Saturday, September 13, 2014

Identiti lelaki Malaysia yang bawa isteri dan dua anak 'berperang' di Syria


Identiti lelaki Malaysia yang bawa isteri dan dua anak 'berperang' di Syria | Seorang lelaki rakyat Malaysia kelahiran Pulau Pinang membawa keluarganya warga Singapura ke Syria untuk berjuang menyertai kumpulan militan dan jihad di negara itu. Akhbar The Star melaporkan, isteri lelaki itu yang merupakan warga Singapura adalah seorang janda yang mempunyai seorang anak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia 18 dan 14 tahun. Laporan yang memetik sumber berkata, lelaki itu membawa keluarganya ke Syria pada November tahun lalu tetapi mereka tidak tinggal bersama. "Pihak berkuasa percaya lelaki itu menyertai kumpulan Jabhat Al-Nusra dan anak lelaki (anak tirinya) menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS)," katanya sumber kepada akhbar tersebut.

Menurut sumber itu, isteri lelaki itu pula bekerja sebagai tukang masak, manakala anak perempuan (anak tiri lelaki itu) mengajar kelas bahasa Inggeris kepada anak-anak anggota kumpulan militan di Syria. Keluarga tersebut dipercayai berada di beberapa lokasi di Syria, dan kemungkinan tinggal di timur Hama, lokasi kumpulan militan ditubuhkan. Pihak berkuasa cuba menyiasat mengapa mereka membuat keputusan untuk ke Syria, dan menurut sumber, pihak berkuasa percaya keputusan mereka itu mempunyai kaitan dengan bekas suami wanita tersebut.

Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, yang juga Menteri Dalam Negeri mendedahkan perkara itu di Parlimen dan menyatakan terdapat beberapa rakyat Singapura menyertai 12,000 warga asing mengambil bahagian dalam konflik bersenjata di Syria termasuk pasangan ibu bapa yang membawa bersama anak-anak mereka. Seorang lagi lelaki, Haja Fakkurudden Usman Ali, 37, membawa isteri dan tiga anaknya berusia 2 hingga 11 tahun ke Syria.

Haja merupakan rakyat Singapura kelahiran India, kata Teo ketika mengumumkan kes tersebut pada Mac lalu. Beliaumendedahkan beberapa orang rakyat Singapura merancang menyertai kumpulan pemberontak di Syria tetapi mereka berjaya ditahan sebelum berlepas dan sebahagian daripada mereka masih disiasat. Akhbar The Star sebelum ini melaporkan lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah antara 40 rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan militan di Syria. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!