Kisah sebenar disebalik gambar yang menjadi viral di media sosial ini | Penyebaran berita mengenai seekor naga putih yang ditembak mati di Gerik, Perak menerusi media sosial nyata palsu apabila gambar pendedahan pembuatan replika naga putih itu didedahkan semalam. Ternyata, kisah naga putih yang dikatakan menelan serta meratah seekor arnab seorang pekebun hanyalah sebuah khabar angin sesuatu yang direka. Sebuah portal berita melaporkan bahawa seekor naga berwarna putih telah ditembak mati di sebuah rumah di Gerik, Perak oleh seorang pemilik dusun. Portal berita tersebut turut menyiarkan gambar bangkai naga putih terbabit yang telah ditembak mati oleh pemilik dusun terbabit.
Menurut portal terbabit, pemilik dusun terbabit mengambil senapang auto dan melepaskan lapan das tembakan dan turut mendakwa naga terbabit mempunyai sepasang tanduk dan misai panjang sedang meratah seekor arnab jantan. Terdahulu, gambar bangkai naga putih sama menjadi viral di media sosial apabila ia dikatakan ditemui di Apartment Tanjung Puteri, di Pasir Gudang, kelmarin. Berita itu kemudiannya dinafikan oleh penduduk di apartment berkenaan. -SH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment