ALAMAK! ARZIRIL KE ARIEL? - WANIEY ZAKARIA | Novel ini mengisahkan mengenai Dania dan Ariel yang dibesarkan bersama. Ariel yang dalam diam menyintai Dania sejak mereka di bangku sekolah, tetap memendam perasaan walaupun sudah dewasa dan berjaya dalam kerjaya. Malah kejayaannya selama ini adalah kerana Dania, walaupun tidak disedari gadis itu.
Berbeza dengan Dania, selama ini kehadiran dan sikap ambil berat Ariel tidak sedikit pun membuka matanya untuk mengetahui betapa sayang dan prihatinnya Ariel padanya. Malah Dania benci dan memulaukan lelaki itu bertahun lamanya. Sehinggalah kehadiran Arziril Ryan dalam hidup Dania kembali mendekatkan mereka dan membuahkan rasa kasih yang sukar dimengerti oleh Dania. Namun Ariel ditakdirkan mengahwini orang lain, justru membuatkan Dania kecewa.
Bertahun berada di luar negara selepas berkahwin, Ariel akhirnya kembali ke Malaysia dan membawa kejutan bersamanya. Adakah Dania masih setia menyayangi Ariel? Akan adakah jodoh diantara mereka berdua?
Tajuk : Alamak! Arziril ke Ariel?Penulis : Waniey ZakariaHalaman : 648 muka suratHarga : RM22/RM25
.
1 Penyokong CHELSEA:
dah lama tak baca novel...belikan satu..hahaa
Post a Comment