Thursday, January 9, 2014

Penyanyi Hazama bercerita mengenai kekasih hati dan persiapan menjelang AJL 28


Penyanyi Hazama bercerita mengenai kekasih hati dan persiapan menjelang AJL 28 | Penyanyi Hazama mengakui cukup berdebar untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL28) yang akan berlangsung lebih kurang dua minggu lagi. Namun bekas Juara Akademi Fantasia (AF9) ini nampak gayanya tetap bersemangat dan teruja kerana lebih istimewa, kekasihnya, Genervie Kam yang juga seorang pemuzik turut serta dalam persembahannya nanti. Ditambah dengan persiapan yang telah dibuat hampir 80%, penyanyi yang bakal mempertaruhkan lagu Penglipur Lara ini menampilkan sebuah persembahan yang terbaik. Sekaligus memberi saingan kepada 11 lagi lagu yang bertanding. Lagu Penglipur Lara merupakan ciptaan Omar K dan Mike Chan serta penulis lirik Zel Hadauan.

"Kalau pada AJL yang lepas, saya dengan Amy (Search). Ini kali pertama saya beraksi solo di pentas AJL. Perasaan tu memang berdebar. Saya tak sangka sebenarnya yang saya dapat ke final. " Ya, dia (kekasih) juga akan sama-sama membuat persembahan. Kami juga banyak berbincang mengenai corak persembahan yang akan ditampilkan pada malam itu. Dia banyak bagi idea dari segi susunan muzik", katanya ketika ditemui pada majlis sidang media AJL28 bertempat di Hotel Imprial Subang. Bagaimanapun Hazama menegaskan meskipun kekasihnya turut terlibat dalam persembahannya, namun mereka tidak pernah mencampur-adukkan soal kerja dan peribadi. "Kalau kerja, kerja. Saya tak campur dengan hal peribadi. Kami tak ada masalah tentang itu. Masing-masing profesional. Tapi tak dinafi, sepanjang perbincangan untuk AJL ni kami ada juga ada bertelagah pendapat. Tapi perselisihan faham itu tidak berpanjangan", tuturnya.



'Pinjam' Idea Persembahan Dato' Siti 

Sementara berkongsi sedikit mengenai corak persembahannya nanti, akui Hazama, dia berperah otak memikirkan idea yang bagaimana hendak disesuaikan dengan konsep AJL tahun ini iaitu 'Game On'. Akhirnya dia mendapat ilham daripada persembahan Dato' Siti Nurhaliza sewaktu di Anugerah Industri Muzik (AIM20) baru-baru ini. "Idea untuk persembahan sebenanrnya saya dapat selepas tengok persembahan Dato Siti di AIM baru-baru ni. Tapi konsep tersebut saya olah semula", ujarnya yang enggan mengulas lanjut kerana mahu membuat kejutan pada malam itu. Antara lagu lain yang merebut gelaran Juara Lagu ialah Aku Pelat (Salammusik), Takkan Terpisah (Black), Hanya Aku (Hype Act), Bosan (Stacy), Bahagiamu Deritaku (Hafiz), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Sahabat (Najwa Latif feat. Sleeq & Syamkamarul, Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kau Yang Terindah (Alyah) Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) dan Aku Pelat (Salammusik). AJL28 bakal berlangsung pada 26 Januari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil bermula jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di saluran TV3. - mD




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!