Thursday, May 1, 2014

Lelaki mati direjam kerana dikatakan mengamalkan sihir



Lelaki mati direjam kerana dikatakan mengamalkan sihir | Seorang lelaki dipukul dan direjam sehingga mati oleh kira-kira 600 penduduk selepas mereka menuduhnya mengamalkan sihir. Penduduk kampung menuduh Pov Sovann, 36 membunuh beberapa warga tua selama dua tahun melalui sihir, lapor polis. Dia mati dalam serangan selama enam jam. Mulanya, kira-kira 200 orang terlibat dalam serangan di kampung di dareah Bati di wilayah Takeo, selatan Kemboja, sebelum beratus-ratus lagi penduduk menyertai serangan itu. Polis berkata mereka tidak mampu menghentikan serangan itu, lapor akhbar Cambodia Daily.

Polis percaya kematian seorang wanita tua berusia 54 tahun mencetuskan serangan itu. Jurucakap polis daerah Bati, Khut Lo berkata, “Orang saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu ramai penduduk yang bersenjatakan batu dan mereka bertindak ganas.” Ketua polis daerah, Ngann Sary pula berkata, “Kumpulan itu memaksa ambulans beredar.” Menurutnya, penduduk percaya seramai tujuh orang, warga tua, mati tiba-tiba sepanjang dua tahun lalu. Mereka kemudian menyalahkan Sovan, yang mengamalkan perubatan tradisional selama beberapa tahun. - Agensi





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!