Friday, September 13, 2013

Pemandangan menakjubkan oleh jutaan pepatung disepanjang Sungai Danube


Pemandangan menakjubkan oleh jutaan pepatung disepanjang Sungai Danube | Berjuta-juta ekor pepatung jenis Mayfly berterbangan di sepanjang Sungai Danube semalam, selepas serangga berkenaan menetas buat pertama kali di sini dalam tempoh 40 tahun. Fenomena tersebut menyukarkan orang ramai bergerak sama ada berjalan kaki atau menggunakan kenderaan, berikutan persekitaran yang terlalu padat dengan serangga itu. Malah, penglihatan pemandu dan penunggang basikal turut terganggu disebabkan kumpulan besar pepatung berkenaan menutupi cermin dan muka mereka. Spesies pepatung Mayfly merupakan serangga yang jarang berterbangan pada waktu malam.


Seperti tarikan pepatung di Sungai Tisza, fenomena di Sungai Danube semalam mungkin menjadi tarikan baharu pelancong untuk melihat serangga itu. Berpuluh-puluh orang memenuhi laluan pejalan kaki dan jambatan di kawasan terbabit untuk melihat fenomena menarik tersebut yang dikenali sebagai Dunavirag. Kemunculan serangga itu di Danube dipercayai akibat usaha pihak berkuasa membersihkan air sungai sejak beberapa tahun lalu dan pepatung Mayfly akhirnya menetas buat pertama kali dalam tempoh 40 tahun. Pepatung Mayfly yang berwarna putih dan berukuran kira-kira satu sentimeter panjang hanya mempunyai masa beberapa jam untuk mengawan sebaik-baik menetas sebelum ia mati. - AGENSI





.

6 Gambar pernikahan penyanyi, Black dan isteri, Naquira Yasira


6 Gambar pernikahan penyanyi, Black dan isteri, Naquira Yasira | Mengambil keberkatan sempena hari penuh barakah hari Jumaat, penyanyi Black Hanifah akhirnya sah bergelar suami kepada Naquira Yasira Mohamad Khairi atau dikenali dengan panggilan Chira Khairi, dengan sekali lafaz, sekitar jam 12.06 minit tengahari tadi. Majlis ijabkabul telah diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi program Wanita Hari ini, di TV3.


Pemilik nama sebenar, Hanifah Md Hanafiah, 26, telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Mohamad Khairi Abu Hassan dan disaksikan oleh Ustaz Mohammad Syukri Yaacob, Ketua Imam Masjid Saidina Umar Alkhatab, Bukit Damansara. Chira Khairi, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak RM12,000. Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Black menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya.


Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada suaminya. Penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini memberi 7 dulang hantaran kepada pengantin perempuan berupa set penjagaan diri Bvalgari, sebentuk cincin Habib Jewels, beg tangan jenama Channel, set alat solek Lunasol Kanebo, sepasang telekung, Ipad mini, kain pasang dan sepasang kasut jenama Charles & Keith. Sebagai balasan, Chira menerima 9 dulang hantaran daripada pengantin lelaki. Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan ADDesign.


Black segak berbaju Melayu dan Chira anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional. Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 200 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat dan para wakil media.


Black dan Chira yang telah mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu dan majlis diadakan secara rahsia.Perkenalan mereka bermula di Dataran Merdeka sekitar Oktober tahun lalu. Chira yang juga seorang ahli perniagaan merupakan anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan atau dikenali sebagai Abang K iaitu suami kepada aktres popular, Datin Paduka Umie Aida.


Majlis resepsi pasangan kedua mempelai ini akan berlangsung pada 14 September (esok), jam 8 malam bertemakan ala 'Vintage Inggeris', di lokasi yang sama. Manakala pada 15 September (Ahad) pula akan diadakan jamuan keramaian bertempat di Padang PPR Kerinchi, Pantai Dalam, bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.




.

Zoo Surabaya umpama zoo neraka yang seksa haiwan (5 Gambar)


Zoo Surabaya umpama zoo neraka yang seksa haiwan | ZOO sepatutnya menjadi 'syurga' bagi haiwan yang diancam kepupusan ekoran pemodenan dan pembangunan dunia dengan mendapat perlindungan serta diberi makan dan penjagaan secukupnya. Selain itu, zoo menjadi tarikan bagi pengunjung terutamanya yang sudah berkeluarga untuk meluangkan masa membawa anak-anak mengenali spesies-spesies unik dan sukar ditemui. Namun, lain pula Zoo Surabaya yang terletak di Jawa Timur apabila pendedahan mengejutkan media sejak beberapa tahun lalu mendapati kehidupan kebanyakan haiwan di pusat pemuliharaan dan pemeliharaan tersebut tidak ubah seperti tinggal di dalam 'neraka.' Mana tidaknya, kebanyakan haiwan di zoo terbesar di Indonesia itu mengalami kebuluran ekoran tidak diberi makan secukupnya kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan.


Malah, keadaan Zoo Surabaya juga sangat menyedihkan dan menjengkelkan mata pelawat yang mahu melihat aksi menarik haiwan seperti harimau, gajah, kuda, zirafah dan binatang lain yang ditempatkan di situ. Spesies harimau Malaya dan singa Afrika yang sepatutnya mencapai berat purata antara 100 kilogram (kg) hingga 120 kg bagi kategori dewasa, hanya mempunyai berat tidak sampai 50 kg akibat tidak diberi makan secukupnya. Keadaan fizikal dua haiwan tersebut sangat menyentuh hati kerana terlalu kurus dan tidak bermaya sehingga menampakkan bentuk tulang badan. Dalam kes lain yang lebih mengejutkan beberapa tahun lalu, penjaga zoo menemui sekurang-kurangnya 25 butir batu di dalam perut seekor buaya yang mati akibat kelaparan dan dipercayai memakan batu berkenaan.


Ada dakwaan mengatakan antara punca masalah kekurangan makanan disebabkan tindakan pekerja zoo membawa pulang atau menjual makanan haiwan di zoo itu. Krisis kewangan yang dihadapi pihak zoo didedahkan media sejak beberapa tahun lalu apabila sebanyak 250 binatang mati dalam tempoh setahun. Selain kekurangan makanan, pihak zoo juga didapati tidak menyediakan kemudahan sepatutnya seperti pusat veterinar dan tempat tinggal sesuai untuk haiwan di situ. Ekoran itu, banyak kes haiwan mati tidak dirawat dilaporkan termasuk seekor gajah betina yang mati pada Julai lalu akibat kecederaan di lutut.


Dianggarkan 25 haiwan mati setiap bulan, kebanyakannya akibat masalah paru-paru, dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit dan kekurangan zat makanan, selain masalah persekitaran kotor, kekurangan makanan berkhasiat dan zoo yang sesak. Kisah penderitaan haiwan di Zoo Surabaya mendapat kumpulan aktivis pencinta haiwan yang menyuarakan keprihatinan mereka dengan melancarkan kempen bagi menyelamatkan semua haiwan di zoo berkenaan. Mereka melancarkan petisyen menerusi laman web http://preciousjules1985.wordpress.com/tag/surabaya-zoo/ bagi mendesak kerajaan Indonesia memaksa pihak berkuasa mengambil langkah menutup zoo tersebut dan memindahkan haiwan ke pusat penjagaan lain yang lebih baik.







.

Kenali lelaki ini yang memiliki koleksi lebih 6000 patung barbie


Kenali lelaki ini yang memiliki koleksi lebih 6000 patung barbie | SIAPA sangka di sebalik rekaan rumah yang moden dengan hiasan yang sederhana, lantai ruang tamu rumah tersebut berwarna merah jambu terang dan tersusun rapi lebih 6,000 koleksi patung Barbie pada rak di dinding. Koleksi patung Barbie dan lebih 3,000 patung lain mendominasi tiga bahagian dinding ruang tersebut serta bilik tidur dan ruang kerjanya. Menakjubkan, ia bukanlah koleksi seorang wanita, tetapi lelaki yang berusia 33 tahun dari Singapura yang langsung tidak menunjukkan ciri-ciri lelaki lembut. Tegas Jian Yang, dia adalah lelaki normal. Cuma hobinya sejak kecil itu memang lain dari yang lain dan akuinya ia sering membuatkan bekas teman wanitanya tidak yakin dengan diri sendiri.


"Bekas-bekas teman wanita saya sering berasa kurang berkeyakinan dengan koleksi saya kerana ia umpama persaingan untuk mereka," ujarnya yang menghabiskan S$500,000 (RM1.2 juta) sejak 20 tahun untuk koleksinya. Ceritanya, minatnya terhadap patung bermula ketika dia berusia 13 tahun selepas dia membeli patung Barbie model Great Shape, patung Barbie memakai baju senaman berwarna firus dengan pemanas kaki yang berjalur-jalur. Ketika itu, dia sering menonton iklan patung Barbie di televisyen dan menyukainya dan membelinya apabila mula mendapat elaun daripada ibu bapa. Selain patung Barbie, Jian Yang turut mengumpul patung Bratz Girls, Monster High and Jem dan Holograms Lines. Koleksi paling tua miliknya merupakan patung Barbie tahun 1960-an iaitu patung jururawat yang memakai cermin mata.


Dia turut menggemari patung Barbie edisi terhad yang menggayakan pakaian kebangsaan serta orang-orang ternama seperti Grace Kelly, Barbra Streisand, Carol Burnett dan Elizabeth Taylor. Di dalam rak ruang tamunya, Osama Laden sedang berkongsi minuman dengan Saddam Hussein, sambil dilihat ahli sihir jahat daripada fiksyen Sleeping Beauty, Jackie Onassis dan Puteri Diana. Di dalam rak satu lagi, terdapat patung Elvis Presley, Sean Connery sebagai James Bond dan karakter dari filem Harry Potter serta Star Trek tersusun rapi. Hobi uniknya itu disokong rakan-rakan dan keluarga yang turut sering menghadiahkan patung kepadanya.




.

Pakaian majlis pernikahan pelakon kontroversi ini didedahkan?


Pakaian majlis pernikahan pelakon kontroversi ini didedahkan? | Diva seksi lagi kontroversi, Julia Perez aka Jupe kini sedang rancak membuat persiapan majlis pernikahannya bersama sang kekasih, pemain bola sepak berasala dari Argentina, Gaston Castano. Bintang filem 'Gending Sriwijaya' ini khabarnya sudah mula melakukan fitting baju pengantin akan dipakai pada hari istimewanya itu yang bakal berlangsung bulan ini. Jupe meminta perekanya merekakan gaun pengantin dengan potongan yang seksi di bahagian peha.

"Gaston mahu saya kelihatan satu-satunya wanita paling seksi. Jadi saya ingin nampak seksi begini (dedah peha)," ujarnya. Sementelah Jupe punya alasan tersendiri mengapa dirinya sengaja ingin memakai gaun pengantin seperti itu. Katanya, gaun tersebut akan dipakai semasa majlis resepsi nanti. "Kami nikah di taman dan makan di yard. Saya mahu rekaan gaun seperti itu untuk memudahkan saya bergerak ke mana-mana", jelasnya seperti yang dilaporkan detikhot.com




.

Lelaki ini nekad membakar Al-Quran sempena 11 september


Lelaki ini nekad membakar Al-Quran sempena 11 september | Seorang paderi yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Terry Jones (gambar) semalam ditahan sebelum dia sempat membakar hampir 3,000 naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 11 September 2001, lapor media Amerika Syarikat (AS). Akhbar Orlando Sentinel melaporkan, Jones, 61, ditahan di bandar Mulberry, berdekatan Tampa dan menghadapi dakwaan mengangkut bahan api secara haram dan membawa senjata api secara terbuka. Orlando Sentinel melaporkan, Jones ditahan bersama seorang lagi paderi, Marvin Sapp beberapa minit sebelum mereka dijadualkan membakar naskhah kitab suci tersebut.

Menurut polis, ketika ditahan, Jones sedang menaiki trak pikap yang menunda sebuah pemanggang besar berisi sejumlah naskhah al-Quran terendam dalam minyak tanah. Akhbar itu melaporkan, beberapa botol minyak tanah turut ditemui dalam trak tersebut. Jones merancang untuk membakar al-Quran secara terbuka ketika ketegangan tinggi di Asia Barat dan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Syria oleh kerajaan pimpinan Presiden AS, Barack Obama. Menurut laman web Jones, dia merancang membakar 2,998 naskhah al-Quran di Tampa Bay semalam, bagi memperingati mangsa yang terbunuh dalam serangan 11 September tersebut. - AGENSI





.

Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dan selamat


Pasangan kembar ini berjaya dipisahkan dan selamat | Sepasang kembar siam dari Nigeria, berjaya dipisahkan selepas menjalani pembedahan selama 18 jam oleh sepasukan 40 doktor pakar di sini, umum pakar bedah pediatrik, Prashant Jain, kelmarin. Menurut Jain, kembar terbabit yang berusia setahun, Hussaina dan Hassana melekat di bahagian belakang badan dan ia merupakan kes yang jarang-jarang berlaku. Jain berkata, hanya 15 peratus daripada kesemua kembar siam dilahirkan dengan keadaan sedemikian yang dikenali sebagai pygopagus. Katanya, pembedahan yang dilaksanakan pada bulan lalu itu membabitkan tiga peringkat iaitu persediaan, pemisahan dan pembinaan semula organ yang dikongsi termasuk tulang belakang, usus dan alat kelamin.


"Kebiasaannya kembar siam bercantum di bahagian depan badan atau kepala dan kes ini merupakan satu cabaran besar untuk kami memisahkan mereka. "Kami melakukan percubaan menggunakan patung, tiub, wayar, jarum suntikan dan ubat yang ditandakan dengan warna biru serta merah bagi setiap kanak-kanak terbabit untuk mengelakkan berlakunya kesilapan," katanya. Semasa sidang akhbar diadakan, kembar berkenaan, Hussaina dan Hassana kelihatan sihat dan gembira sambil ditemani ibu mereka, Malama Badariyya Badaru. Malama yang berasal dari Kano, barat laut Nigeria berkata, dia berasa sangat gembira apabila melihat kembarnya berjaya dipisahkan dan boleh memegang mereka secara berasingan. "Doktor di negara kami memaklumkan seorang daripada anak kami tidak akan terselamat jika melakukan pembedahan di sana. "Seorang dermawan yang enggan dikenali membantu kami dan menghantar anak saya ke India yang mempunyai kemudahan baik serta kos lebih rendah," katanya. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!