Saturday, October 12, 2013

17 Gambar perkahwinan pemain badminton bergu negara 'Khoo Kien Kiat' dan Audrey Tan


17 Gambar perkahwinan pemain badminton bergu negara 'Khoo Kien Kiat' dan Audrey Tan | Pemain badminton bergu negara, Khoo Kien Kiat (berpasangan dengan Tan Boon Heong) hari ini melangsungkan perkahwinannya dengan Audrey Tan yang merupakan pengurus peribadinya setelah bercinta selama tiga tahun.


"Beliau merupakan pembantu peribadi saya. Kami telah berkawan sejak 2010..." kata pemain berusia 28 tahun itu.



Kien Keat hired Audrey as his personal assistant in 2010 for uploading pictures and other information on the website. Because of his busy schedule of badminton training and participating in tournaments, he could not spare time to stay in touch online with his fans. So, Audrey performed this task during this time. Interesting part of this work relationship is, Kien Keat gradually fell in love with Audrey. Both of them broke up once but now they are again back in the relationship. They have resolved the issues and tied in a husband-wife relationship.












P/S - Sumber Gambar Anovia Bridal





.

Kenali Takuhiro Nakai, digelar Messi Jepun yang bakal bermain untuk Real Madrid


Kenali Takuhiro Nakai, digelar Messi Jepun yang bakal bermain untuk Real Madrid | Seorang budak lelaki yang berbakat besar dalam bola sepak dan digelar 'Messi Jepun' kini bakal mengasah kemahirannya di akademi bola sepak remaja Real Madrid. Takuhiro Nakai, yang baru berusia sembilan tahun, menerima tawaran untuk bersama akademi milik kelab gergasi Sepanyol itu, demikian lapor penyokongnya hari ini.

“Dia amat teruja sekali untuk ke Madrid," kata Naosuke Takahashi, kakitangan E+U, iaitu sebuah firma yang membantu program pembangunan bola sepak remaja Real Madrid di Jepun. “Apa yang istimewa Takuhiro ialah kemahirannya mengawal dan mengelecek bola. Seorang budak usia begini dengan skil dan kawalan bola yang hebat, membuatkannya amat istimewa sekali," kata Takahashi. - AFP



.

Kesilapan yang tak boleh diterima.. Doktor salah potong kaki pesakit


Kesilapan yang tak boleh diterima.. Doktor salah potong kaki pesakit | Seorang pesakit yang menderita kencing manis terpaksa menerima hakikat kehilangan dua belah kaki selepas berlaku kesilapan ketika pembedahan. Jurucakap Hospital Universiti Rio de Jeneiro Pedro Ernesty, Marilda Santos berkata, doktor sepatutnya memotong kaki kanan Antonio Cesar Victorio. Susulan daripada insiden itu, pihak hospital kini sedang menyiasat sama ada ia satu kesilapan perubatan atau sebaliknya, dipetik dari laporan AP.




.

Disamping kesempurnaan pelakon terkenal ini, paparazi membuktikan sebaliknya


Disamping kesempurnaan pelakon terkenal ini, paparazi membuktikan sebaliknya | PADA usia yang sudah menginjak 34 tahun, Katie Holmes masih menunjukkan persona yang luar biasa. Bagaimanapun sama dengan wanita lain, dia juga mengalami masalah tanda-tanda penuaan. Menurut laporan Dailymail, Katie yang muncul di New York pada Rabu lalu hadir dengan cukup bergaya namun di sebalik itu, rambutnya itu dilihat sudah beruban.

Bagaimanapun bekas isteri Tom Cruise yang penuh yakin dengan penampilannya itu bagaimanapun tidak menyedari foto rambutnya dirakam paparazi."Dia pasti tidak menyangka juru foto merakam rambutnya. Sayang sekali penampilan cantik Katie kurang sempurna gara-gara penggayaan rambut yang minima. Tambahan pula tiupan angin membuatkan rambutnya tidak teratur," kata sumber. Mungkin sedar dengan keadaan rambutnya yang sudah beruban, Katie masih yakin tampil seksi dengan seluar pendek hitam dipadankan dengan kemeja putih serta kot. -DM




.

Inilah hubungan sebenar Aeril Zafrel & Wawa Zainal



Inilah hubungan sebenar Aeril Zafrel & Wawa Zainal | Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media. “Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat.

Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama.Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi.

Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap. Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar. Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri. -Mstar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!