Reaksi pelakon Keith Foo, Ketika ditanya perasaannya melakonkan watak Tengku Adam Kamil seorang islam | Pelakon yang kini semakin meniti populariti dikalangan peminat Melayu, Keith Foo bersyukur kerana diberi peluang melakonkan watak sebagai orang Islam dalam drama fenomena di TV3, 'Ariana Rose'. Memengang watak sebagai Tengku Adam Kamil, kata aktor kacukan Cina-India ini, dia Bukan sekadar menghidupkan karakter tersebut tetapi secara tidak langsung dia juga dapat belajar sikit sebanyak mengenai agama Islam. "Bawa watak sebagai muslim, saya bukan sekadar berlakon. Tapi dalam masa sama saya juga dapat belajar sikit sebanyak tentang agama Islam. Malah sebelum masuk ke set, kalau ada babak berdoa, saya selalu tanyakan kepada pengarah dan kru produksi kenapa saya kena lakukan macam tu, supaya nanti saya tak salah sampaikan mesej.
"Saya bersyukur dapat mainkan watak ni. Kalau sekiranya nanti kawan-kawan saya yang bukan beragama Islam ada bertanya tentang apa-apa yang berkaitan dengan Islam, saya boleh tolong jawabkan setakat mana yang saya tahu dan faham. "Siapa tahu, kalau lakonan saya juga boleh buka hati orang bukan Islam untuk memeluk Islam", katanya ketika ditemui pada Tayangan khas 'Ariana Rose' sempena Drama Festival KL, bertempat di pusat membeli belah One Utama, petang semalam. Keith berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi apabila ada segelintir pihak mempertikaikan lakonan dalam drama bersiri terbitan Pena Creative itu. Ini kerana, watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam dan memerlukannya bersolat serta membaca Al-Quran dan perkara ini sekaligus menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak memandangkan Keith bukan seorang yang beragama Islam.
Menurut jejaka yang semakin fasih berbahasa Melayu ini lagi, agama Islam sebetulnya bukan lah asing bagi dirinya. Bahkan sebelum ini, sewaku kerjaya lakonannya tertumpu di Indonesia, dia pernah beberapa kali membawakan watak sebagai orang Islam. Selain tu Keith juga berkata, agama Islam bukan sesuatu yang baru dalam keluarganya kerana kakaknya seorang mualaf. "Semasa di Indonesia, saya juga pernah bawakan watak orang Islam dalam beberapa telemovie. Tapi sebelum melakonkan watak tersebut saya banyak bertanya tentang banyak perkara kepada ramai orang kerana saya tahu ia satu isu yang sensitif. "Kakak saya pun sebenarnya seorang mualaf. Jadi agama Islam tidak lah asing dalam keluarga saya sebab kami dah biasa melihat cara hidup kakak dan abang ipar saya", katanya. Sementara itu Keith turut meluahkan rasa gembira apabila mendapat reaksi positif daripada ramai peminat drama tempatan terhadap lakonannya dalam drama yang turut menampilkan Nur Fathia Latif juga sebagai Ariana Rose.
"Tak sangka feedback dari peminat sangat positif. Saya gembira dengan sokongan peminat. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk berikan lakonan yang lebih baik lagi selepas ini. Saya akui, saya masih banyak lagi kelemahan dan masih kaku", katanya yang diikerumini ramai peminat sebaik saja dia muncul di pusat membeli belah dimana acara festival itu sedang berlangsung, semalam. Anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan ini sebelum ini sedia dikenali sebagai model dan pelakon selama 10 tahun di Indonesia. Bagaimanapun tahun lalu dia membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia kerana mahu menjaga kedua orang tuanya sambil meneruskan karier lakonannya di sini. Perkembangan lain, Keith bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie berjudul 'Di Atas Kertas' dan 'Salju Putih' tidak lama lagi. - mD
.
4 Penyokong CHELSEA:
hebat sungguh.
Harap2 pintu hati dia terbuka nak peluk Islam sbab dah byk faktor keliling dia ;) Aminn ..
moga terbukak hati dia untuk masuk islam.
Assalammualaikum...lulu,
Insaallah moga terbyka pintu hati...utk masuk islam tu.
mselim3
Post a Comment