Thursday, May 1, 2014

[Gambar] Akibat terlalu banyak pembedahan plastik.. Sebelum dan selepas..



[Gambar] Akibat terlalu banyak pembedahan plastik.. Sebelum dan selepas.. | Seorang bintang filem porno Jepun yang melakukan terlampau banyak pembedahan plastik akhirnya kelihatan seperti Dobby, orang bunian (elf) dalam filem Harry Potter. Rina Nanase bagaimanapun berkata, mereka yang menggelarnya Dobby mencemburui hasil pembedahan itu. Pelakon berusia 25 tahun ini menggunakan nama samaran Rumi Kanda dalam rakaman video lucahnya, tidak berahsia dengan keputusannya untuk melakukan pembedahan mengubah bentuk wajahnya. Rina melakukan beberapa pembedahan pada mata, hidung dan dagu.


Dia berkongsi semua gambar hasil pembedahan itu termasuk rupa paling baru melalui akaun Twitternya. Bagaimanapun, kebanyakan orang menyifatkannya sebagai keterlaluan. Dalam gambarnya ketika berusia 17 yang dimuat naik ke Internet, dia menulis, “Saya kelihatan gemuk” dan berkata dia mempunyai “mata bulat dan bercahaya.” Model itu kemudiannya berkongsi gambar lain, kononnya dia berpendapat gambar berkenaan adalah zaman kegemilangannya.


Dia menyiarkan gambar sebelum menjalani pembedahan mengecilkan hidungnya. “Saya tidak merasakan ia perubahan besar, namun terkejut dengan reaksi peminat,” kata Rina. Gambar disiar ini menyebabkan dia digelar Dobby. Bagaimanapun, terdapat beberapa komen positif mengenai wajah terbarunya itu dalam laman media sosial. Seorang peminatnya menulis, “Dulu dia nampak lebih elok. Sebelum pembedahan rupanya lebih baik.” Peminat lain pula menulis: “Dia mempunyai masalah pemakanan.”-AP




.

3 Penyokong CHELSEA:

Zie Madini on May 1, 2014 at 8:36 PM said...

seriously...dia dulu lagi cantik. kenapa perlu bedah2 bagai. adoiyaiii

Ayuni on May 2, 2014 at 8:06 AM said...

Haah, mcm Dobby....

Anonymous said...

Huhu,tula nak cantik sangat nila akibatnya, Akak pun cantik jugak 😁😁😁. Jangan buat pembedahan plastik ea kak 😅😅

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!