Kenali gadis kecil bernama Alani yang mengakui mampu mengubati penyakit HIV, Kanser dan Arthritis | HIV hingga kini menjadi penyakit menular seksual yang masih belum ditemui ubatnya. Sudah ramai penghidap yang meninggal kerana melakukan seks bebas yang kemudian dijangkiti HIV. Namun, seorang gadis kecil yang baru berusia 8 tahun dari Brazil, dikhabarkan boleh menyembuhkan HIV, kanser dan arthritis. Gadis kecil ini mengaku mampu berkomunikasi dengan Tuhan dan menyalurkan kuasa Tuhan untuk menyembuhkan penyakit seperti HIV, kanser dan arthritis. Alani Santos mengakui mendapatkan mukjizat di gereja ayahnya di Favela dari Gonzalos, Rio de Janeiro.
Dalam video yang dimuat turun di YouTube, Alani dilihat membantu seorang wanita tua yang biasanya memakai tongkat untuk berjalan kini dia tidak lagi memerlukan tongkatnya. Selain itu juga ada lelaki yang mengidap HIV selama 7 tahun, sembuh hanya dengan sentuhan dari Alani. Alani ternyata telah melakukan ini selama 2 tahun dan merasa sangat gembira kerana mampu membantu orang lain sembuh. Selain dari kegiatan sehari-harinya yang mengubati orang sakit, Alani lebih gemar beribadah. -AP
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment