Sunday, May 18, 2014

Lagi jemaah umrah meninggal dunia dalam penerbangan pulang



Lagi jemaah umrah meninggal dunia dalam penerbangan pulang | Seorang wanita warga emas meninggal dunia dalam penerbangan pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga, Jumaat lepas. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan awal bedah siasat bagaimanapun mendapati wanita berusia 89 tahun itu negatif jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), namun menghidap pneumonia.

Beliau dikatakan mengalami sesak nafas dalam penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur sebelum disahkan meninggal dunia, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Dr Noor Hisham, jemaah itu mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas selama tiga hari ketika berada di tanah suci dan tidak pernah mendapatkan rawatan ketika di sana. "Anggota keluarga juga memaklumkan beliau merupakan penghidap asma, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung serta sedang dalam rawatan sebelum mengerjakan umrah," katanya. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!