Tuesday, December 17, 2013

Dibina serba mewah dan lengkap untuk belayar ke seluruh dunia


Dibina serba mewah dan lengkap untuk belayar ke seluruh dunia | Kebiasaannya, kapal persiaran mewah hanya belayar ke sesetengah destinasi yang ditetapkan untuk membawa pelancong. Namun, keadaan itu mungkin sedikit berlainan apabila para pelancong kini bakal belayar ke seluruh dunia dengan hanya menaiki satu kapal persiaran sahaja. Freedom Ship atau Kapal Kebebasan bakal merealisasikan impian para pelancong yang menginginkan percutian serba lengkap dan mewah. Selain menjadi satu-satunya kapal persiaran yang akan belayar ke serata dunia, Kapal Kebebasan juga mendapat jolokan ‘bandar terapung’ pertama di dunia. Hal ini kerana, kapal tersebut akan menempatkan pusat beli-belah, tempat meletak kereta, kasino, galeri kesenian, taman akuarium dan lapangan terbang persendirian.

Pengarah dan juga Naib Presiden syarikat perkapalan Freedom Ship International, Roger M Gooch berkata, kapal itu menjadi kapal persiaran terbesar yang akan dibina. “Syarikat kami menganggarkan dana sebanyak AS$6 bilion (RM19.2 bilion) diperlukan untuk membina kapal tersebut. “Sejak enam bulan lalu, syarikat semakin yakin dengan projek tersebut dan kami berharap dana sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion) dapat diperolehi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan," katanya. Gooch juga menyatakan bahawa Kapal Kebebasan itu akan menghabiskan kira-kira 70 peratus masanya belayar ke bandar-bandar utama di seluruh dunia dan selebihnya belayar di antara negara termasuk Afrika, Australia, Eropah, Asia Barat, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Kapal yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 penumpang dalam satu-satu masa itu akan dibina setinggi 25 tingkat dan dijana dengan tenaga solar serta kuasa ombak. - AGENSI




.

Iklan jual buah pinggang disiasat


Iklan jual buah pinggang disiasat | Polis Turki menyiasat iklan di internet yang dikirimkan oleh mereka yang didakwa terdesak untuk mendapatkan wang sehingga sanggup menawarkan untuk menjual buah pinggang mereka, kata laporan media semalam. Iklan terbabit dikaitkan dengan sebuah sindiket penyeludupan organ yang menjalankan pembedahan dan pemindahan buah pinggang secara haram di Turki selain Mesir, India, Iran dan juga Iraq yang dibongkar polis pada Oktober. Penjual terbabit dikatakan meminta sehingga 150,000 Turki lira (RM236,602) untuk sebelah buah pinggang, dan sering kali berbangga dengan keadaan kesihatan mereka yang baik.


Mahu langsai hutang 

“Saya mahu menjual buah pinggang dengan segera kerana menanggung hutang,” kata satu iklan di internet yang disiarkan oleh akhbar Haberturk. Malah penjual terbabit turut menyatakan : “Saya tidak pernah mengambil alkohol sepanjang hidup saya.” “Saya ingin menjual hati, buah pinggang dan tulang sum-sum,” kata seorang yang lain pula. “Saya bersenam dan berjalan setiap hari.” Ketua sindiket penyeludupan organ biasanya mengambil sehingga AS$35,000 (RM112,559) daripada penerima organ, lapor Haberturk. - AGENSI




.

Kantoi, ada nafsu dengan kambing betina


Kantoi, ada nafsu dengan kambing betina | Seekor kambing yang menjadi mangsa kes serangan seksual semalam hadir di mahkamah untuk berdepan penyerangnya seorang pemuda berusia 28 tahun. Katana Kitsao Gona dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyetubuhi kambing berkenaan walaupun sudah beristeri. Dalam keterangannya di depan hakim, Gona berkata isterinya adalah seorang wanita kurang upaya dan hanya bergantung kepada dirinya untuk mencari rezeki. Justeru, katanya, dia berharap hakim dapat meringankan hukuman atas kesalahannya mendera kambing.

Bagaimanapun majistret Muthoni Nzibe tidak mengendahkan rayuan Gona dan mengarahkan dia dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah mengadakan hubungan seks dengan kambing. Kambing yang menjadi mangsa Gona dibawa ke mahkamah sebagai bahan bukti oleh pegawai pendakwa kes. Menurut pegawai pendakwa Jimmy Kema, Gona melakukan kesalahan itu Isnin lalu. Saksi yang juga jiran Gona berkata dia memasuki kawasan semak untuk membuang air kecil dan terkejut apabila melihat sehelai baju disangkut pada pokok.

Apabila dia menyiasat lebih lanjut, saksi terkejut apabila ternampak Gona berbogel dan mengadakan hubungan seks dengan kambing yang ditambat itu. Dia memaklumkan pemilik kambing itu serta orang kampung sebelum Gona ditahan polis. Menurut laporan pejabat veterinar, kesan darah ditemui pada vulva kambing berkenaan yang turut membuktikan serangan seksual terjadi. - Agensi




.

Lindsay Lohan nekad failkan saman


Lindsay Lohan nekad failkan saman | Pelakon dan penyanyi kontroversi, Lidsay Lohan dilaporkan telah memfailkan saman terhadap pembuat permainan video Grand Theft Auto 5 (GTA 5), Rockstar Games selepas watak di dalam permainan video terkenal itu dikatakan mirip seperti dia. Menurut laporan yang dipetik Huffingtonpost, Lidsay dilaporkan sudah menghubungi peguamnya untuk memulakan tindakan perundangan terhadap syarikat permainan terkemuka dan menuntut sejumlah wang sebagai imbuhan kerana menggunakan imejnya di dalam permainan itu. Antara imej yang dipertikai selebriti berusia 27 tahun itu ialah gambar penghias kulit yang mana turut dikaikan aktres Kate Uptown dan Shelby Welinder.

Selain itu, persamaan lain yang mirip di dalam permainan video itu ialah gadis yang menyerupai wajah Lidsay (berambut Blonde) memohon bantuan untuk melepaskan diri daripada paparazzi di samping sering berada di Hotel Chateu Marmont barat Hollywood di mana lokasi Lindsay bersuka-ria dan berfoya-foya.

Sebelum ini penyanyi kontroversi itu pernah ditahan kerana memandu mabuk dan kalah dalam kes samannya fitnahnya terhadap penyanyi Rapper Pitt Bull berhubung penggunaan namanya dalam lagu "Give Me Everything". Permainan GTA 5 itu sudah pun berjaya mencatat jualan memberangsangkan dalam tempoh tiga hari pertama iaitu sebanyak AS$1 Billion (RM3.22 billion) yang mana sekaligus merupakan produk permainan paling laris setakat ini dan itu mungkin menjadi alasan untuk Lindsay menyaman syarikat ini. -AP



.

Sekurangnya 3 stadium Piala Dunia Brazil gagal siap ikut jadual - FIFA


Sekurangnya 3 stadium Piala Dunia Brazil gagal siap ikut jadual - FIFA | Sekurang-kurangnya tiga stadium untuk Piala Dunia 2014 di Brazil gagal siap mengikut jadual yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Disember ini. FIFA berkata, stadium berkenaan ialah di Sao Paulo, Curitiba dan Cuiaba gagal siap mengikut jadual asal. Pengumuman itu susulan Jawatankuasa Penganjuran Piala Dunia FIFA menerima makluman terkini mengenai enam bandar raya di Brazil yang menjadi tuan rumah untuk kejohanan tahun depan itu.

“Dua daripada stadium berkenaan akan diserahkan pada Februari," kata Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke. “Curitiba adalah stadium yang mengalami paling banyak masalah. Yang jelas Curitiba tidak dapat diserahkan sebelum hujung Februari depan," katanya. Stadium di Cuiaba juga dijangka siap pada Februari, empat bulan sebelum bermulanya kejohanan itu pada 12 Jun. - AP



.

Kaji kewujudan kedai, restoran 24 jam kerana bawa kesan serius


Kaji kewujudan kedai, restoran 24 jam kerana bawa kesan serius | Kerajaan disaran supaya mengkaji semula kewujudan kedai dan restoran 24 jam dalam usaha menangani masalah obesiti dan membendung peningkatan kes jenayah di negara ini. Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Sulaiman Abdul Manan, berkata, kajian itu perlu meliputi aspek sosial masyarakat, keselamatan dan kesihatan. "Perkara ini kita kena adakan satu kajian. Kenapa harus kita mengadakan kedai 24 jam ini? Kalau kita lihat di luar negara tak ada pun kedai makan 24 jam, yang ada pun mungkin 7Eleven. Jadi kerajaan kena teliti semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Program Jelajah Media Pulau Pinang: Pencegahan Jenayah', baru-baru ini.

Sulaiman berkata kewujudan kedai dan restoran 24 jam itu bukan sahaja mendorong masyarakat kepada amalan gaya hidup yang tidak sihat, malah ia juga mendedahkan mereka kepada ancaman jenayah. "Ibu bapa juga boleh mengawal pergerakan anak-anak mereka terutama pada waktu malam. Lambakan kedai-kedai 24 jam boleh mendorong generasi muda untuk melepak sekaligus terdedah dengan gejala negatif," katanya. Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Sulaiman menasihatkan media supaya tidak memperbesar dan menokok tambah sesuatu isu, yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada negara. Katanya laporan sebegitu boleh memberikan imej buruk Malaysia kepada negara luar sekaligus menyekat kedatangan pelancong ke Malaysia. Program Jelajah Media anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat mengenai isu-isu nasional yang memberi impak kepada negara. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!