Monday, July 14, 2014

Pelakon pelik dimarahi peminat ketika menjalani penggambaran filem


Pelakon pelik dimarahi peminat ketika menjalani penggambaran filem | Aktres, Megan Fox, dimarahi orang ramai ketika menjalani penggambaran filem Teenage Mutant Ninja Turtles"di Times Square, baru-baru ini. Menurut laman web New York Post.com, semasa menjalani penggambaran filem itu, Fox, 28, dikatakan menghalang laluan ketika orang ramai sibuk melalui kawasan tersebut. "Ada seorang wanita menjerit ke arah saya kerana menghalang laluannya. Saya juga sibuk bekerja dan sedang menjalani penggambaran filem," katanya.


 Bagaimanapun, Fox tidak mengambil serius perkara tersebut sebaliknya menganggap ia melucukan. "Mereka seharusnya bangga kerana boleh melihat wajah mereka dalam filem Teenage Mutant Ninja Turtles," katanya berseloroh. Filem arahan Jonathan Liebesmen itu turut dibintangi beberapa pelakon lain antaranya aktor William Fichtner dan Alan Ritchson. Filem tersebut akan ditayangkan pada 8 Ogos ini.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Farah Waheda Wahid on July 14, 2014 at 10:15 AM said...

mesti perempuan tu tak kenal siapa megan fox ni...hik hik hik...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!