Monday, December 16, 2013

Misteri 50 pokok Krismas yang hilang


Misteri 50 pokok Krismas yang hilang | Polis menyiasat dakwaan kecurian lebih 50 pokok krismas jenis Fraser di sebuah premis jualan di Pensacola semalam. Agensi berita melaporkan, Suzanne Eaton menerima 300 pokok baru pada Isnin lalu di premisnya untuk dijual dengan harga sehingga AS$120 (RM387) menjelang sambutan Krismas bulan depan. Bagaimanapun, dua hari kemudian dia menyedari jumlah pokoknya semakin berkurangan. Eaton berkata, ia kejadian pertama sepanjang pengalaman 27 tahun menjual pokok krismas dan menganggarkan jumlah kerugian sehingga AS$5,000 (RM16,100). -AP




.

Ini kisah mereka.. Dari penyanyi latar menjadi superstar


Ini kisah mereka.. Dari penyanyi latar menjadi superstar | Kini mereka antara penghibur lagenda, dengan jualan album berjuta dan para peminat yang tak kurang ramainya. Tapi suatu masa dahulu, para penyanyi di bawah ini juga pernah bekerja sebagai penyanyi latar kepada penghibur lain dan tidak dipedulikan sesiapa.


Whitney Houston

Sebelum dia menjadi antara legenda hebat dalam bidang nyanyian, penyanyi bersuara lantang ini pernah menjadi penyanyi latar buat penyanyi-penyanyi legenda lain seperti Chaka Khan, Jermaine Jackson dan Lou Rawls ketika berusia 15 tahun. Tapi hakikatnya, kejayaan dalam bidang nyanyian bukanlah satu kejutan buat Houston, kerana dia dikelilingi ahli keluarga yang dikenali dan dihormati dalam bidang seni. Ibunya penyanyi gospel Cissy Houston, sepupunya pula pelakon dan penyanyi Dionne dan Dee Dee Warwick, manakala pelantun suara era 60-an, Darlene Love pula merupakan ibu angkatnya.


Phil Collins

Penyanyi rock British ini kini dikenali sebagai penyanyi dan komposer yang dihormati dengan vokal yang unik. Tapi suatu masa dahulu, dia hanyalah penyanyi latar buat kumpulan Genesis. Hanya selepas pengunduran Peter Gabriel dari Genesis pada tahun 1975, barulah Collins diberi kepercayaan untuk menggantikannya sebagai vokalis baru mereka.


Sheryl Crow

Guru sekolah rendah ini bermula sebagai penyanyi jingle untuk iklan McDonald's dan Toyota sebelum menjadi penyanyi latar kepada Michael Jackson. Dia juga sering mengikuti kumpulan muzik raja pop itu dalam konsert jelajahnya di era 80-an. Selain Jackson, Crow juga dipanggil untuk menjadi penyanyi latar kepada artis-artis terkemuka seperti Stevie Wonder, Belinda Carlisle, dan Don Henley.


Faith Hill

Dia pernah gagal dalam ujibakat menjadi penyanyi latar buat penyanyi rentak desa, Reba McEntire, tapi kemudiannya diambil bekerja di sebuah syarikat penerbitan muzik sebagai penyanyi demo dan latar buat penyanyi-penulis lirik Gary Burr yang sering membuat persembahan di Kafe Bluebird, Nashville. Melalui kerjaya latarnya dengan Burr, Hill ditemui oleh eksekutif Warner Bros. Records, Bob Saporiti sekaligus menandatangani kontrak pertamanya.


Elton John

Ketika dia masih lagi sedang cuba untuk menapak dalam industri muzik, Elton John bekerja sebagai penyanyi latar buat trio komedi, puisi dan muzik The Scaffold di Liverpool. Dia juga menjadi pemain piano buat beberapa artis di England termasuk The Hollies. Sebelum itu, Elton dan rakan-rakannya pernah menubuhkan kumpulan Bluesology dan menjadi kumpulan latar dalam konsert-konsert jelajah The Isley Brothers, Major Lance, Patti Labelle dan The Bluebells.


Gwen Stefani

Stefani bukanlah vokalis asal No Doubt tetapi bertindak sebagai penyanyi latar sahaja. Malah kumpulan tersebut asalnya mempunyai vokalis lelaki. Namun begitu, apabila vokalis tersebut, John Spence membunuh diri pada tahun 1987, Stefani, yang juga adik kepada Eric Stefani, seorang daripada pengasas No Doubt, ditawarkan menjadi anggota tetap dan vokalis utama mereka.


Mariah Carey

Penyanyi wanita yang kini antara penghibur paling laris sepanjang masa ini memulakan kerjayanya sebagai penyanyi latar kepada penyanyi pop dan salsa, Brenda Starr pada lewat era 80-an. Starr yang membantu Carey untuk menjadi penyanyi apabila dia memberikan pita demo Carey kepada eksekutif Columbia Records, Tommy Mottola yang kemudiannya menandatangani Carey dan mengahwininya!


Jimi Hendrix

Sebelum dia menjadi legenda rock 'n roll, Jimi Hendrix memulakan kerjayanya sebagai penyanyi latar kepada beberapa penyanyi dan kumpulan rock di Amerika Syarikat, termasuk AIley Brothers, dan juga Little Richard. Malah dia turut merakam "I Don't Know What You Got, But It Got Me" bersama Little Richard pada tahun 1964-65 sebelum akhirnya menubuhkan kumpulan Experience pada tahun 1966.


John Legend 

Penyanyi-komposer bersuara lunak ini bermula sebagai penyanyi latar untuk lagu hit 2003 Alicia Keys, 2003 song "You Don't Know My Name" dan remix lagu Britney Spears ciptaan Kanye West, "Me Against the Music". Legend juga merupakan pemain piano dalam lagu "Everything Is Everything" nyanyian Lauryn Hill.


Cher 

Sebelum dia menjadi sebahagian daripada duo Sonny & Cher pada tahun 1965, penyanyi bersuara besar ini merupakan penyanyi latar kepada beberapa kumpulan hebat, termasuk lagu "Be My Baby" dendangan Ronettes dan "You've Lost That Lovin' Feelin" nyanyian Righteous Brothers. Dia mula bergerak secara duet bersama Sonny Bono selepas mereka diperkenalkan oleh penerbit muzik, Phil Spector.





.

Penemuan hebat di loteng sebuah rumah


Penemuan hebat di loteng sebuah rumah | Satu koleksi 22 barangan kemas berlian abad ke-19 yang ditemukan di loteng sebuah rumah di utara Scotland, akan dilelong esok oleh firma lelongan Bonhams di sini dan dianggarkan bernilai sekitar 55,000 pound (RM 290,378). Pengarah Barangan Kemas Bonhams di Scotland, Clare Blatherwick berkata, barangan yang terdiri daripada cincin, gelang, kerongsang dan juga rantai itu dimiliki seorang wanita yang enggan identitinya didedahkan. Blatherwick berkata, individu berkenaan menjumpai barang bernilai itu di dalam sebuah kotak kulit tertutup selepas lebih 70 tahun tersimpan di bahagian loteng sebuah rumah di utara Scotland.

"Pemiliknya berkata, kunci kotak tersebut telah pun hilang dan dia menganggap kotak itu hanya sebuah kotak lama yang mengandungi beberapa dokumen keluarga dan sepatutnya dibuang. "Namun, dia yang berasa curiga dengan isi kandungan kotak itu mengambil keputusan membukanya sebelum menjumpai koleksi barangan kemas berlian,'' kata Blatherwick. Jelas Blatherwick lagi, berlian berkenaan merupakan barangan milik nenek dan dua orang ibu saudara wanita tersebut.

Antara barangan yang ditemukan adalah sepasang anting- anting berlian tujuh karat yang dianggarkan bernilai 15,000- 20,000 pound (RM 79,194 - RM105,592) dan kalung India abad ke-19 bersama-sama loket Vishnu yang dianggarkan bernilai 2000-3000 pound (RM10,559- RM15,838). "Cerita di sebalik penemuan ini seperti satu kisah dongeng yang unik dan setakat ini ramai pihak telah menyatakan minat untuk memiliknya,'' ujar Blatherwick lagi. - AGENSI




.

Gambar Julia Roberts hamil anak keempat?



Gambar Julia Roberts hamil anak keempat? | KEMUNCULAN Julia Roberts dengan perut yang sedikit membuncit di Los Angeles baru-baru ini menimbulkan spekulasi apabila ada pihak merasakan bintang berusia 46 tahun itu sedang hamil anak keempat. Biarpun tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari bintang Pretty Women ini, namun ramai merasakan Roberts sedang hamil pada trimester kedua berdasarkan size perutnya yang sudah kelihatan. Apatah lagi, tubuh Roberts juga dilihat lebih berisi daripada biasa. Sehingga kini, ramai yang menantikan kenyataan penuh dari aktres berbakat ini. -AP




.

Ronaldo kahwin lagi untuk kali keempat


Ronaldo kahwin lagi untuk kali keempat | Tidak sukar bagi Ronaldo untuk mencari pasangan lagi setelah bercerai dengan isteri Bia Antony 2012 yang lalu. Bahkan, walaupun dia bukan lagi menjadi bintang di padang bola, Ronaldo masih menjadi magnet bagi kaum hawa. Baru satu tahun setelah bercerai, Ronaldo yang memiliki empat anak dari tiga perkahwinannya itu telah bersedia untuk berkahwin lagi. Mantan bintang Barcelona dan Real Madrid ini telah melamar kekasihnya, Paula Morais.

Dia melakukannya di depan rakan-rakan karib Paula ketika merayakan ulang tahun Paula ke-28. Seorang rakan Paula kemudian mengabadikannya melalui instagram baru-baru ini. Paula agak terkejut dengan lamaran Ronaldo itu. Paula sempat terdiam dan kemudian barulah dia menerima lamaran Ronaldo yang diringi teriakkan rakan-rakanya "Terima, Terima, ayuh Terima."


Paula dikenali sebagai seorang DJ dari Brazil. Dia telah beberapa kali kelihatan bersama Ronaldo. Wanita cantik berambut perang ini juga sudah akrab dengan anak-anak Ronaldo dari tiga isteri sebelumnya. Tidak diketahui secara pasti bila masa yang tepat pasangan sejoli itu akan melangsungkan perkahwinanan. Bagi Ronaldo ini akan menjadi perkahwinan keempat kalinya setelah sebelumnya dia juga pernah mengahwini Milene Domingues (1999-2003), Daniella Cicarelli (2005), dan Bia Antony ( 2005-2012). -AP




.

Penumpang AirAsia dinasihat lebih awal ke LCCT


Penumpang AirAsia dinasihat lebih awal ke LCCT | AirAsia meminta penumpangnya yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang semasa cuti sekolah ini, bermula pertengahan November hingga awal Januari 2014, supaya berada di sana lebih awal bagi penerbangan mereka. Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia berkata jumlah penumpang didapati meningkat semasa tempoh berkenaan. "Lebih 60,000 penumpang tiba dan berlepas melalui LCCT setiap hari semasa tempoh ini.

 Penumpang dinasihat supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan masing-masing dan melalui proses perjalanan seawal mungkin bagi mengelak terlepas penerbangan disebabkan kesesakan," katanya. Menurut AirAsia, penumpangnya boleh mendaftar masuk melalui laman web dan perkhidmatan daftar masuk mudah alih. Perkhidmatan di laman web dan mudah alih itu boleh didapati 14 hari sebelum penerbangan mereka sehingga 60 minit sebelumnya," katanya.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!