Benarkah penyanyi, Heliza di lamar orang? | Penyanyi yang ini semakin aktif sebagai penceramah bebas, Heliza nyata sangat terkejut apabila dia dikatakan telah dilamar oleh penyanyi da npenulis lirik terkenal, Hafiz Hamidun. Dalam laporan sebuah akhbar semalam, Hafiz mendakwa dia telah menyatakan hasratnya untuk memperisterikan seorang penceramah bebas yang juga seorang penyanyi kelahiran sebuah program realiti TV sehingga timbul desas-desus bahawa individu yang dimaksudkan ialah Heliza.
"Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini dan percaya saya bukanlah individu yang dimaksudkan itu. Jadi, agak sukar untuk saya memberikan sebarang komen. Dalam hal ini, saya rasa tindakan yang paling wajar adalah dengan bertanya kepada Hafiz sendiri memandangkan dia yang membuat kenyataan kepada akhbar berkenaan. Saya akui mempunyai hubungan dengan Hafiz tetapi tidak lebih daripada sekadar sahabat. Lagipun, kami berdua sentiasa terlibat dengan program atau acara berbentuk keagamaan bersama-sama", kata Heliza.
Laporan juga menyebut yang Heliza berkata sehingga kini dia masih belum menerima sebarang lamaran perkahwinan, termasuk daripada Hafiz. Malah katanya, dia tidak akan berahsia sekiranya dia akan berkahwin nanti sebaliknya bersikap terbuka dan akan berkongsi dengan peminatnya mengenai berita tersebut. "Kalau mengikut hukum agama, perkahwinan itu haruslah dihebahkan kepada orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang fitnah. Jadi, saya akan bersikap terbuka mengenainya tetapi ia akan dihebahkan sekiranya saya memang sudah sah akan berkahwin", katanya. -MD
.
1 Penyokong CHELSEA:
sian..tuan punya badan x tau cerita plak
Post a Comment