Wednesday, August 27, 2014

Sah ke nikah berwalikan bapa tidak solat?


Setahu saya syarat seorang wali mestilah adil iaitu tidak fasiq. Waktu bernikah empat tahun lalu, ayah saya yang menjadi wali dan diwakilkan kepada imam. Saya dan keluarga tahu ayah tidak solat dan puasa. Malah, sewaktu akad nikah dijalankan di masjid, ayah tidak hadir sebab dia sudah wakilkan kepada imam berkenaan. Namun, ketika akad nikah dijalankan, saya tidak dengar pun mereka yang hadir beristighfar. Sah atau tidak pernikahan saya itu? Sekarang saya sudah ada dua anak dan adakah selama ini dikira berzina? Muslimah, Kuala Lumpur 

Syarat wali dalam pernikahan ialah beragama Islam, lelaki, baligh, dengan kerelaan sendiri dan bukan dipaksa, tidak berihram haji atau umrah, tidak fasiq dan sempurna akal. Menurut Ibnu Rushd (III: 48), daripada syarat itu ulama bersepakat dengan tiga syarat utama iaitu Islam, baligh dan lelaki. Manakala syarat lain terutama wali daripada kalangan hamba, orang fasiq dan orang bodoh berlaku perselisihan. Secara umumnya tidak mendirikan solat fardu atau meninggalkan suruhan Allah yang lain termasuk dalam perbuatan fasiq. Dengan itu, bapa sebagai wali hendaklah kembali taat kepada Allah dan bertaubat untuk menjadi wali.

Pada kebiasaan, pendaftar nikah hendaklah menasihati setiap wali beristighfar dengan memohon keampunan Allah atas kelalaian mereka. Adalah penting untuk memberi keinsafan kepada ahli keluarga terutama bapa sendiri mengenai kewajipan mendirikan solat. Ini untuk kebaikan diri dan keluarga di dunia dan akhirat. Memandangkan bapa sudah mewakilkan wali kepada imam, pernikahan berkenaan adalah sah dan tidak perlu ada keraguan lagi. Lebih-lebih lagi apabila bapa sudah insaf dan bertaubat pada hari berkenaan. Syarat wali tak fasiq pula berlaku perselisihan ulama.


Dr. Salam




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!