beberapa jam semasa tayangan perdana Diana, akhbar Britain mula menghentam filem itu dengan hebat. Times dalam laporannya memuji lakonan Watts yang disifatkan 'baik mahupun skrip filem itu agak memalukan' dan merumuskan Diana sebagai 'teruk'.

"Kasihan Puteri Diana. Saya teragak-agak untuk menggunakan terma 'filem kemalangan kereta'. Namun, kebenaran yang tidak seronok adalah, 16 tahun selepas tragedi itu, Puteri Diana sekali lagi 'mati' hari ini dengan keadaan yang lebih dahsyat,'' tulis pengkritik akhbar Guardian, Peter Bradshaw. The Daily Telegraph pula memberi dua bintang kepada filem itu, lebih satu bintang berbanding Guardian dan Times. Berdasarkan buku karya Kate Snell pada 2001 berjudul Diana: Her Last Love, filem itu memaparkan kisah cinta Puteri Diana dan Dodi Fayed, yang disifatkan rakan-rakanyya sebagai sengaja membuatkan Khan cemburu. - AFP





.

Senarai lengkap peserta Akademi Fantasia 2013 (AF 2013)


Senarai lengkap peserta Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) | Dua peserta terakhir iaitu Mohd Faizul Sani, 28, daripada Sabah dan Nadia Amira Othman, 20 (Johor) layak dengan undian melalui aplikasi Samsung Galaxy Entri melengkapkan dua belas peserta yang terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF 2013). Kedua belas pelajar yang terpilih diperkenalkan melalui Konsert Prelude AF 2013 yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) daripada Padang MPK 4, di sini, Sabtu. Sepuluh peserta terawal diumum pada Konsert Top 24 pada Jumaat lalu terdiri daripada empat peserta perempuan iaitu Nur Nabila Razali (Nabila), 21, dari Kuala Lumpur, Nur Aisyah Aziz (Aisyah), 19, dari Singapura, Siti Ruhailah Hussein (Indah), 23, dari Johor dan Rasmawatie Mohd Thamrin (Nona), 18, dari Sabah.

Manakala empat peserta lelaki iaitu Chin Teik Meng (Darren), 21, dari Pulau Pinang, Muhammad Ikhtiman Che Ismail (Iman), 23, dari Kedah, Kamsani Jumahat (Sani), 23, dari Singapura dan Abdul Suhadah Unding (Suhada), 21, dari Sabah. Sementara itu, peserta duo perempuan iaitu Irsa Sahabuddin, 26, dan Irmiza Sahabuddin, 23, (Irmisa) (Sabah) dan duo lelaki iaitu Mohd Azhar Osman, 25, dan Hal Husaini Razmi, 25, (Azhael) dari Kuala Lumpur. Pada malam konsert tersebut turut memperkenalkan pengacara yang mengendalikan AF 2013 iaitu pelawak Zizan Razak.

Manakala tiga pengkritik tetap terdiri daripada komposer Roslan Aziz, Pelakon Sharifah Amani dan Penyanyi dan komposer Edry KRU. Konsert yang berlangsung selama dua jam ini turut dihadiri tenaga pengajar AF 2013 seperti Fizz Fairuz, Shafi Sharif, Alam Wakaka dan Suhaili. AF 2013 turut menampilkan tiga tenaga pengajar utama yang dikenali sebagai Inspirer iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Melly Goeslow dan Faizal Tahir. Konsert pertama akan disiarkan secara langsung pada 14 September depan pada pukul 9 malam. -Mstar




.

Artis, yang juga guru vokal dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara kerana rogol anak tiri


Artis, yang juga guru vokal dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara kerana rogol anak tiri | Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap seorang anggota kumpulan hip-hip popular tahun 2000 selepas didapati bersalah merogol anak tirinya. Guru vokal berusia 38 tahun yang bekerja dengan beberapa badan kerajaan itu tenang apabila mahkamah membuat keputusan berkenaan tetapi kelihatan menitiskan air mata sewaktu mahkamah berehat seketika sebelum menjatuhkan hukuman. Tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang kini berusia 15 tahun di bilik tidur gadis itu di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, Gombak dekat sini, pada pukul 9 pagi, 2 Februari 2012. Adalah difahamkan bahawa ibu mangsa dan tertuduh telah lama bercerai. Hakim Nor Hazani Hamzah berkata, keterangan yang diberikan mangsa adalah berwibawa selain pengesahan doktor terdapat koyakkan pada kemaluan mangsa.

"Selepas kejadian itu, mangsa menceritakan peristiwa berkenaan kepada dua saksi (kedua-dua mereka adalah guru sekolah mangsa). Keterangan kedua-dua saksi bebas itu adalah berwibawa,” katanya. Nor Hazani menambah, pihak pembelaan pula gagal menimbulkan keraguan munasabah dan akhirnya ‘menyokong’ pihak pendakwaan. Mahkamah juga turut mendengar kenyataan mangsa terhadap kesan yang dialaminya sebelum menjatuhkan hukuman. "Saya rasa tidak selamat dan jijik pada diri sendiri. Saya rasa saya telah hilang perasaan untuk hidup sehingga mendorong saya beberapa kali untuk membunuh diri.

"Saya tidak tahu apa akan jadi dengan masa depan saya kerana ia kelihatan suram. Saya juga takut untuk kembali ke sekolah, takut bahawa episod gelap ini berulang," kata gadis itu sambil menangis ketika memberi kenyataan. Peguam bela tertuduh iaitu Azmi Talib memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menanti rayuan di Mahkamah Tinggi. Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fadzlin Abd Zawawi bagaimanapun membantah permohonan itu sambil berhujah bahawa tiada keistimewaan tertuduh untuk dibiarkan bebas.

Nor Hazani bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin dan menaikkan jumlah wang jaminan daripada RM15,000 kepada RM80,000. Bagaimanapun tertuduh gagal membayar wang jaminan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Penjara Kajang. Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!