Wednesday, November 13, 2013

KERANA MAHALNYA SYURGA - IMI HAFIMI




KERANA MAHALNYA SYURGA - IMI HAFIMI | Betapa dalamnya dendam seorang lelaki, kepada seorang wanita, Umi Zafwa yang bertanggungjawab membawa abangnya memeluk agama islam, berpaling dari agama yang mereka sekeluarga anuti, sehingga menyebabkan dia kehilangan keluarga. Musnah sekelip mata. Dengan bijak, Alex menyusun strategi bagi memastikan dendamnya terlunas. Umi Zafwa diculik dan dirogol. Selepas itu ibu tiri Umi Zafwa disogok sejumlah wang agar menghalau Umi Zafwa keluar dari rumah kerana telah memalukan nama baik keluarga.

Lebih sadis, Alex terpaksa bertanggungjawab diatas perlakuannya dengan memperisterikan Umi Zafwa. Dan sejak itu kehidupan Umi Zafwa umpama dalam neraka. Bayangkan, dia dilayan setaraf haiwan kesayangan Alex dan saban hari terpaksa melihat perlakuan sumbang Alex dan kekasihnya dibilik tidur. Tidak cukup dengan itu, kadang-kadang dia terpaksa berlapar, tidak diberi makan walaupun dia sedang hamil. Bukan tiada terbekas dihati Alex melihat kesengsaraan isterinya sendiri, namun dek dendam, hatinya tetap dikeraskan.


Sehinggalah suatu hari, kekasih Alex, Katherine ditemui mati, dan suspek utama adalah Alex sendiri. Tidak sampai hati, Umi Zafwa rela menjadi galang ganti, mengaku bersalah agar Alex dibebaskan, asalkan anak yang baru dilahirkan dijaga sebaiknya oleh Alex. Bertahun di penjara, kerinduan Umi Zafwa terhadap anaknya sudah tidak dapat dibendung lagi.

Siapakah yang membunuh Katherine? Apakah penghujung dendam Alex? Dan adakah Umi Zafwa akan bebas dari hukuman itu dan berjaya menemui anaknya? Bagaimana pula dengan hubungan suami isteri antara mereka?




Tajuk : Kerana Mahalnya Syurga
Penulis : Imi Hafimi
Halaman : 750 muka surat
Harga : RM28/RM31




.

Miley Cyrus bakal buat kejutan menjelang ulang tahunnya


Miley Cyrus bakal buat kejutan menjelang ulang tahunnya | BAKAL menginjak usia matang pada 23 November ini, bintang popular, Miley Cyrus, merancang untuk mengadakan majlis ulang tahunnya secara secara besar-besaran. Menurut Cyrus, 21, majlis itu bukan hanya majlis sambutan biasa kerana ia turut disertakan dengan beberapa kejutan. "Majlis hari jadi saya itu akan ada beberapa kejutan dan pengalaman baharu dalam hidup saya mengikut kematangan saya.

"Inilah usia yang saya tunggu selama ini. Saya tidak sabar untuk meraikan usia matang saya dan mengubah persepsi ramai pihak mengenai diri saya. "Usia ini menunjukkan saya bakal melalui satu lagi fasa dalam kehidupan saya seperti wanita lain. Ia sangat mengujakan dan banyak perkara menarik yang menunggu saya di hadapan!," kata bekas tunang Liam Hemsworth ini. -AP




.

Cerita terkini penyanyi Yazer (AF) dan kisah cintanya dengan Ekin (AF)



Cerita terkini penyanyi Yazer (AF) dan kisah cintanya dengan Ekin (AF) | Penyanyi Yazer mengakui terpaksa mengambil langkah untuk berjimat-cermat semata-mata untuk wang sebelum melangsungkan perkahwinan bersama kekasihnya, Ekin (AF3). Yazer berkata, kos hidup yang tinggi di Kuala Lumpur telah memaksanya untuk tidak terlalu boros tambahan pula undangan nyanyian untuknya tidak serancak seperti sebelum ini. "Saya berbelanja mengikut keperluan kerana sedar persembahan pentas bukannya selalu ada dan saya berjimat kerana ingin mengumpul wang untuk berkahwin. "Keadaan ekonomi saya yang tidak stabil turut menjadi punca mengapa saya dan Ekin masih belum mengambil keputusan untuk berkahwin," jelasnya.

Bagaimanapun kata Yazer percintaannya dengan Ekin yang telah melangkau lima tahun itu semakin utuh kerana mereka mengharungi susah senang bersama-sama."Boleh sahaja kalau saya nak berkahwin walaupun keadaan ekonomi diri yang tidak menentu tetapi perbuatan itu adalah tidak manis. "Saya ingin mengumpul wang terlebih dahulu kerana sedar tanggungjawab untuk bergelar suami bukan mudah dan perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dibuat main-main," katanya.

Tambah Yazer, Ekin sangat memahami situasinya dan turut bersetuju untuk menangguhkan perancangan berkahwin buat masa ini. Dalam perkembangan lain, Yazer berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan lagu terbaharunya bersama syarikat milik Datuk M.Nasir iaitu Luncai Emas. Jelas Yazer, lagu tersebut bakal berkonsepkan kemanusiaan dan berharap ia dapat diterima baik oleh pendengar. -Mstar





.

Perkara Pertama Yang Dibuat Oleh Fizo Selepas Jadi Suami Mawar..


Perkara Pertama Yang Dibuat Oleh Fizo Selepas Jadi Suami Mawar.. | Pelakon Fizo Omar berkata perkara pertama yang dia lakukan sebaik sahaja bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim, 24, ialah berbincang tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam melayari hidup sebagai suami-isteri. Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, berkata, dia yang juga suami kepada anak pengusaha tudung jenama Fareeda itu masih dalam proses mengenali dan mencari keserasian terhadap wanita tersebut kerana mereka berdua tidak pernah bercinta. "Perkara pertama ialah kami duduk berbincang tentang peranan masing-masing, Mawar tiada abang jadi saya sebagai suami dan abang buatnya perlu duduk berbincang dalam banyak hal sebelum sesuatu perkara itu dipersetujui.

 "Lagi pula masa ini adalah proses kami untuk mencari keserasian dan mengenali hati budi masing-masing,"ujarnya. Fizo dan Mawar selamat bernikah pada 10 November lalu di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights, Kajang kira-kira pukul 9.30 pagi. Tambah Fizo, perasaan yang dirasakannya selepas tiga hari menjadi suami ialah lebih tenang berbanding kehidupan bujang sebelum ini. "Kehidupan yang sangat berbeza yang mana saya rasa lebih tenang sekarang sebagai suami. Secara jujurnya saya bahagia dan teruja untuk melayari kehidupan mendatang sebagai sebuah keluarga," ujarnya.

Fizo berkata, mereka bakal berpindah ke rumah baharu yang terletak di Country Height, Kajang dan Fizo akan membawa bersama ibu dan adik perempuannya. "Rumah dah siap dan kami akan pindah dalam masa terdekat ke rumah baru. Buat masa sekarang kami masih tinggal secara bergilir-gilir di rumah ibu mertua masing-masing. "Ibu dan adik akan tinggal bersama saya kerana mereka adalah tanggungjawab saya sampai mati," katanya. Sementara itu, Fizo berkata dia dan isteri akan berbulan madu ke Eropah pada Disember ini selama tiga minggu. Mereka akan menjelajah ke beberapa buah negara di benua itu seperti London, Paris, Itali dan Belanda. -Mstar





.

Pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani selamat lahirkan anak lelaki



Pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani selamat lahirkan anak lelaki | TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara popular Yasmin Hani yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam. Berita gembira ini disampaikan Hani menerusi akaun Instagramnya lewat malam tadi;

"Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy." 

Untuk rekod, Hani dan suami, Shahrin Razali telah melangsungkan perkahwinan pada penghujung Oktober 2011. Semoga bayi comel ini akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. -SH




.

Permintaan murni dari seorang pembunuh kanak-kanak yang akan menjalani hukuman mati


Permintaan murni dari seorang pembunuh kanak-kanak yang akan menjalani hukuman mati | Seorang pembunuh kanak-kanak yang dijadual menjalani hukuman mati minggu ini memohon supaya organnya didermakan bagi membantu seramai mungkin orang lain. Peguam Lisa Lagos berkata, Ronald Phillips bersedia mendermakan anggota badannya kepada sesiapa saja jika ia tidak mampu membantu ibu dan saudara kandung perempuannya yang kebetulan uzur ketika ini. Kata Lisa, tawaran Phillips itu dibuat tanpa sebarang syarat. “Permohonan ini dibuat bukan helah untuk melengah-lengahkan pelaksanaan hukuman mati,” katanya.

Phillips, 40, dihukum mati atas kesalahan merogol dan membunuh anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun di Akron pada 1993, Dia dijadual menerima suntikan maut esok melalui cecair yang tidak pernah digunakan dalam mana-mana pelaksanaan hukuman di AS sebelum ini. Rayuan Phillips ditolak Gabenor Ohio, John Kasich, minggu lalu.

Ibu Phillips mengalami masalah sakit buah pinggang dan bergantung kepada mesin rawatan dialisis, manakala seorang daripada saudara kandung perempuannya menghidap sakit jantung. Pendakwa berkata Ohio tidak lagi menggunakan dua ubat yang merosakkan organ dalaman banduan apabila mereka menjalani hukuman mati. Pihak berkuasa bercadang menggunakan dua cecair lain untuk melaksanakan hukuman mati itu tetapi tidak diketahui bagaimana kesannya terhadap organ dalaman seseorang. - AP




.

Cara mengatasi masalah tidak ada teman lelaki


Cara mengatasi masalah tidak ada teman lelaki | Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan. Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka. Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari. Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.

Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan. Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan. Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan. Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja. “Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya. Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju. Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.- Agensi




 P/S - Gambar sekadar hiasan




.

Wanita berusia 25 tahun nekad bunuh diri setelah dicerai talak tiga



Wanita berusia 25 tahun nekad bunuh diri setelah dicerai talak tiga | Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus. Sumber memberitahu, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga. “Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan. Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta. “Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta. “Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital. Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api. “Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya. Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. -HM





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!