Monday, December 23, 2013

Penemuan menggemparkan dalam kubur lama


Penemuan menggemparkan dalam kubur lama | Sebuah kubur lama dipercayai berusia 900 tahun yang dipenuhi dengan tulisan pelik, ditemukan di Sudan. Sebanyak tujuh mumia turut dijumpai di dalam kubur lama itu, yang digali di bawah sebuah gereja di bandar lama Dongola, iaitu ibu negara sebuah negara purba di Lembah Nil. Satu daripada mumia itu dipercayai merupakan pemimpin agama paling berpengaruh dalam kerajaan purba Makuria, iaitu Ketua Biskop Georgios. Tulisan di dinding kubur yang ditulis dengan dakwat hitam dikenal pasti sebagai bahasa Mesir dan Qibti Sahidic.


Penyelidik dari Universiti Warsaw, Adam Lajtar mempercayai, tulisan purba itu berperanan melindungi mumia-mumia tersebut daripada kuasa jahat. "Tulisan pada satu batu nisan yang ditemukan berdekatan kubur tersebut menyatakan Georgios meninggal dunia pada 1,113 selepas Masihi ketika berumur 82 tahun. "'Penyelidik percaya Georgios merupakan antara mumia tersebut,'' katanya dalam jurnal Polish Archaeology in the Mediterranean. Mumia-mumia tersebut ditemukan berpakaian biasa diperbuat daripada linen dan kubur itu ditutup selepas pengebumian terakhir dilakukan. - AGENSI




.

Perkahwinan luar biasa namun punya niat murni


Perkahwinan luar biasa namun punya niat murni | Seorang pengantin perempuan dan pasangannya semalam bertukar menjadi hijau sebagai menepati perkahwinan dalam kisah pari-pari berdasarkan filem Shrek. Amanda, 44, and Nathan Gibbs, 39, dari Kingswinford, Midlands Barat merancang acara perkahwinan luar biasa itu selepas lapan tahun berpacaran. Selepas kehilangan beberapa rakan akibat penyakit kanser, pasangan itu memutuskan untuk mengenakan pakaian perkahwinan ala kisah pari-pari sambil mengutip derma untuk tujuan kebajikan pada hari bahagia mereka.


Pasangan itu berkahwin di Dewan Utama dekat Dudley dan tetamu yang hadir juga perlu memakai tema pakaian berdasarkan watak dalam filem pari-pari seperti Gingerbread Man, Mickey Mouse dan Jack Sparrow daripada Pirates Of The Caribbean. Di sebalik hadiah perkahwinan, pasangan itu yang menguruskan perniagaan dobi meminta tetamu yang hadir agar memberi sumbangan kepada Penyelidikan Kanser. Gibbs berkata, sejak 15 bulan lalu mereka sudah kehilangan tujuh pelanggan yang meninggal akibat kanser. -AP




.

Suami bertindak ganas kerana isteri minta cerai


Suami bertindak ganas kerana isteri minta cerai | Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dengan tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dengan lelaki lain. Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai. Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yang hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu. Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis. Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya. Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.

Keadaan itu menyebabkan dia akur dengan kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya. Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dengan teman lelaki barunya. Long yang mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dengan tangan. Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.- Agensi




.

Hubungan terkini pelakon Johan As'ari dan Shila Amzah



Hubungan terkini pelakon Johan As'ari dan Shila Amzah | Pelakon Johan As’ari berkata dia tidak membenci Shila Amzah dan pernah menelefonnya untuk bertanya khabar tetapi wanita itu dipercayai telah menukar nombor telefon. Johan, 27, berkata, tiada sebab untuk dia membenci Shila kerana keluarga mereka sememangnya saling kenal mengenali di antara satu sama lain. “Saya akui sayangkan Shila. Saya sayangkan dia sebagai seorang sahabat. Apabila saya hubungi dia untuk tanya khabar, rupa-rupanya dia sudah tukar nombor telefon. “Saya tahu dia mungkin terguris hati dengan apa yang telah berlaku,” katanya. Johan sebelum ini pernah dikaitkan dengan Shila Amzah tetapi tidak lama kemudian dia membuat pengakuan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Lana Nordin.Sikap Johan itu dipercayai membuatkan Shila kecewa.

 Dalam pada itu Johan mengakui masih sayangkan Shila walaupun wanita itu tidak mahu lagi dikaitkan dengannya. Bagaimanapun kata Johan, perasaan itu tidak lebih daripada seorang sahabat selain dia menganggap Shila sebagai seorang rakan yang sentiasa mengambil berat. "Shila adalah seorang wanita yang baik dan merendah diri walaupun telah berjaya di peringkat antarabangsa dan saya sentiasa mendoakan kejayaannya. "Saya masih menyayanginya sebagai seorang sahabat walaupun dia tidak lagi menganggap saya sebagai kawan seperti sebelum ini. "Saya harap semua salah faham yang berlaku tidak berpanjangan," katanya. Sementara itu, Johan berkata, dia tidak akan mengubah sikapnya yang sentiasa jujur dalam berbicara walaupun ada yang mengatakan dia terlalu ‘lurus’ dalam berkongsi sesuatu rahsia.

"Saya tidak mahu menipu kerana itu akan lebih menjerat saya ke dalam masalah yang lebih rumit. Mungkin ada kata saya lurus kerana terlalu jujur tetapi itu adalah pendirian saya," ujarnya. Dalam pada itu, Johan menjelaskan masih belum membawa Lana untuk berjumpa keluarganya kerana komitmen kerja. Kata Johan, hubungan mereka berjalan dengan baik selain masing-masing sedang cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna. "Sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang dan selebihnya saya serahkan perkara itu kepada jodoh," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Tokan arahan Ghaz Abu Bakar pada 26 Disember ini di samping Pekin Ibrahim, Sofi Jikan dan Liyana Jasmay.




P/S - Mungkin Shila Amzah buat macam tu kerana nak elakkan fitnah




.

Kemalangan ngeri : Lelaki rentung bersama kereta


Kemalangan ngeri : Lelaki rentung bersama kereta  | Seorang lelaki maut selepas rentung bersama kenderaan dipandunya selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Sungai Lalang, dekat sini, malam semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam sejurus kenderaan dipandu mangsa dari arah Bedong menghala pusat bandar ini, bertembung dengan treler sarat dengan muatan papan lapis, berhampiran sebuah stesen minyak di Sungai Lalang, di sini, sebelum kereta berkenaan terbakar. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang mengorbankan satu nyawa, bagaimanapun identiti mangsa ketika ini masih belum dikenal pasti.

Mengulas lanjut, katanya pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.45 malam, sebelum dua jentera dengan enam anggota dikejarkan ke lokasi untuk menjalankan kerja menyelamat. "Sebaik sampai sebuah kereta yang terbabit kemalangan sedang marak terbakar dengan pemandunya masih berada di tempat duduk pemandu. "Kerja pemadaman sepenuhnya berjaya dilakukan, namun mangsa disahkan maut akibat rentung dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, untuk bedah siasat," katanya. -BH




.

Pelajar bersalin dalam tandas kolej vokasional


Pelajar bersalin dalam tandas kolej vokasional | Seorang penuntut tahun pertama universiti mengejutkan penduduk Kunming apabila melahirkan anak dalam tandas asrama sebelum menghadiri kelas. Pelajar itu dilaporkan melahirkan anaknya dalam tandas kolej vokasional dihadirinya sekitar jam 6 pagi sebelum menghadiri kelas seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tangisan bayi itu didengar pelajar lain yang terus mendapatkan bantuan guru.

Tidak seorangpun rakannya menyedari dia hamil, malah mereka percaya apabila dia mendakwa saiz badannya disebabkan sudah gemuk. Pusat khas dibina di seluruh negara untuk mengekang masalah pembuangan bayi, namun masih ramai wanita memilih membuang anak dilahirkan luar nikah. - Agensi





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!