Thursday, August 21, 2014

Info penting buat orang ramai yang ingin menghadiri istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17 di KLIA


Info penting buat orang ramai yang ingin menghadiri istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17 di KLIA | Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menasihatkan orang ramai dan penumpang menggunakan KLIA dan klia2 memastikan mereka tiba tepat mengikut waktu dijadualkan di lapangan terbang itu pada hari istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17, Jumaat ini. MAHB berkata istiadat itu dijadual bermula kira-kira 6 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari dan membabitkan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan klia2. Istiadat itu akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA.

"Orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan klia2 bagi memastikan trafik berjalan lancar bagi istiadat berkenaan," kata MAHB dalam kenyataan hari ini. Ia berkata, MAHB akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan trafik berjalan lancar dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang dan mereka yang menggunakan lapangan terbang tersebut. - Bernama

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!