Tuesday, December 31, 2013

Inilah filem terlaris Indonesia dengan 1 juta penonton walaupun belum sebulan ditayangkan



Inilah filem terlaris Indonesia dengan 1 juta penonton walaupun belum sebulan ditayangkan | SETELAH hampir sebulan tayangan, filem Indonesia, 99 Cahaya di Langit Eropah, berjaya menembusi sejuta penonton. Secara tidak langsung, perjalanan Hanum dan Rangga dalam meniti jejak peninggalan Islam di Eropah, meninggalkan kenangan manis di senarai box office negara itu.

Menerusi laporan mengenai filem di Indonesia, naskhah terbitan, Maxima Pictures ini berjaya meraih 1,003,988 jumlah penonton sekali gus membawa filem ini sebagai yang paling laris di sepanjang tahun ini. Selain filem ini, dua filem berskala besar, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Cinta Brontosaurus, berjaya disenaraikan di tempat kedua dan ketiga.




.

Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel tutup sejak pukul 6 petang?


Perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel tutup sejak pukul 6 petang? | Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan membuat laporan polis berhubung penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu kononnya perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel akan ditutup pada pukul 6 petang ini bagi kerja-kerja penyenggaraan. Pengarah Kumpulan Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana, Masnizam Hisham berkata, SMS palsu tersebut telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab kepada pengguna pada pukul 3.37 petang tadi. "Kami amat memandang serius perkara ini dan akan membuat laporan polis. Perkhidmatan LRT, Monorel dan Bas RapidKL akan dilanjutkan hingga pukul 2 pagi esok," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - Utusan




.

Cara pelik untuk dapatkan anak lelaki dan jaminan wang dikembalikan jika tidak berjaya


Cara pelik untuk dapatkan anak lelaki dan jaminan wang dikembalikan jika tidak berjaya | Puluhan wanita membanjiri pekarangan rumah seorang petani hanya untuk menyentuh kuku seekor lembu berkaki lima. Mereka yang percaya dengan amalan karut itu mendakwa, pasangan suami isteri akan mendapat cahaya mata lelaki sekiranya berbuat demikian. Pemilik lembu berkenaan Raj Pratap mendakwa, kehadiran lembu ‘keramat’ itu telah mengubah nasib ramai pasangan yang menginginkan kehadiran anak lelaki dalam setiap keluarga.

“Seorang wanita yang sebelum ini mempunyai empat anak perempuan akhirnya melahirkan bayi kembar lelaki dengan hanya meminta restu dengan menyentuh kuku anak lembu yang kami gelar sebagai 'Raju'," katanya. Menurutnya, setiap wanita perlu membayar 500 rupee (RM27) untuk sekali sentuhan. “Kami sanggup memulangkan semula wang mereka jika mereka gagal mendapatkan bayi lelaki,” katanya. Beliau mendakwa, lebih 30 wanita mendapat cahaya mata lelaki selepas menyentuh lembu istimewa itu. - DM




.

Ayuh sambut tahun 2014 dengan aktiviti keagamaan


Ayuh sambut tahun 2014 dengan aktiviti keagamaan | Tokoh-tokoh agama Indonesia mengajak seluruh rakyat negara ini mengisi malam Tahun Baharu 2014 dengan aktiviti keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing, sekali gus menghindarkan diri daripada kegiatan hiburan yang tidak bermanfaat. Bagi Ketua Forum Ulama Umat Indonesia (FUUI), Athian Ali M Da'I, umat Islam negara ini seharusnya mengisi kedatangan Tahun Baharu 2014 dengan aktiviti agama bagi membolehkan mereka menilai semula kelemahan dan kekurangan diri. "Sudah tiba masanya kita meraikan kedatangan tahun baharu di masjid atau tempat umum yang jauh daripada huru-hara," katanya seperti dilaporkan akhbar Republika hari ini.

Menurutnya, sebilangan besar umat Islam sering tersalah langkah dalam menyambut ketibaan tahun baharu dengan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti berpesta dan mengambil minuman keras. Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kota Samarinda, Zaini Naim pula berkata, sambutan tahun baharu perlu dilakukan secara sederhana dan jika perlu boleh diadakan di tempat-tempat ibadah atau di rumah.

Setiausaha Eksekutif Persidangan Wali Gereja Indonesia, Romo Benny Susatyo berharap, anak-anak muda Indonesia tidak berpesta di malam tahun baharu, sebaliknya lebih prihatin dengan keadaan bangsa Indonesia. Menjelang Tahun Baru 2014 esok, pelbagai aktiviti keagamaan diadakan di Indonesia termasuk acara Zikir Nasional yang akan diadakan di Masjid Agung At-Tiin, Taman Mini Indonesia Indah di Jakarta Timur. Di Medan, Sumatera pula, majlis bacaan doa, zikir serta sumbangan kepada 1,000 anak yatim akan diadakan, manakala bacaan al-Quran secara oleh qari tempatan dan antarabangsa akan diadakan di Masjid Syuhada, Yogyakarta. - Utusan




.

Peliknya.. Dia ketagih seks dengan mayat


Peliknya.. Dia ketagih seks dengan mayat | Seorang pelajar Universiti Jilin yang hanya dikenali sebagai Lee, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah membunuh dan memperkosa mayat dua mangsanya. Lee, pelajar senior universiti berkenaan mengaku sudah sekian lama teringin mengadakan seks dengan mayat. Menurut sumber, beberapa bulan lalu, selepas gagal banyak mata pelajaran dalam peperiksaan, dia melanggan seorang pelacur sebagai cara untuk menghilangkan tekanan. Katanya, dia mengadakan seks dengan mangsa sebelum membunuh wanita berkenaan dengan menggantung pelacur itu keesokan harinya.

Lee kemudian membungkus mayat mangsa dan membawanya pulang ke kediamannya di Changping. Dia mengadakan seks dengan mayat itu sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian dan menanamnya di belakang rumah. Beberapa minggu kemudian, dia melakukan jenayah serupa dengan seorang lagi pelacur. Mahkamah semalam mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. Dia juga diarah membayar denda sebanyak 80,000 yuan sebagai pampasan kepada keluarga mangsa. - Agensi

Kelebihan susu ibu yang tidak diketahui ramai orang



Kelebihan susu ibu yang tidak diketahui ramai orang | Penyusuan ibu boleh meningkatkan prestasi pendidikan seseorang kanak-kanak dalam tempoh beberapa bulan selepas memulakan persekolahan, kata penyelidik. Menurut satu kajian, kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu menunjukkan perkembangan akademik lebih baik menjelang usia mereka lima tahun berbanding rakan sekelas yang diberi susu formula. Penyelidikan melihat penilaian dijalankan guru pada akhir tahun pertama persekolahan, yang mendedahkan bahawa kanak-kanak yang disusui untuk tempoh paling lama memperoleh pencapaian tertinggi keseluruhan.

Paling penting, guru yang membuat penilaian tidak menyedari sama ada kanak-kanak itu diberi hanya susu ibu atau susu formula. Sepasukan penyelidik diketuai Unit Epidemiologi Perinatal Kebangsaan di Universiti Oxford berkata kajian itu membuktikan kanak-kanak yang mendapat penyusuan ibu untuk tempoh lama mungkin memperbaiki prestasi mereka di sekolah rendah.

Penyusuan ibu dikaitkan dengan pencapaian lebih baik dalam semua bidang, namun manfaat itu paling banyak adalah dalam komunikasi, bahasa dan literasi, pengetahuan dan pemahaman dunia dan perkembangan fizikal. Kanak-kanak yang disusui ibu cenderung mendapat markah lebih tinggi untuk perkembangan peribadi, sosial dan emosi, penyelesaian masalah, penaakulan dan numerasi serta perkembangan kreatif. - AGENSI




.

Keadaan terkini Michael Schumacher selepas lebih 24 jam nahas ketika bermain ski di Perancis



Keadaan terkini Michael Schumacher selepas lebih 24 jam nahas ketika bermain ski di Perancis | Doktor yang merawat Michael Schumacher enggan memberikan sebarang ulasan mengenai nasib juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1) yang ditimpa nahas ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, semalam. Sebaliknya, kumpulan pakar dan doktor yang merawat Schumacher berkata mereka masih berusaha 'setiap jam' dengan mengikuti perkembangan Schumacher yang masih kritikal itu.


Ketua Anesthesiologis Dr. Jean-Francois Payen memberitahu pemberita hari ini, Schumacher yang koma masih dalam rawatan dan doktor kini memberi tumpuan kepada keadaan semasanya. “Kami tidak boleh meramal atau memberi jangkaan masa depan Michael Schumacher,” kata Payen yang bertugas di Unit Rawatan Rapi Grenoble University Hospital. - AP



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!