Friday, February 14, 2014

Warga emas temui ajal dalam keadaan mengerikan di landasan kereta api


Warga emas temui ajal dalam keadaan mengerikan di landasan kereta api | Seorang warga emas yang dilihat duduk bersendirian di tepi landasan kereta api berhampiran rumahnya pada jam 2 pagi kelmarin, menemui ajal di landasan sama selepas dilanggar kereta api penumpang dalam kejadian di Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, dekat sini, beberapa jam kemudian, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Limah Yunus , 80, tercampak 10 meter dan mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kepala pecah, manakala cebisan otaknya bertaburan.

Mangsa dikatakan keluar rumah bersendirian ke landasan kereta api terletak 40 meter dari rumahnya sebelum dilanggar kereta api penumpang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Stesen Kereta Api Gua Musang. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan. Anak mangsa, Azman Awang, 44, berkata, sebelum ini ibunya kerap keluar rumah bersendirian dan kali terakhir ditemui di landasan kereta api pada jam 2 pagi kelmarin.

“Sebelum ini ibu pernah hilang semalaman dan ditemui dalam hutan berhampiran rumah. “Kami sudah tutup pintu dan jendela rumah, tetapi dia keluar juga mungkin menerusi tingkap. Akhirnya saya dikejutkan dengan tragedi yang menimpa ibu di landasan kereta api sama tidak jauh dari kawasan dia ditemui duduk bersendirian pada jam 2 pagi semalam,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. -HM




.

1 Penyokong CHELSEA:

Rizziela on February 14, 2014 at 8:29 AM said...

Al Fatihah

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!