Tuesday, November 26, 2013

Mari cuba pelancongan angkasa lepas yang menawarkan pengalaman menarik


Mari cuba pelancongan angkasa lepas yang menawarkan pengalaman menarik | BIARPUN selepas empat tahun diperkenalkan tanpa membuat sebarang penerbangan rasmi seperti yang diharapkan, keinginan orang ramai untuk muncul sebagai antara yang terawal menaiki pesawat pelancongan angkasa lepas komersial pertama, SpaceShipTwo (SS2), nyata amat memberangsangkan. Hal ini kerana, sebanyak 650 tempahan telah diterima syarikat penerbangan Virgin Galactic setakat ini berbanding hanya kira-kira 300 orang pada 2009. Walaupun harga tiket untuk menaiki pesawat kembar tiga yang mempunyai saiz menyamai sebuah jet perniagaan itu meningkat kepada AS$250,000 (RM802,807) berbanding hanya AS$200,000 (RM642,246) sebelum ini, nyata keinginan orang ramai termasuk barisan selebriti terkenal untuk menaiki pesawat futuristik berkenaan tidak dapat disekat lagi.

 Penyanyi pop Hollywood, Rihanna dilapor membelanjakan sebanyak AS$750,000 (RM2.3 juta) untuk menyertai misi penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic itu yang dimiliki hartawan terkenal, Richard Branson. Antara selebriti dan tokoh terkenal yang bakal turut serta dalam penerbangan bersama SS2 yang mampu memuatkan enam penumpang adalah Stephen Hawking, Tom Hanks, Ashton Kutcher, Katy Perry, Brad Pitt dan Angelina Jolie. Harga tiket yang mahal bukanlah halangan bagi mereka yang ingin merasai pengalaman berada di paras melebihi ketinggian 100 kilometer atau dikenali sebagai garisan Karman iaitu sempadan antara ruang udara bumi dengan angkasa lepas. Apa yang penting ialah, kepuasan untuk menikmati pakej yang ditawarkan syarikat itu iaitu berada selama dua jam setengah termasuk lima minit pengalaman graviti kosong dan peluang melihat lengkungan planet Bumi melalui tingkap luas pesawat.

Selain itu, pengalaman untuk merasai saat SS2 dilancarkan daripada pesawat induk, WhiteKnightTwo dan berlepas pada kelajuan roket, pasti mendatangkan keterujaan kepada penumpangnya. Malah, penyanyi terkenal, Lady Gaga dikhabarkan juga bakal menyanyi di angkasa lepas pada 2015 dan artis itu kini sedang giat menjalani latihan vokal. Keterujaan orang ramai sama ada untuk menaiki atau melihat kejayaan SS2 dijangka bakal berakhir selepas Ketua Pegawai Eksekutif Virgin Galactic, George T. Whitesides membayangkan kesediaan syarikat itu untuk memulakan operasi pesawat tersebut secara komersial bermula tahun depan. Syarikat itu telah mengadakan beberapa siri ujian termasuk pada September lalu apabila SS2 berjaya melakukan ujian menggunakan 'kuasa roket' yang membantu pesawat mencecah ketinggian 21 kilometer pada kelajuan Mach 1.43 dalam tempoh 20 saat. Selain itu difahamkan, ujian yang akan dilaksanakan pada bulan depan bakal menjadi kayu ukur kepada kepada kemampuan SS2 untuk mula beroperasi pada tahun hadapan dari Gurun Mojave di California. -AP




.

Sama tapi tak serupa.. Stacy dan Miley Cyrus



Sama tapi tak serupa.. Stacy dan Miley Cyrus | Penyanyi Stacy menganggap imej baharunya dengan penampilan berambut pendek dan berwarna perang bukan menciplak imej artis popular antarabangsa, Miley Cyrus. Stacy atau nama sebenar Stracie Angie Anam, 23, berkata, fesyen rambut tersebut adalah merupakan trend semasa dan digayakan oleh kebanyakan wanita bukan oleh penyanyi lagu Wrecking Ball itu sahaja. "Saya tidak meniru Miley Cyrus, gaya ini adalah trend rambut semasa dan digayakan oleh semua wanita seluruh dunia. "Sebelum Miley, Rihanna juga pernah mengayakan fesyen rambut ini, cuma mungkin ketika ini Miley sedang popular dan orang banyak bercakap tentangnya," katanya.


 Tambahnya, fesyen rambut tersebut sangat sesuai dengan konsep lagu dan album baharunya yang bakal dikeluarkan awal tahun depan. Bagaimanapun, jelas Stacy, dia tidak menafikan ada segelintir peminat yang kurang gemar dan mengkritik fesyen rambut tersebut. "Ramai juga yang tidak suka tapi biasalah sesuatu perkara ada orang yang suka, ada yang tidak. "Pada saya gaya rambut ini sesuai dengan lagu-lagu rancak yang sering saya bawakan," katanya. -MD




.

Perkahwinan mahal Che Ta dan Zain dikatakan kerana berhutang dengan bank?



Perkahwinan mahal Che Ta dan Zain dikatakan kerana berhutang dengan bank? | Bersesuaian dengan jolokan Wedding of the Year, maka tidak hairanlah nilai majlis perkahwinan pasangan sensasi Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain dikhabarkan mencecah hingga jutaan ringgit. Malah pasangan ini megesahkan persiapan untuk majlis penuh makna mereka itu nanti mencecah kos RM200,000. Lantas terpacul lah persoalan dibenak ramai, banyak betul duit Che Ta dan Zain, ya?

Tak cukup dengan itu timbul dakwaan, demi mahukan sebuah perkahwinan yang mahal dan gah, bakal suami isteri ini kononnya sanggup berhutang dengan bank. "Buat pinjaman bank? Tak ada lah. Persiapan perkahwinan dari segi barang-barang hantaran cincin nikah dan kahwin, semua adalah duit kami sendiri", kata Che Tah sambil Zain, di sisinya. Laporan awal sebuah akhbar minggu lalu menyebut, anggaran tajaan untuk perkahwinan pasangan ini mencecah RM1.8 juta. Pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka semalam, diumumkan pasangan ini mendapat tajaan dari pelbagai pihak yang bernilai anggaran RM13 juta (setakat ini). "Alhamdulillah, kami tak pernah menyangka yang majlis kahwin kami sudi ditaja oleh banyak pihak. Kami tak pernah mengharapkan pun kami di taja. Tapi kami anggap ini rezeki kami berdua. Kami berterima kasih kepada semua pihak penaja", kata Che Ta lagi.


Berikut antara fakta menarik mengenai 'Wedding of the Year' Zain & Che Ta

 - Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000.

 - Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco.

- Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar peti 9 berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran misalnya, satu peti berisi baju lima persalinan. Tiga buah beg tangan. Serta 10 botol minyak wangi. Semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000

-Wang hantaran daripada Zain kepada Che Tah sebanyak RM23, 200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain.

 - Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Tah bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.

 - Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya nanti.

 - Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernilai RM55,000.

- Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang. Baju persandingan pula bernilai RM100,000.

 - Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.

 - Sementara artis-artis yang akan membuat persembahan di majli resepsi seperti Sabhi Sadhi yang akan mendendangkan lagu 'Cinta Sesungguhnya' (kata Che Ta, lagu tersebut adalah lagu tema perkahwinan mereka). Selain itu, Ziana Zain, Ayu (OIAM) dan Dafi. - mD




.

Bersara : “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad


Bersara : “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad | BEBERAPA bulan yang lalu namanya hangat diperkatakan di media-media massa dan sosial. Kelibat dan setiap butir bicara pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad menarik perhatian media ekoran kisah cintanya dengan penyanyi tersohor Shila Amzah yang putus di tengah jalan. Reda kisah cintanya dengan Shila, Sharnaaz kemudian dikaitkan pula bercinta dengan tunang orang, Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang. Tunangan Uqasha, Pekin Ibrahim pada awalnya berang kerana menyangka kekasih hatinya itu berlaku curang di belakangnya. Namun semua itu hanya salah faham dan hubungan mereka berdua kembali pulih selepas mengetahui Uqasha dan Sharnaaz rapat kerana mahu membuat kejutan di hari jadinya. Setelah melalui pelbagai liku yang sememangnya lumrah sebagai anak seni, pelakon Sharnaaz Ahmad bagaimanapun baru-baru ini mengumumkan untuk bersara daripada dunia hiburan tanah air.

Keputusan mengejut itu diambil oleh Sharnaaz ekoran terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya sepanjang menceburi industri itu. Dengan persaraan ini, Sharnaaz berharap agar hati ibu bapa dan adik beradiknya tidak lagi dilukai. Berikut kata-kata Sharnaaz yang dipetik daripada sebuah laman web popular:-

 "Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang. Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah… Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gembira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. ALLAH SWT Maha Kuasa." 


Drama “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” adalah drama terakhir lakonan Sharnaaz Ahmad. -SH





.

Berita Baik : Google Rakam Jalan Di Pulau Pinang Dengan Panorama 360 Darjah


Berita Baik : Google Rakam Jalan Di Pulau Pinang Dengan Panorama 360 Darjah | Jalan di Pulau Pinang tidak lama lagi akan didapati di Google Street View, satu ciri dalam Google Maps dan Google Earth yang memberikan pandangan panorama 360 darjah. Pemandu bagi kereta Google Street View adalah Cody Wong, 25, yang merupakan peniaga mi kari dari Alma, Bukit Mertajam. Wong, yang mempunyai Diploma Teknologi Maklumat, kerap membantu syarikat-syarikat kecil di bandar beliau dengan mewujudkan sistem komputer mereka secara bebas. "Seorang rakan di Facebook menghubungi saya beberapa bulan lalu dengan menawarkan kerja." Beliau menambah, ia merupakan satu kontrak selama dua bulan dan walaupun enggan mendedahkan berapa banyak beliau dibayar, beliau berpuas hati dengan pakej tersebut. "Ianya mengujakan apabila bekerja untuk Google dan saya masih di Bukit Mertajam," katanya tersenyum, sambil menambah bahawa setiap kali dia berhenti untuk berehat, orang ramai yang lalu lalang akan berebut-rebut untuk mengambil gambar-gambar Street View Car itu.

Wong berkata, tugasnya adalah hanya memandu, dengan sembilan kamera di atas bumbung kereta itu yang terus mengambil imej dengan definisi tinggi. "Salah satu kamera menghala ke atas untuk menangkap pandangan atas bagi bangunan tinggi. Apabila hard disk sudah penuh, saya akan mengubahnya. "Saya tidak tahu berapa banyak imej telah dirakam. Saya mula memandu kereta pada 1 November lalu dan saya telah mengisi hard disk dengan dua terabyte, dan hard disk kedua sudah hampir penuh, "katanya. Kenderaan utiliti sukan Chevrolet Captiva turut dipasang dengan tiga laser di atas kereta itu, yang akan memantulkan imej bangunan dan objek untuk menunjukkan jarak bagi pemaju Google Street View dan membantu mereka untuk membina model 3D. Wong mula memandu dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap Isnin hingga Jumaat. Pemuda yang berasal dari Bukit Mertajam itu telah pun melalui banyak tanah besar dan akan mula meliputi pulau pada hari ini.

Sebuah komputer dan sistem GPS di dalam kereta mempunyai perisian akan merakamkan gambar secara automatik apabila Wong memandu pada laluan baru, dan mengaburkan muka orang ditangkap pada kamera untuk melindungi privasi mereka. Apabila tidak ada jalan, Google akan menggunakan Street View Trike di kampung-kampung dan lorong-lorong kecil, Street View Snowmobile untuk kawasan berais, Street View Trekker - sistem yang sama dipakai seperti backpack - untuk kawasan pergunungan dan Street View Trolley untuk mengambil gambar di dalam bangunan seperti muzium, stadium dan kompleks membeli-belah. Menurut laman web Google, Street View Car kini juga berulang-alik ke Batu Pahat, Kuantan, Lembah Kinta di Perak, Klang, Petaling Jaya dan di seluruh Kuala Lumpur. -Mstar




.

MISS XL - RINA FARIZQ



 MISS XL - RINA FARIZQ | Cerita novel yang satu ini memang sama sekali berbeza dengan novel yang sedia ada. Watak utamanya memang comel saja, apatah lagi memiliki badan yang gemuk. Ya, Aime memang seorang yang gemuk, dan kerana fizikalnya seperti itulah dia sering di kutuk oleh rakan sekerja sebagai Miss XL di pejabat. Meskipun begitu, Aime memiliki personaliti yang menarik. Apabila Aime ditakdirkan menjadi setiausaha kepada anak majikannya, Azki yang kasar, dia sedar bahawa dia perlu sabar menghadapi sikap Azki yang sukar diramal.

Bagi Azki pula, kehadiran setiausaha yang bersaiz XL dan digelarnya anak gajah itu memang menyakitkan mata. Rimas! Namun, tanpa sedar kehadiran Aime malah melengkapkan kekosongan hatinya dan hadirlah cinta buat si gadis gemuk. Mereka memang berbeza, umpama langit dan bumi, namun sekali Azki jatuh cinta, dia akan kekal pada cinta itu. Namun siapa sangka, dalam diam adik tiri Azki, Emili juga berkongsi rasa yang sama.. Cinta... Keadaan menjadi sukar apabila mama Azki berniat menyatukan Azki dan Emili. Itu bermakna Aime terpaksa berundur.

Seronok membaca novel yang satu ini. Membaca perjalanan hidup Aime dan Azki, sejak mereka tak kenal antara satu sama lain, hubungan mereka sebagai bos dan setiausaha, sehinggalah ketika Azki terluka kehilangan cinta pertama.. Sekali sekala tergelak sendiri membaca telatah mereka berdua.. Tak dinafikan lagi, novel ini sesuai dijadikan koleksi. Memang berbaloi dibeli. Syabas penulis untuk novel ini :)


Tak kira fizikal, semua manusia wajar merasai bahagia..



Tajuk : Miss XL
Penulis : Rina Farizq
Halaman : 720 muka surat
Harga : RM26/RM29




P/S - Fully Recommended By Lulu Caldina




.

Ada blog yang menimbulkan rasa kurang senang pengguna internet


Ada blog yang menimbulkan rasa kurang senang pengguna internet | Sebuah blog didapati menyiarkan nama dan gambar anak gadis Malaysia yang kebanyakan daripada mereka adalah di bawah umur, dipercayai diambil tanpa persetujuan mereka. Sejak beberapa hari lepas, pengguna Facebook telah berkongsi pautan yang mempunyai keterangan "koleksi gadis muda Malaysia". Blog ini menghimpunkan gambar-gambar anak gadis yang kebanyakannya bawah umur, dengan tag seperti "perkara manis bagi anak muda", "remaja perempuan" dan "Chio bu" yang bermaksud gadis cantik (Hokkien) bersama-sama dengan kompilasi gambar yang agak lucah dan pautan ke laman web lain.Gambar-gambar terbabit dipercayai telah diambil dari sumber-sumber internet yang lain seperti blog, portal berita dan laman rangkaian sosial.

 Pengguna Facebook, terutama ibu bapa menggesa agar blog berkenaan ditutup. Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi memastikan anak-anak mereka tidak berkongsi terlalu banyak gambar mereka dalam talian. "Sukakan fotografi dan berkongsi dengan rakan-rakan adalah baik. Tetapi apabila seseorang meletakkannya dalam talian, ia boleh dilihat orang awam. "Kita tidak boleh menghentikannya daripada terus tersebar dan sudah tiada privasi lagi," katanya ketika dihubungi Ahad. "Kita juga tidak boleh mengharamkan anak-anak kita daripada menggunakan internet, tetapi saya fikir adalah lebih baik memberi nasihat dan bercakap dengan mereka," tambah beliau. -Mstar




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!